Friday, January 6, 2012

Indahnya pandangan mata....

As Salam

Cuti awal tahun 2012 baru2 ni MMD tak ada projek penting pun.  Sekadar duduk kat rumah uruskan apa yg patut sebelum tibanya waktu persekolahan bermula.

Hanya pada 02/01/12, my hubby and my son beria2 nak pergi memancing.  Bukannya plan betul2 pun.  Terus start kereta, masukkan pancing2 kat dalam kereta dan nah....sampailah ke Laguna Park, Pulau Indah.

Tinjau2 dulu keadaan, kot2 air pasang tapi hampeh....air nun jauh ke tengah!  Sementara mereka tinjau2 tu, MMD yg kebosanan menunggu kat kereta pun apa lagi....ambil gambar la....






As Salam.

Thursday, January 5, 2012

2 GSC movie vouchers

As Salam

Tak lama dulu MMD saja2 hantar penutup tin F&N untuk join F&N Double Ooomph Contest.  Tak sangka pulak MMD terima call dari staff F&N....actually agak lama juga mereka call untuk minta alamat MMD dan bagi tau MMD menang consolation prize.


Rasa2 agak berbulan jugaklah baru dapat tiket movie ni.  Malangnya MMD tak berkesempatan lagi nak pergi tengok wayang.  Kena buat special arrangement ni....nak pergi dengan my beloved hubby or dengan beloved son or let both of them je pergi layan wayang ni... Tiket valid till April 2012.

MMD sebenarnya bukanlah kaki wayang. Tengok rancangan kat TV pun tak pernah habis! Kalau tak silap MMD, sepanjang MMD dewasa ni, tak sampai 5 kali jejak kaki kat panggung wayang.  Tentu David Teo marah dengar pengakuan MMD ni.  Tak sokong filem..kah kah kah.  Bukan apa, masa yg menjadi batasannya.

As Salam.

Wednesday, January 4, 2012

Lahirnya baby baru di penghujung 2011

As Salam

Ribut tidak, hujan pun tidak, tup tup ada baby baru?  Bila pulak MMD mengandung tu?

Sebenarnya bukan MMD yg beranak la....MMD mendapat anak saudara terbaru pada Dec 2011 baru2 ni.  Baby yg tak sabar nak tengok dunia.  Sepatutnya dijangka dilahirkan pada awal Feb 2012 tapi dah terpaksa di bawa keluar ke dunia ni pada Dec 2011 dengan kaedah pembedahan.

Lahir dengan berat hanya 1.6kg, terpaksa berada dalam incubator selama 2 minggu di Hospital Kajang. Uminya dan baby baru dapat balik ke rumah pada 02/01/12 selepas beratnya naik ke 1.8kg.  Alhamdulillah semuanya dalam keadaan baik dan sihat.

Masa MMD pergi melawat pada hari kelahirannya, MMD tak dapat tengok bcoz tak dibenarkan oleh pihak hospital kecuali daddynya saja yg dapat masuk.  Well, dapat peluang tengok baby ni...Ya Allah....kecil dan cutenya orangnya..merah menyala lagi warna kulitnya. 

Ingatkan anak2 MMD je kecil waktu dilahirkan, lingkungan berat 2.46-2.82kg je.  Tapi baby ni lagi kecil.  Lebar badannya tak sampai sejengkal pun. 

Apa2 pun yg penting diharapkan agar baby yg dinamakan Nur Qeysha Amanda ni sihat selalu hendakNya.


Ini cucu ke 19 buat my mom. Bakal menerima cucu ke 20 pada bila2 masa je lagi...Nun di Melaka.  Ehmmmm....MMD bakal melawat Melaka Bandaraya Bersejarah tidak lama lagi ni.

As Salam.

Tuesday, January 3, 2012

Buy 1 get 2

As Salam

Entry pertama untuk untuk tahun 2012 ialah mengenai telur.  Ingat tak lagi pasal telur klon/palsu yg tersebar luas kat Malaysia baru tahun lepas?  Nasib baik MMD tak pernah terbeli atau terjumpa dengan telur sebegitu.

Tapi baru2 ni, abang Hakim menjerit bila dia pecahkan telur untuk dimasukkan ke dalam periuk untuk mee magginya.  Nasib baik dia pecahkan ke mangkuk kecil dulu. Sempatlah MMD ambil gambarnya.

Ini dia.....


Telur kuningnya 2 biji dari sebiji telur ayam. Saiz telur kuningnya kecil je berbanding telur kuning yg biasa.  Ya la...dah berkongsi ruang tu, tentulah tak boleh nak besar cam biasa kan?

Orang perempuan beranak kembar tu biasa kita dengar dan tengok kan?  Jika ayam?  Macam mana?  Pernah jumpa ke?

As Salam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...