Showing posts with label Special - Umrah & Ziarah 2015. Show all posts
Showing posts with label Special - Umrah & Ziarah 2015. Show all posts

Friday, January 22, 2016

Mekah Al Mukarramah - 09-16/12/15 Umrahku terlaksana - part 3

As Salam.

Ehmmmm. Panjangnya entry kali ini hinggakan sampai ke part 3. Tak pe lahhh. Sebagai catatan memori indah bagi MMD dan mungkin sebagai panduan kepada pembaca yang datang ke blog kecil MMD ni.  Jangan pulak kata MMD syok sendiri ye. Tapi memang pun sebab blog ni MMD yang punya, jadi MMD boleh ceritakan apa saja yang ada dalam kotak hati MMD.  Terima kasih yang sudi datang melawat.


14/12/2015
Selepas solat Subuh dan bersarapan, kami bergerak dengan berjalan kaki ke Hotel Hera' yang tidak jauh dari hotel yang MMD diami (di lorong yang sama) untuk mengikuti majlis tahlil dan juga penerangan mengenai tawaf wida'.  Pada waktu ini juga MMD membayar SR20 seorang untuk lawatan tambahan ke muzium dan Hudaibiyah.  MMD juga ada membayar SR100 untuk 2 buah Al Quran untuk diwakafkan.  Semua duit diserahkan kepada mutawwif.

Majlis tahlil berlangsung dengan sempurna dengan linangan air mata kerana tidak lama lagi kami semua akan meninggalkan kota Mekah ini.  Semoga dijemput lagi dimasa akan datang.

EXHIBITION OF THE TWO HOLY MOSQUES ARCHITECTURE 



Hari ini selepas solat Zuhur dan makan tengahari, kami pun berkumpul di lobi untuk melawat ke tempat ini.  Kami sampai dalam pukul 3pm.  Banyak gambar di ambil di sini dalam mengenang dua masjid yang amat bersejarah ini.  Kita boleh bandingkan suasana dahulu dan masa kini.

Terdapat pelan pembangunan di sekeliling kawasan Masjidil Haram.   Keadaan pasti akan berubah dengan begitu pesat sekali nanti.  Sekarang ni pun banyak perubahan yang sedang berlaku.



Antara gambar2 yang sempat MMD ambil dan tak mungkin MMD dapat perturunkan kesemuanya di sini.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 



Sebelum bertolak keluar, berposing dulu di luar bangunan muzium.

 
 
 
 


HUDAIBIYAH 
Perjalanan kami menuju ke Masjid Hudaibiyah untuk bersolat dan berniat umrah untuk kali ke-4.  Kali ini MMD berniat untuk diri sendiri sekali lagi sebagai penutup ibadah umrah.  Tempat ini penting dalam sejarah kerana satu perjanjian telah termeterai di sini yang dipanggil sebagai Perjanjian Hudaibiyah.  Untuk lebih info, sila minta tolong dari En. Google.

 
 


Kat sini ada sebuah kereta sorong di depan masjid yang menjual kacang2.  Murah harganya.  MMD hanya membeli 2 paket buah tin sebagai tambahan sahaja.  MMD ada membeli sedikit buah tin dan juga kerepek dalam perjalanan balik ke hotel sebelum itu.

Dalam perjalanan balik, kelihatan beberapa kawasan tandus yang didiami dengan kelompok unta2 mereka.  Malang sekali, tiada lawatan ke ladang unta kerana masih lagi dikuarantin akibat wabak penyakit.



Kami tiba semula ke Masjidil Haram agak lewat dan tergesa2 untuk solat fardhu Isyak.  Kali ini kami melakukan umrah tanpa mutawwif.  Selepas selesai tawaf, MMD dan my beloved hubby berkeputusan untuk bersai'e dengan menaiki skuter sekali lagi.  Alhamdulillah, semuanya sudah selesai.

Antara gambar2 yang MMD ambil selepas selesai urusan.

 
 
 
 

MMD mengajak my beloved hubby untuk bergambar berlatar belakangkan Kaabah kerana mungkin esok hari tidak berpeluang lagi untuk bergambar kerana kami perlu melakukan tawaf wida' dan sibuk untuk bersiap2.



