09/12/2015
Bersambung dari entry yang lepas. MMD hidangkan dengan gambar ini selepas hampir 3 jam dalam perjalanan menuju ke Mekah. Singgah di Bir Ali untuk solat sunat ihram dan berniat. Maka bermulalah 13 pantang larang yang perlu dijaga agar tidak perlu membayar dam.
Bermulalah bertalbiah. "Labbaikallahummalabbaik....."
Maksudnya :
Hamba-Mu telah datang menyambut panggilan-Mu, Ya Tuhan, hamba-Mu
datang menyambut panggilan-Mu. Sesungguhnya segala puji-pujian dan
nikmat dan kerajaan adalah kepunyaan-Mu dan tidak ada sekutu bagi-Mu
Tanpa diminta, air mata mengalir tanpa henti dalam waktu bertalbiah. Sayu dan pilu dan rasa tidak sabar untuk cepat2 sampai ke Mekah.
Kemudian kami singgah di satu tempat yang boleh dikatakan R&R lah untuk makan malam dengan hidangan nasi Arab.
Aikkk dah habis daaaa. Tu lah pasal my beloved hubby request untuk order 1 set lagi nasi Arab. Kosnya SR60.00. Mana cukup 1 talam untuk striker2 macam dia. Kami makan berlima.
Tempat solat yang disediakan di belakang restoran ni sangat2 santai, open-air gitu. Malangnya tandasnya agak mengecewakan. Kesian kepada jemaah yang terpaksa tunggu lama akibat kekurangan air dan ketiadaan bekas untuk menadah air. Terpaksa menggunakan botol2 kosong yang dijumpai di sekitar tandas.
DAR AL KHALIL AL RUSHAD HOTEL
Alhamdulillah, lebih kurang 10pm, kami selamat sampai ke hotel. Lepas dapat kunci, semua masuk dan tinggalkan beg masing2 dan berkumpul semula di lobi hotel untuk meneruskan urusan umrah kami yang pertama. Bilik berempat tapi hanya bertiga saja yang tinggal di sini. MMD, Hawa dan seorang lagi teman baru, Erni yang berasal dari Kelantan. Hawa dan Erni kedua2nya adalah guru. Ramai guru2 di dalam grup MMD ni. MMD memilih katil yang menghadap tingkap. Nampak menara jam terus sampai ke bilik.
Kemudian kami semua di bawa menuju ke Kaabah, lantai paling bawah. Sebelum tu, kami di susun dengan 3 barisan terlebih dahulu bagi menjaga keselamatan kami semasa tawaf. Jemaah wanita dan kanak2 di bahagian tengah dan dikelilingi oleh jemaah lelaki. Kemudian berniat untuk tawaf.
Alhamdulillah, selesai tawaf 7 pusingan dan bersolat sunat di bangunan masjid. Kami semua kemudian bergerak menuju ke Bukit Safa untuk memulakan sa'e dengan 7 kali ulang alik antara Safa dan Bukit Marwah. Selepas bertahallul (bergunting), maka selesai sudah umrah kami yang pertama dengan disudahi dengan solat sunat 2 rakaat di Bukit Marwah. Jam menunjukkan hampir 3pagi pada 10/12/15.
10/12/2015.
Dalam perjalanan, mutawwif ada mencadangkan agar kami semua beriktikaf di masjid sahaja memandangkan dah pukul 3pagi kerana sebentar lagi akan masuk waktu Subuh.
Gambar2 di bawah ini MMD ambil selepas selesai urusan umrah. Allahu Akbar, Allahu Akbar. Bergetar rasa hati dan jiwa bila pertama kali berada di hadapan Kaabah. Betapa kecilnya kami semua. Semoga ibadah umrah kami diterimaNya.
Masa MMD tawaf, rasanya tak begitu ramai orang. Agak lengang rasanya. Tapi bila dalam perjalanan balik, dah agak penuh dengan orangramai macam kat gambar di atas tu. Dalam masjid pun banyak tempat yang kosong lagi. MMD pun tidur2 ayam je kerana tak sabar untuk solat Subuh pertama di Masjidil Haram.
Dalam pukul 4pagi, MMD dan Hawa terus ke bilik air yang agak jauh juga dari pintu King Fahd. Selesai sudah Subuh pertama. Alhamdulillah. Berjumpa semula dengan my beloved hubby untuk balik ke hotel untuk sarapan dan bersihkan badan. Kiranya hampir 2 hari tak mandi. Hairannya tak berpeluh pun.
