Showing posts with label Malaysia - Selangor. Show all posts
Showing posts with label Malaysia - Selangor. Show all posts

Wednesday, December 21, 2016

Hampa di House of Shark di MAHA 2016

As Salam

Jenuh juga untuk mencari jalan yang paling dekat untuk ke jabatan perikanan bagi merealisasikan impian Lea bagi melihat House of Shark (HOS).  MMD siap singgah minum/makan cendol dulu bagi menghilangkan dahaga.  Santannya sangat pekat.  Sedap!  Hanya kurang manis pada tekak MMD yang biasa suka manis tahap gaban bila pekena cendol kat mana2 pun.

Dalam perjalanan, singah melilau saja di laluan untuk ke arah HOS.  Menapak jauh jugaklah.  Lebih2 lagi terasa bila menolak Hazry naik dan turun kawasan tinggi.  Harus kurang lemak kan?  Tapi...nan hadooooo.

Posing sana-sini sikit.  Lea pun muka dah penat.  Apalagi kami ni.

 
 
 

Landak tidur selepas kekenyangan.


Setibanya di HOS, Lea kehampaan kerana waktu melawat telah tamat dan pintunya baru ditutup.  Bagi tidak menghampakannya, ambil je lah gambar di bahagian depan shark tu.  Kesiannya Lea.  Dahlah jauh menapak, tak dapat masuk pulak.  Ambil gambar pun MMD paksa dia senyum juga.


 


Ada beberapa tempat lawatan lagi yang belum kami terokai.  Tapi memandangkan dah agak lewat petang, kami buat keputusan untuk balik saja. Lagipun, kami tidak mahu terkandas dalam kesesakan waktu keluar dari MAEPS nanti.

Apa yang terjadi seterusnya.......Perkara yang cukup suspen.......

>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>

Heyyyyyy. ada ceritanya lagi tau.  Entry ni belum habis.

Selepas selesai urusan tandas dan sebagainya sebelum ke tempat parking, MMD dan Lea mendapatkan rawatan urut badan dulu.  Hehehehe.  Penat kata Lea.

Bila saja sampai ke tempat letak kereta. Makkkkkkkkkk!!!! Masya Allahhhhh...Kereta tak ada di situ!!!!

My beloved hubby terus ke arah pos pengawal berhampiran di situ dan memberitahu akan kehilangan kereta.  Kami diarahkan untuk ke bahagian sekuriti dan menapaklah lagi kami menaiki bukit dan terletak agak jauh juga.

Bila bertemu dengan kakitangan yang bertugas, mereka mengesahkan yang kereta kami telah ditarik dengan alasan yang ianya menghalang laluan.  Sedangkan kami telah diarahkan oleh salah seorang sekuriti yang bertugas masa kami sampai untuk park di situ memandangkan kami ada stiker OKU.

My beloved hubby telah dibawa dengan motor untuk ke tempat kereta ditahan dan mereka memohon maaf kerana mereka terpaksa menarik kereta kami.  Sepatutnya bayaran RM100 perlu dijelaskan tetapi kami dikecualikan memandangkan Hazry berkerusi roda bersama2 dengan kami.

Bayangkan jika kereta kami hilang dari kawasan MAEPS,  bagaimana harus kami balik ke Port Klang dalam waktu malam tu dan kena berurusan dengan pihak polis untuk membuat aduan dan sebagainya.

Alhamdulillah....segalanya dipermudahkan olehNya.

Tamatlah sudah cerita lawatan MMD sekeluarga ke MAHA 2016.  Cerita lain bakal menyusul lagi.

Jumpa lagi.  Sekian.

As Salam.

Bergembira dengan Upin dan Ipin di MAHA 2016

As Salam

Sebenarnya, masa makan di gerai di Kampung Mak Cun, Lea dah tak senang duduk dan makan.  Cepat2 dia makan dan minta kami semua cepat2 ke Kampung Durian Runtuh.  Di situlah ada geng Upin dan Ipin, kegilaan budak2 dan juga mak budak2. Hehehe.

Sebelum tu, posing2 dulu di taman bunga yang cantik2 serta arca dinasor yang dibina menggunakan botol2 kosong.
 
 
 
 


Nak tengok Upin dan Ipin?  Percuma?  Ye...percuma jika bergambar dengan Upin dan Ipin di pintu luarnya.