MMD tidak makan malam di hotel hari ni.  Jadi MMD minta my beloved hubby belikan fries dan juga kebab sebagai alas perut untuk malam ni.  MMD juga membeli beberapa helai jubah untuk ahli keluarga terdekat.  Balik ke bilik, bersihkan diri dan berkemas semua beg2 yang ada.  Beg2 MMD tiada yang beranak pinak.

15/12/2015
LAUT MERAH
Sebelum bergerak ke masjid, kami dikehendaki untuk membawa semua beg2 ke lobi.  Ini adalah solat Subuh terakhir di Masjidil Haram dan seterusnya melakukan tawaf wida'.  Kembali ke hotel dan bersarapan dan seterusnya berehat di lobi agar tidak tertidur di dalam bilik hotel.  Tiada lagi gambar2 yang diambil sehinggalah kami berangkat dari hotel dan melepasi Tana'im iaitu sempadan tanah halal dengan tanah haram.

Di dalam perjalanan, kami diberitahu oleh mutawwif yang kami akan singgah ke masjid di Laut Merah.  Semua gembira mendengar berita ni kerana mendapat tempat lawatan tambahan yang tiada didalam jadual asal.

 
 

 
 

Selesai solat jamak Zuhur dan Asar, kami semua tidak melepaskan peluang untuk  bergambar di tepi Laut Merah ni.  Airnya tak de lah merah warnanya.  Dalam MMD berselfie, MMD ditegur oleh seorang pak Arab dari keretanya dan menawarkan bekalan makanan, buah dan air pada MMD. MMD bertanya jika MMD perlu membayarnya dan dia berkata "halal" / Free. Dengan muka tak malunya, MMD minta satu set lagi untuk my beloved hubby.  MMD ucapkan terima kasih dan dia membalasnya dengan berkata "sama-sana".  Ehmmm terkejut juga bila pak Arab ni tau ayat tu.

Bila MMD naik ke bas, MMD beritahu yang MMD dapat makanan percuma.  Lalu budak2 dan mak budak2 pun terus turun dari bas dan beratur sekali.  Semua gembira.  Diberitahu oleh mutawwif yang salah seorang dari ibu atau bapa pak Arab tu adalah orang Indonesia dan pembantunya sendiri orang Indonesia dan selalu berada di situ untuk bersedekah kepada orang ramai.

Dalam pukul 2pm, kami sampai ke Jeddah Airport dan diberi bekalan makanan dan minuman.  Menu dari Indonesia, Mr Sate.  Bedal je terus kerana dah kelaparan.


Dua budak ni lah yang paling rapat dengan MMD.  Ubat pelepas kerinduan pada anak2 sendiri.


MMD dah kepenatan dan tidak buat lawatan sambilan pun di dalam airport ni.  Duduk diam2 dan sesekali tersengguk2.  Terlelaplah tu.... Beg2 yang banyak kat depan tu bukan MMD punya.  MMD dan my beloved hubby bawa 4 beg, balik pun 4 beg selain dari bagpack yang dari asalnya my beloved hubby letak kamera dan telekung.



Di airport ni berlaku kekecohan bila penumpang berasak2 lebih2 lagi dari Indonesia dan juga India yang tidak tahu untuk beratur dan bertolak2.  Lagipun hanya satu pintu kecil, lebih senang dipanggil laluan untuk seorang dibuka sebelum beratur untuk urusan imigresen.  Perkara yang sama berlaku bila penumpang2 Turki cuba untuk potong barisan semasa beratur di imigresen dan dihalau bukan saja oleh petugas tapi dari penumpang2 yang sedang beratur juga.

Dalam shuttle bus.  Muka happy.  Yea...dah nak balik kampung!!!


Perjalanan dari Jeddah bermula dengan penerbangan pada pukul 4pm dan akan berlepas ke Cairo Airport untuk menaiki Egypt Air yang akan transit di Bangkok. Dalam pukul 7.30pm waktu Mesir, makan malam diedarkan.  Alhamdulillah, kenyang lagi.