Perjalanan untuk ke hotel agak jauh yang terletak di salah satu lorong di Jalan Ibrahim Al Khalil. Walaupun lenguh kaki berjalan, tapi satu kepuasan yang tidak terucap oleh kata2 bila dapat bersolat dan bertawaf di tempat tumpuan jutaan manusia ini.
Siang hari ini MMD dan my beloved hubby keluar awal untuk solat Zuhur dan melakukan tawaf sunat. Alhamdulillah dapat bersolat juga di Hijr Ismail. MMD & my beloved hubby cuba untuk mendekati Hajarul Aswad tapi kerana bimbang keselamatan MMD yang hanya MMD sahaja kelihatan jemaah wanita pada ketika itu dan kelihatan seperti suasana rusuhan dari jemaah lelaki di hadapannya, maka kami bersetuju untuk berundur saja. Mungkin belum rezeki kami lagi untuk mencium batu dari syurga ini. Kami pun mencari tempat dan akhirnya kami duduk hampir dengan mataf (di bawahnya) yang berhadapan dengan Multazam. Sambung baca Al Quran lagi sementara menunggu waktu Asar.
Orang semakin ramai. MMD duduk di situ sehinggalah diminta oleh penyelia untuk beredar ke tempat solat wanita. Masa tu, MMD berjumpa dengan pasangan muda dari Kelantan dan berjanji akan datang semula ke tiang yang sama selepas solat Asar untuk berjumpa dengan suami masing2.
MMD pun beredar juga untuk mencari makanan kerana tak balik hotel untuk makan tengahari. Hari ini
mencuba nasi beriani dan nasi arab. Kering kontang. MMD siap sambil makan sambil minum air. Ingatkan boleh habis, tapi dah tak boleh masuk lagi. MMD asingkan setiap jenis dalam 1 bekas untuk bawa balik ke hotel nanti. My beloved hubby yang tolong habiskan di biliknya.
Makan bersila di dataran berhadapan dengan deretan kedai makan dan menara jam. Menunggu dan membilang jam berdetik. kah kah kah. Kemudian masuk semula ke masjid untuk Maghrib dan Isyak barulah kami balik ke hotel.
11/12/2015
Seperti biasa, solat Subuh di masjid dan terus balik ke hotel untuk sarapan. Hari ini ada ziarah luar ke Tana'im untuk berniat umrah untuk kali kedua. Kali ini MMD berniat untuk sedekahkan pada arwah ayahanda MMD, Allahyarham Abdul Latif bin Ali selepas meminta izin dari my Mem besar sebelum berangkat hari tu.
Perjalanan ke Tana'im dengan menaiki bas dan hanya ambil masa sekejab saja. Memang dekat sangat. Selepas solat, kami menaiki bas semula dan berniat umrah. Pantang larang yang 13 perkara tu pun perlu dijaga. Mutawwif dan my beloved hubby siap main buaian sementara menunggu jemaah siap bersolat.
Sebaik sahaja selesai tawaf, sai'e dan bertahallul, kami pun bersama2 jemaah lain menunaikan solat Jumaat. Ini pun pertama kali buat MMD. Sejarah tercipta bersolat Jumaat, lebih2 lagi di Masjidil Haram. Alhamdulillah. Urusan selepas itu macam biasa, berada di dalam masjid untuk bersolat fardhu, sunat, qada' sembahyang yang lepas2 dan sambung membaca Al Quran.
MMD ada beritahu pada my beloved hubby yang MMD mungkin akan lewat sikit selepas Isyak dan balik ke hotel sorang2. Walau begitu, tiada apa yang hendak dirisaukan kerana setiap masa 24 jam ada orang di mana2 sahaja. Ramai jemaah mendongak ke atas melihat pancaran laser. Rasanya mungkin hanya pada hari Jumaat sahaja yang berpancar kerana malam2 sebelum ni tiada pun laser tersebut. Ramai jemaah mengambil gambar dan MMD tidak ketinggalan juga.
Sampai sahaja di hotel, terdapat kejutan dari my beloved hubby. Apakah dia? Tunggu entry MMD seterusnya.
As Salam.
No comments:
Post a Comment