 

Nak masuk kena bayar ye. MMD ambil tiket famili.  Murah sikit dari dibeli asing2.  Lupa pulak berapa MMD bayar hari tu.  Harga biasa RM25 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak2. Setiap tiket disertakan dengan pasu plastik.  Nak buat apa?  Tunggu.....


 Ok.  Dah masuk dalam.  Ada gambar 3D kat situ.  Posing2 lagi.

 

Lea makin tak sabar.  Cepat2 nak masuk ke bahagian dalamnya lagi. Kat situ ada acara rupa2nya.  Disediakan media tanaman untuk diisi ke dalam pasu plastik yang diberi percuma tu.  Budak2 diajar macam mana untuk menyediakan tanaman.  Ada benih jagung, kacang merah, kacang hijau, anak pokok ros dan juga pokok bunga raya.

 


Dah siap tanam bagai, waktu tu dah hampir 4:00pm.  Ada acara lagi di pentas iaitu kemunculan Upin dan Ipin serta geng2nya.  Berjalan cepat2 untuk ke pentas.  Masa MMD sampai, dah ramai orang kat situ.


Petugas datang pada MMD dan minta MMD, Hazry serta Lea untuk mengikutinya.  Dia bawa kami hingga ke depan pentas.  MMD memilih agak ke tepi sedikit supaya kerusi roda Hazry tidak mengganggu pandangan orang belakang.  My beloved hubby kat mana?  Entah lah.... Ada kat area belakang sikit agaknya.

 

Budak2 riuh rendah bila maskot2 keluar dan menyanyi bersama2.  Happening betul!!!. Ada pertandingan menjawab soalan juga.  Semua dapat hadiah.  Ini dia hadiah yang diberikan oleh petugas tadi kepada Hazry sebelum acara bermula.  Hazry menjawab soalan ke?  Tidak lah....  Sudah tentu ianya akan bertukar tangan.  Siapa lagi kalau bukan kepada Lea.  Awal2 lagi dah Lea bagi tahu kat Hazry yang dia inginkannya.

 


Semua serbu maskot2 Upin dan Ipin serta geng2nya yang lain bila mereka turun dari pentas.  MMD pun tak lepaskan peluang untuk mengambil gambar Lea bersama2 dengan mereka.  Sebaik sebelum mereka naik semula ke pentas. Hazry juga menjadi perhatian bila maskot tu datang bergambar bersamanya.

 
 
 
 
 
 

 Acara berakhir dengan persembahan dari satu band.  Lupalah apa nama band tu.



Siapa yang paling enjoy?  Sudah tentu Lea. Nampak tak yang tabung Upin Ipin dah bertukar hakmilik?


Okay.  Merayap dengan cara perlahan2 ke destinasi seterusnya.  Kenapa?  Kaki dah lenguhhhhhh.

Rasa macam nak deko kat rumah macam ni.  Okay...Berangan dulu lah ye...


Jumpa lagi di lain entry.

As Salam.


Tuesday, December 20, 2016

Jumpa artis di Kampung Mak Cun di MAHA 2016

As Salam




Singgah pulak di Kampung Mak Cun.  Masa MMD sekeluarga sampai, acara pertandingan sedang diadakan.  Pengacaranya adalah artis/pengarah.  Siapakah???

Ni dia orangnya.  Kecil molek je orangnya.  Kalau tengok di TV, agak besar tapi bila berhadapan dengannya, taklah besar mana pun.  Dia adalah Erma Fatima.
 

Ada acara pertandingan menggiling cili kering menggunakan batu giling, acara memakaikan bedak sejuk pada pasangan.  Ada lagi acara selepas tu tapi MMD beransur dan singgah ke gerai makanan di situ.

Setiap belian mesti menggunakan kupon yang mesti dibeli terlebih dahulu.  Jika tidak habis digunakan, tak boleh ditukar semula.  Kejamnya....hehehe.

Lea repeat beli roti canai.  Sedap katanya.  Memang kuahnya sedap betul hinggakan MMD pun terikut sama makan roti canai.  Kuahnya penuh likat dengan daging2. My beloved hubby makan nasi dengan kambing bakar.  Hazry?  Macam biasa, MMD suapkan bubur yang MMD siap bawa bekal untuknya.

Harga makanan/minuman?  Alaaaa.... standard lah.  Agak mahal.  roti canai sekeping pun dah RM2.00. Yang lain tu fikir sendiri lah.

Malam tu sepatutnya ada konsert artis2, yang MMD dengar, ada Amy Search dan lain2.  Tapi tak kuasa pulak MMD nak tunggu hingga malam.