16/12/2015
Tiba di Bangkok Airport dan melalui check point yang sama juga.  Semua kasut pun kena dibuka. Penerbangan pukul 2.30pm waktu Bangkok untuk ke Kuala Lumpur. Pemandangan di Airport Bangkok dan juga dari atas. Makan lagi dan kenyang lagi.  Rasanya baru lagi makan.


 
 
 

Dalam pukul 5.30pm, kami sampai dengan selamat di KLIA.  Berkumpul untuk mengambil beg2 dan juga air Zamzam.  Selesai bersalaman dengan jemaah yang lain, kami pun bersurai dan menunggu teksi yang telah dijanjikan.  Walaupun MMD dah call dia sebaik saja flight touch-down, hampir pukul 8pm masih lagi tidak muncul.  My beloved hubby terus buat keputusan untuk ambil Airport Limo dengan harga yang lebih murah lagi dari teksi yang dijanjikan sebelum ni.  Gambar terakhir bersama mutawwif kami, Ustaz Firdaus Rock.

 


Alhamdulillah selamat sampai, "home sweet home" lebih kurang pukul 10pm pada 16/12/2015.  Sesampai di rumah, tiada siapa di rumah kerana adik MMD dah pun menjemput my Mem besar dan anak2 MMD untuk ke Cheras pada hujung minggu sebelum ni.  Jadi kami ber"honeymoon" lah berdua tanpa gangguan.  hahahaha.

Keesokan harinya barulah MMD pergi menjemput anak2 MMD di Cheras. Rindu betul pada anak2.  Itu baru 2 minggu berjauhan.  Bayangkan jika anak2 pergi belajar jauh2 di luar negara.  Bagaimana rasanya?

Tamatlah sudah pengalaman ziarah dan juga umrah MMD pada kali ini. Banyak pengalaman yang manis2 saja.  Semoga ini bukanlah umrah terakhir buat MMD dan my beloved hubby.  Sudah terasa rindunya untuk bersolat di Masjid Nabawi dan juga Masjidil Haram.  Insya Allah jika ada peluang, rezeki dan sihat tubuh badan, sudah tentu impian untuk ke sana tidak akan terpadam.

Sempena penghulu hari,  Hari Jumaat ini, MMD menutup kisah manis ke Mekah dan Madinah dengan ucapan Alhamdulillah.

Sekian.  Jumpa lagi di lain entry.

Wednesday, January 20, 2016

Mekah Al Mukarramah - 09-15/12/15 Umrahku terlaksana - part 2

As Salam.

12/12/2015
Hari ini macam biasa.  Selepas solat Subuh dan bersarapan, kami semua berkumpul di lobi untuk ziarah luar lagi.

4 sekawan dengan gaya, mutu dan keunggulannya.  Hair style yang baru. The botaks!!!  Inilah kejutannya untuk MMD.  My beloved hubby memang jarang berbotak.  Selalunya MMD tak bagi kelulusan pun bila dia nak botakkan kepalanya.  Tapi kali ini dikecualikan untuk mengambil sunnah.

 

JABAL THUR 
Lawatan pertama ke sini.  Singgah tak lama pun.  Sekadar bergambar dan terus naik bas semula.  Kat sini MMD beli majalah untuk kenangan mengenai Mekah dan Madinah dengan harga SR10 setiap satu.  Ada gambar2nya yang dah lama.  Tak apalah.


JABAL RAHMAH
Tempat keduanya adalah di sini.  Tempat yang dinantikan oleh semua jemaah.  Berdoa untuk kekal bahagia bersama pasangan masing2 serta  kesejahteraan bersama2 ahli keluarga dan tempat berdoa untuk diketemukan jodoh yang baik2 bagi jemaah yang bujang2.  Aamiiiinnn.

 

Okay, jom panjat!


Mengah juga untuk sampai ke atas tu.  Ini sebagai persediaan awal untuk memanjat Gua Hira' nanti.  Ramai juga penjaja menjual barangan mereka.  MMD tak beli apa2 pun kerana niat untuk berdoa bila sampai di atas. 

Pandangan dari bawah.


Dipertengahan mendaki dengan muka yang kekurangan oksigen.  hahahaha.


