As Salam
Masa arah ke PD semalam, kami dah terlepas simpang ke Lukut ni. Jadi MMD dah pesan awal2 pada my beloved hubby agar perlahan2 bila nak sampai supaya tidak terlepas simpangnya lagi dalam perjalanan balik dari PD.
Lukut ini ada sejarahnya yang tersendiri. MMD cedok info dari Wikipedia, ensiklopedia bebas. Antaranya ialah:
Kota Lukut ialah sebuah kota di Lukut, Negeri Sembilan yang dibina oleh Raja Jumaat ibni Raja Jaafar pada 1847 ketika pemerintahan Sultan Selangor yang ketiga iaitu Sultan Muhammad Shah (1826-1857). Kota ini terletak di atas bukit yang dinamakan Bukit Gajah Mati atau disebut juga sebagai "Bukit Raja", ketika itu dalam pemerintahan Selangor.[1]
Kota yang berbentuk empat segi bujur yang berukuran lebih kurang 200 meter panjang dan 170 meter lebar ini dikelilingi parit yang dipasang dengan ranjau yang mempunyai kedalaman di antara tiga hingga lima meter dalam. Dari atas kota, boleh dilihat pemandangan Sungai Lukut, Selat Melaka dan kawasan sekitarnya.
Semasa Raja Bot bin Raja Jumaat memerintah, banyak tentangan dihadapi daripada musuh terutama daripada Raja Sulaiman (Sungai Raya) yang enggan tunduk kepadanya. Kota Lukut diperbesarkan dan diperkuatkan dengan kawalan 30 orang askar Arab bagi menghadapi sebarang serangan musuh.
Kegawatan politik dan kekacauan yang berlaku ketika itu akhirnya melemahkan kewangan Lukut dan sedikit demi sedikit menghakis kemasyhuran Lukut.
Kini terdapat sebuah muzium di kaki bukit berhampiran kota ini yang dinamakan Muzium Lukut.
Pada mulanya, MMD dan Lea saja yang panjat bukit tu. Berposing sana sini. Panas mentari terik di atas kepala. Berkerut2 dahi. MMD hanya berpusing2 kat area situ je. Tak pergi pun ke bangunan muziumnya.
Lea ajak bermain sebentar di playground kat situ. Oh dearrrrr, panas ni. Demam kang nanti.
Tiba2.....datang seorang jejaka sado dan menegur MMD. Terkejut MMD dengan kesadoannya. Hahahahha....jangan gelak tau....anak MMD, Hakim datang menjemput MMD dan Lea balik. My beloved hubby dah siap tunggu kat tangga paling bawah tu....
Sekian dulu lawatan terpendek yang pernah MMD buat. Jumpa lagi yerrrr.
As salam.
No comments:
Post a Comment