Selepas selesai makan2, kami pun bergerak lagi. Hasrat hati nak juga tunggu dan naik van/kereta OKU tapi hampa. Tak nampak2 pun kelibat van/kereta OKU.  Kaki pun dah mula lengoh.  Nasib baik destinasi seterusnya tak jauh mana.

Jumpa lagi ye.


Tuesday, December 6, 2016

Castle of Fruits di MAHA 2016

As Salam

Urusan MMD serta hubby, Lea dan Hazry bermula dari 8.30pg pada 3 Dec 2016.  Pertamanya singgah di pejabat Andalusia untuk selesaikan baki bayaran untuk urusan umrah MMD serta my Mem besar yang akan berangkat pada bulan depan.

Lepas tu bertolak ke MAEPS Serdang.  Kalau bukan Lea yang bersungguh2 untuk ke House of Shark di MAHA ni, belum tentu MMD pergi.  Maklumlah...dah boleh agak panasnya hahahaha.


Bila dah sampai tu, nak mencari tempat parking kereta pun payah.  Umat manusia ramai sangat. Tempat parking untuk OKU pun kena rembat.  Terpaksalah parking kat tepi jalan/longkang.

Di balai tiba 1, ada disediakan tram untuk pengunjung naik dan turun di mana2 lokasi yang ingin pergi. Pada mulanya, MMD tunggu jugak van/kereta khas untuk OKU.  Tunggu punya tunggu, tak sampai2 walaupun petugas di situ berusaha untuk mendapatkan van/kereta khas tu. Jadi MMD berkeputusan, baik kita jalan je dulu ke mana2 yang larat.



Lokasi pertama ialah di Castle of Fruits.  Sebut pun buah2an.  Memang banyak sangat pilihan buah2an untuk di beli.  Selain dari tu, anak2 pokok buah serta pokok bunga pun banyak dijual.

 
Apa yang MMD beli?  My beloved hubby gembira bila MMD tak shopping anak2 pokok atau anak2 pokok orkid.  Dah tak ada tempat nak di tanam di kawasan rumah.

Geram pulak tengok buah cili yang panjang mengurai ni.



Ada anak2 pokok orkid dengan pelbagai spesis dijual serendah RM10 untuk 3 pokok. MMD kurang mahir menjaga pokok2 orkid.  Nanti kang kering kontang mati pokok orkid tu.




Yang ni je yang MMD berkenan dan beli.  Lain sikit dari pokok2 yang MMD selalu tengok.  Masih spesis kaktus kata penjualnya. Tak perlukan apa2 media untuk menanamnya.  Ikat pada dawai pun boleh hidup.  Ada yang di ikat di batu, papan pun boleh hidup dengan sempurna.  Hebatnya kuasa Allah. Siram secara semburan air 2 kali sekali pun dah cukup.  Baja orkid pun boleh guna. Ada yang serendah RM10 sepokok.  Beli 5 percuma 1. Anak pokoknya ye.  Yang dah besar tu, lain harganya.  Mahal!


Semasa beredar dari situ, terserempak dengan abang motor dengan helmet predatornya.  MMD mohon untuk bergambar bersama.  TQ abang motor!!!


Ok.  Jumpa lagi di lokasi yang seterusnya nanti.

Monday, February 1, 2016

Tak nak balik rumah! Jom ke Hotel Seri Malaysia, Bagan Lalang 02-03/01/16

As Salam.

Perjalanan balik dari Lukut masih melalui laluan yang sama semasa datang iaitu melalui Sepang.  Anak2 semua dah tidur akibat kepenatan dan kepanasan.  Dalam dok berborak dengan dengan my beloved hubby, tau apa yang my beloved hubby tanya?

Nak singgah Labu Johnson semula ke nak singgah Avani Sepang Gold Coast? Aikkkk!!!!  Tak puas holiday lagi?  Katanya sebab Lea kempunan tak dapat mandi pool di apartment tadi.  MMD dok berfikir sendiri, kita cari chalet2 yang murah2 je la.  Boleh mandi kat pool di Avani.  Boleh tunjuk membership card je.

Bila dah nak sampai ke simpang samada terus ke Sepang atau ke kanan untuk ke Labu Johnson/KL, my beloved hubby tanya lagi.  MMD pun jawab, terserah lah.......  my beloved hubby terus je perjalanan untuk ke Sepang.  Hahahahaha.