Okay, dah sampai kat atas.  Selepas selesai berdoa apa yang patut, MMD sengaja menyuruh my beloved hubby berlakon macam tengah berdoa.  Nasib baik diikutkan permintaan MMD ni,  Biasanya susah untuk minta dia bergambar bagai.  Tapi kali ini memang WIN lah.  Banyak juga gambar2nya yang MMD ambil.  Mungkin kerana inilah satu2 waktu sebagai kenangan ketika berada di Mekah dan Madinah.

 

Pandangan dari atas dan dari jauh.
 

Sebaik sampai ke bawah, my beloved hubby belanja ais krim Mekah.  Kat sini harganya SR5.  Mahal.

Kemudian dengan bas, kami di bawa melalui kawasan Arafah, Mina dan tempat melontar Jamrah.  Sekurang2nya, tahulah di mana tempatnya walaupun tidak turun dari bas.  Pasang angan2 untuk ibadah Haji pulak.


JA'RANAH 
Tak lama selepas itu, kami sampai ke masjid di Ja'ranah untuk solat2 sunat serta berniat umrah.  Kali ini MMD berniat umrah untuk disedekahkan kepada anak istimewa MMD iaitu Hazry Halimy bin Abd Rahim.  Bukan tidak ingin buat untuk 2 lagi anak2 MMD yang lain, tapi mereka sihat tubuh badan dan masa akan datang dengan rezeki yang ada, mereka boleh datang sendiri untuk melakukan umrah ni. Masih pagi, tapi matahari dah panas terik.  Berkerut2 dahi masa ambil gambar.

MMD juga ada minta pendapat dari Ustaz2 semasa menghadiri kursus dan juga mutawwif tentang perkara ini dan semua mereka menggalakkan MMD buat untuk Hazry.


 

Alhamdulillah, selesai sudah tawaf yang diketuai oleh mutawwif.  Kali ini MMD rasa sungguh2 sedih dan rasa pilu yang amat2 sangat lebih2 lagi bila mengingatkan pasal Hazry pada setiap kali pusingan tawaf.  Air mata laju je mengalir.  Allah  SWT & Kaabah menjadi saksi.  MMD berdoa dan memohon agar Hazry diberikan kesihatan yang baik.  Bukan bermakna MMD menolak ketentuan dari Allah yang menghadiahkan MMD dengan seorang anak istimewa tapi ada juga terdetik kerisauan jika MMD yang pergi meninggalkannya dahulu.  Insya Allah selagi kita bergantung harapan padaNya, sudah tentu ada jalan yang terbaik menanti kita.

Kali ini mutawwif ada mencadangkan agar sai'e kali ini dengan menggunakan skuter.  Kami naik ke tingkat 3 dan membayar SR50 untuk satu skuter yang berkerusi satu.  Tapi boleh dinaiki oleh 2 orang jemaah walaupun sempit sedikit bagi yang berbadan besar macam my beloved hubby.

Sambil my beloved hubby memandu antara perlahan dan laju, bukannya laju macam bawa motor di atas jalan tu.  MMD akan membaca doa2 yang terdapat di dalam buku panduan umrah sambil diaminkan oleh my beloved hubby.  Motor ini hanya ada kepantasan sehingga 10 mata sahaja.  Tak boleh laju sangat hingga tak sempat membaca doanya nanti.  Kalau tak silap MMD, bateri skuter ini boleh bertahan sehingga 1 jam dan akan mati dengan sendirinya. Pun begitu, kami semua yang menggunakan skuter ni berlegar2 juga beberapa pusingan tambahan selepas selesai sai'e dan bertahallul.  Masih lagi ada bateri masa kami pulangkan skuter ke tempat asalnya di Bukit Safa.

Gambar2 ni selepas urusan dah selesai.  MMD pun cuba memandunya sendiri.  Tak susah mana pun.