Dalam duduk tengok2 chalet di tepi2 jalan yang kecil menghala ke Avani tu, my beloved hubby terus je tanpa perlahankan kereta.  Nampak gaya macam nak ke Avani je ni dalam hati MMD.  Bila sampai kat area pantai,  mak aiiiii.  Banyaknya kereta dan ramainya manusia.  Malas nak masuk Avani untuk tanya.  Sure dah penuh ni.  Lagi2 bila walk in last minute macam ni.  Terus belok ke kiri untuk ke Hotel Seri Malaysia. 

Alamatnya:

Lot 979 & 980, Pantai , Sg Pelek 43950 Bagan Lalang Sepang Malaysia, Malaysia  
 
Ada bilik deluxe yang terakhir tapi kat 1st floor. Nasib baik ada family room di ground floor.  RM236.00.  Mahal sikit dah tentu.  Ok.  Check in.  Orang yang paling gembira sudah tentulah Lea.  Cepat2 dia suruh my beloved hubby bukakan pintu kereta belakang dan keluarkan kotak yang berisi peralatan2 renangnya.  


Masuk je ke bilik, Lea cepat2 sarung baju renangnya dan minta my beloved hubby temankannya ke pool.  MMD selesaikan urusan dengan Hazry dan diri sendiri dulu.  Lepas tu barulah MMD ke pool, take over dari my beloved hubby.  Kena alihkan meja untuk bersolat.  Baru lega sikit ruangnya.

Macam biasa, Lea dan Hakim memang tak akan lepaskan peluang untuk mandi di pool.  Ramai juga pengunjung di sini.  Dah petang, apa lagi nak di buat.  Dah tentu terjun masuk pool lahhh. Layan anak2. Hazry menjadi peneman setia MMD.  Sesekali menjerit2 bila dia tengok Lea dan Hakim bergembira dalam pool.  Hakim ni kuat mengusik Lea.  Lea pulak kuat mengadu pada MMD dan kuat merajuk.  Kejab lagi baik pulak dengan abangnya.  MMD tak hairan pun bila dia mengadu pada MMD.  Ye la Ye la.  Biasa macam tu la MMD cakap.


My beloved hubby ada ronda2 kat dalam kawasan hotel ni.  Kat dewan makan ada juga menyediakan masakan panas jika ada orang order.  Dah petang pun dan anak2 sibuk mandi.  Dah tak ingat nak makan pun mereka.  Lagipun malam nanti nak keluar jugak.

Lepas Maghrib, kami pun keluar dan arah ke pantai.  Kiri dan kanan banyak kedai2 makan makanan laut.  Kali ini kami ke arah kanan, kalau ke kiri ke arah Avani.  Pernah makan di restoran yang di sebelah kiri.  Kami makan di RM Serai D Bagan.  Harganya pun berpatutan.  Masakannya pun sedap.  Antara masakan yang MMD order kat bawah ni.

Sejak dari hari ni, Lea dah mulai menyukai makanan laut.  Biasanya dia makan ikan saja.  Sekarang dah pandai & suka makan lala, pepahat, sotong, kerang.  Semua ni MMD bagitahu kat dia yang adik-beradik kerang tapi lain2 bentuk.  Tiap kali pergi beli barang dapur, mesti diingatkan pada MMD agar belikan sekali makanan kesukaan barunya tu.


Selepas sarapan pagi keesokan harinya, Lea dan Hakim terjun pool lagi.  MMD layan tengok TV dengan Hazry.  Dah pukul 12tgh barulah mereka berdua balik ke bilik.  My beloved hubby kata, hanya tinggal mereka berdua je kat pool.  Apa tidaknya, orang dah check out.  Lepas siap2, kami pun beransur untuk check out juga.  Tengok parking lot kat luar.....wahhhhh...kosooooooooong!!!  Ada 3-4buah kereta je. Patutlah receptionist tak kejar kami untuk check out.  Dah tak ada pengunjung pun.  Esok kan dah mula bersekolah.
 
 

Tengok muka Lea yang dah gelap.  Lepas mandi laut sehari sebelum tu, sekarang mandi kat pool pulak hingga tengahari.

Puas hati melayan anak2.  Tamatlah sudah 3H2M kami dari Port Dickson hingga ke Sepang pada awal tahun 2016.  Tunggu lawatan kami ke negara jiran pulak pada akhir Feb 2016 nanti.

Selamat melayari bahtera persekolahanlah pulak ye Cik Lea.  

As Salam.  Jumpa lagi nanti.  Jangan lupa terus menyokong blog MMD ni.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...