  

Alhamdulillah, selesai umrah untuk Hazry.  Tiada aktiviti lain selepas itu selain dari berada di masjid untuk solat dan membaca Al Quran. MMD juga ada pergi sendiri untuk tawaf sunat sementara menunggu waktu solat fardhu.  My beloved hubby balik dulu ke hotel dan MMD dah pun berjanji agar tidak perlu menunggu MMD selepas Isyak nanti untuk balik ke hotel.  Alhamdulillah, dapat masuk Hijr Ismail dan bersolat sunat hingga 3x.  Pada masa ini, Hajarul Aswad sudah dihadang dengan kanvas sepenuhnya.  Tak ada rezeki untuk menciumnya.

13/12/2015
Hari ini MMD dan my beloved hubby keluar agak awal pagi dengan niat untuk tawaf sunat lagi sebelum solat Subuh.  Alhamdulillah, sekali lagi dapat masuk Hijr Ismail untuk bersolat.  Selepas solat Subuh, MMD bertemu semula dengan my beloved hubby untuk balik ke hotel untuk bersarapan.  Sebelum tu, posing sikit!!

 

Lepas sarapan, kami berdua ambil angin dan masuk ke bangunan Hilton dan juga Bin Dawood yang famous diperkatakan tu.  Ehmmm. tak ada yang MMD beli pun.  Sekadar cuci mata.  MMD hanya pergi tukar duit untuk beli Al Quran untuk di bawa balik ke Msia.

 

Posing sikit lagi...Hahahaha.
 
 

Selepas itu, tiada aktiviti lain selain dari beriktikaf di masjid, bersolat, berzikir dan membaca Al Quran.  Masih dengan aktiviti beribadah dan semoga mendapat pahala yang berlipat kali ganda.

JABAL NUR - GUA HIRA'
Selepas solat Isyak, kami pun berkumpul di lobi bagi mereka yang ingin mendaki Gua Hira' dengan bayaran tambahan SR20 seorang.  Sudah tentu MMD dan my beloved hubby tidak melepaskan peluang ni.  Bukannya peluang datang selalu.  Dalam pukul 10pm, bas bergerak dan singgah di satu kawasan rata.  Kami turun di situ sambil menunggu van datang untuk menaiki hingga ke kaki bukit. Muka bersih dan berseri lagi masa dalam bas.



Pengalaman paling ngeri pernah MMD lalui semasa di sini.  Semasa menaiki van, kami yang jemaah perempuan menjerit2 lebih2 lagi MMD lahhh.  Mengucap panjang dan banyak2 kali sangat kerana cara pemanduan van yang sangat2 gila pada pandangan mata MMD.  Dengan laluan yang sempit dan berliku, pemandu menekan minyak hingga menderum2 bunyinya.  Bila sampai ke kaki bukit, semua turun dan mengucap Alhamdulillah tak henti2.  Rasa seolah2 macam nak terbalik dan terpusing je masa dalam van tadi.  My beloved hubby cakap, macam tu lah kalau masuk lumba kereta Camel Trophy.

Berehat sebentar sementara menunggu jemaah lain sampai.  Ada kedai/geral di situ yang menjual minuman dan cenderamata.  MMD tak beli apa2 pun.  Ada yang membeli tongkat sakti untuk membantu semasa mendaki nanti.

Perjalanan bermula dengan bacaan doa dari mutawwif dalam pukul 11pm.  Tengoklah betapa curamnya kat sini.  Tempat yang bercahaya putih tu adalah kedai/gerai.  Ini baru permulaan perjalanan.



Mendaki perlahan2 dan setiap beberapa anak tangga, berhenti untuk ambil nafas baru.  Tidak terbayang oleh fikiran bagaimana isteri Nabi SAW, Siti Khadijah mendaki menghantar makanan kepada Baginda dahulu.  Sekarang tidaklah seteruk dahulu dengan batu2 yang tajam dan laluan yang berliku2.  Sekarang, ada orang2 Kashmir yang telah mengambil inisiatif membina anak2 tangga dengan simen2 dan perjalanan jemaah  semakin selesa. Ini antara anak tangga baru siap.  Tunggu esok2 untuk kering.



Menurut mutawwif, orang2 Kashmir ini adalah pendatang haram di Tanah Haram ini akibat peperangan di negara mereka.  Kerajaan Arab Saudi membenarkan mereka tinggal di situ.  Mereka bergantung hidup dengan sedekah dari pengunjung2 yang datang dan membeli bahan2 simen/batu untuk membina anak2 tangga yang lebih baik susunannya.  Mereka tinggal dan tidur di mana tempat mereka membina anak tangga.

MMD mengambil masa lebih kurang 1 1/4 jam untuk sampai ke atas.  Itupun kerana banyak kali berhenti.  MMD bersama2 dengan seorang jemaah wanita dari grup lain kerana my beloved hubby akan menyusul kemudian jika dia larat lagi mendaki, katanya.  Jangan sesekali mendaki berseorangan kerana orang2 Kashmir ni agak agresif dalam cara meminta sedekah dari pengunjung.



Suatu aktiviti sihat di malam hari.  Memang dah lama benar tidak mengeluarkan peluh dalam aktiviti luar.  Memang banyak juga berpeluh tapi diselangi dengan angin sejuk, maka tidak terasa sangat panasnya.  Muka dah mula berminyak.

Alhamdulillah, sampai sudah di puncak.  Ada gerai di situ yang menjual makanan segera, minuman panas serta cenderamata.  MMD turun semula ke arah belakang untuk menuju ke Gua Hira' dimana Nabi Muhammad SAW bersembunyi dan bertapa/beribadah. Pandangan dari atas.  Ramai lagi yang beratur untuk bersolat di situ.


Terdapat 2 laluan untuk ke tempat persembunyian tersebut.  Laluan terus tidak dapat MMD lepasi kerana tersekat di bahagian peha.  Nampaknya kena kuruskan badan ni...Hahaha.  Jemaah yang berada di situ menunjukkan arah ke kiri dan MMD dapat melepasinya selepas berbongkok sedikit.

Alhamdulillah, setelah menunggu sebentar, sampailah giliran MMD untuk bersolat sunat di tempat yang penah Nabi Muhammad berada dahulu.  Syukur yang tidak dapat digambarkan.  MMD sudah berwuduk dan menjaga wuduk sejak dari bilik hotel lagi.  Syukur, dipermudahkan kerana susah untuk mendapatkan air selain dari tandas kecil di sebelah gerai di kaki bukit tadi.


 

MMD meminta jasa baik jemaah wanita di situ untuk menjaga beg & juga HP.  Alhamdulillah, beliau ada mengambil gambar MMD walaupun dalam keadaan yang kurang terang.  MMD letakkan lampu suluh di hadapan MMD semasa bersolat. Tempatnya tidaklah besar.  2 orang boleh bersolat seperti biasa.  Di sebelah kanan, seorang boleh bersolat secara duduk dan seorang lagi dengan cara bertenggek di atas batu.  Kiranya 4 orang boleh bersolat dalam satu2 masa.

Bila MMD naik semula ke puncak yang asal, MMD dapati my beloved hubby dah ada di situ.  Terkejut dan sungguh tidak sangka kerana dia boleh sampai ke tahap ini.

 

Happy je budak2 sampai di puncak.  Tenaga masih kuat berbanding dengan kami yang dah senja.  Hahahaha.



Selepas bergambar dengan jemaah lain dan berehat sebentar melepaskan lelah, mutawwif pun meminta jemaah mula menyusur turun.  Perjalanan turun tidaklah sesukar semasa mendaki.  Sekejab saja sudah sampai ke kaki bukit yang ada kedai2 tu.  Malangnya van tak muncul2.  Mungkin kerana ada satu grup sebelum naik tadi komplen pasal keselamatan mereka.  Driver van merajuk la tu.

Antara pemandangan yag menakjubkan  dari atas Jabal Nur ini.  Kelihatan menara Masjidil Haram dalam warna putih dari jauh.  Inilah kasut yang berkhidmat untuk MMD mendaki bukit ini.  Bukannya kasut sukan tapi kasut jalan2.  Kau ado???

 


Jadi, kami semua berjalan perlahan2 sambil berborak2 hingga ke tempat bas menunggu.  Sampai hotel dalam pukul 3pagi 14/12/15.

Bersihkan diri dan tidur sebentar.  Bersiap2 untuk solat Subuh di masjid.

Jumpa lagi di lain entry.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...