Friday, January 22, 2016

Mekah Al Mukarramah - 09-16/12/15 Umrahku terlaksana - part 3

As Salam.

Ehmmmm. Panjangnya entry kali ini hinggakan sampai ke part 3. Tak pe lahhh. Sebagai catatan memori indah bagi MMD dan mungkin sebagai panduan kepada pembaca yang datang ke blog kecil MMD ni.  Jangan pulak kata MMD syok sendiri ye. Tapi memang pun sebab blog ni MMD yang punya, jadi MMD boleh ceritakan apa saja yang ada dalam kotak hati MMD.  Terima kasih yang sudi datang melawat.


14/12/2015
Selepas solat Subuh dan bersarapan, kami bergerak dengan berjalan kaki ke Hotel Hera' yang tidak jauh dari hotel yang MMD diami (di lorong yang sama) untuk mengikuti majlis tahlil dan juga penerangan mengenai tawaf wida'.  Pada waktu ini juga MMD membayar SR20 seorang untuk lawatan tambahan ke muzium dan Hudaibiyah.  MMD juga ada membayar SR100 untuk 2 buah Al Quran untuk diwakafkan.  Semua duit diserahkan kepada mutawwif.

Majlis tahlil berlangsung dengan sempurna dengan linangan air mata kerana tidak lama lagi kami semua akan meninggalkan kota Mekah ini.  Semoga dijemput lagi dimasa akan datang.

EXHIBITION OF THE TWO HOLY MOSQUES ARCHITECTURE 



Hari ini selepas solat Zuhur dan makan tengahari, kami pun berkumpul di lobi untuk melawat ke tempat ini.  Kami sampai dalam pukul 3pm.  Banyak gambar di ambil di sini dalam mengenang dua masjid yang amat bersejarah ini.  Kita boleh bandingkan suasana dahulu dan masa kini.

Terdapat pelan pembangunan di sekeliling kawasan Masjidil Haram.   Keadaan pasti akan berubah dengan begitu pesat sekali nanti.  Sekarang ni pun banyak perubahan yang sedang berlaku.



Antara gambar2 yang sempat MMD ambil dan tak mungkin MMD dapat perturunkan kesemuanya di sini.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 



Sebelum bertolak keluar, berposing dulu di luar bangunan muzium.

 
 
 
 


HUDAIBIYAH 
Perjalanan kami menuju ke Masjid Hudaibiyah untuk bersolat dan berniat umrah untuk kali ke-4.  Kali ini MMD berniat untuk diri sendiri sekali lagi sebagai penutup ibadah umrah.  Tempat ini penting dalam sejarah kerana satu perjanjian telah termeterai di sini yang dipanggil sebagai Perjanjian Hudaibiyah.  Untuk lebih info, sila minta tolong dari En. Google.

 
 


Kat sini ada sebuah kereta sorong di depan masjid yang menjual kacang2.  Murah harganya.  MMD hanya membeli 2 paket buah tin sebagai tambahan sahaja.  MMD ada membeli sedikit buah tin dan juga kerepek dalam perjalanan balik ke hotel sebelum itu.

Dalam perjalanan balik, kelihatan beberapa kawasan tandus yang didiami dengan kelompok unta2 mereka.  Malang sekali, tiada lawatan ke ladang unta kerana masih lagi dikuarantin akibat wabak penyakit.



Kami tiba semula ke Masjidil Haram agak lewat dan tergesa2 untuk solat fardhu Isyak.  Kali ini kami melakukan umrah tanpa mutawwif.  Selepas selesai tawaf, MMD dan my beloved hubby berkeputusan untuk bersai'e dengan menaiki skuter sekali lagi.  Alhamdulillah, semuanya sudah selesai.

Antara gambar2 yang MMD ambil selepas selesai urusan.

 
 
 
 

MMD mengajak my beloved hubby untuk bergambar berlatar belakangkan Kaabah kerana mungkin esok hari tidak berpeluang lagi untuk bergambar kerana kami perlu melakukan tawaf wida' dan sibuk untuk bersiap2.



MMD tidak makan malam di hotel hari ni.  Jadi MMD minta my beloved hubby belikan fries dan juga kebab sebagai alas perut untuk malam ni.  MMD juga membeli beberapa helai jubah untuk ahli keluarga terdekat.  Balik ke bilik, bersihkan diri dan berkemas semua beg2 yang ada.  Beg2 MMD tiada yang beranak pinak.

15/12/2015
LAUT MERAH
Sebelum bergerak ke masjid, kami dikehendaki untuk membawa semua beg2 ke lobi.  Ini adalah solat Subuh terakhir di Masjidil Haram dan seterusnya melakukan tawaf wida'.  Kembali ke hotel dan bersarapan dan seterusnya berehat di lobi agar tidak tertidur di dalam bilik hotel.  Tiada lagi gambar2 yang diambil sehinggalah kami berangkat dari hotel dan melepasi Tana'im iaitu sempadan tanah halal dengan tanah haram.

Di dalam perjalanan, kami diberitahu oleh mutawwif yang kami akan singgah ke masjid di Laut Merah.  Semua gembira mendengar berita ni kerana mendapat tempat lawatan tambahan yang tiada didalam jadual asal.

 
 

 
 

Selesai solat jamak Zuhur dan Asar, kami semua tidak melepaskan peluang untuk  bergambar di tepi Laut Merah ni.  Airnya tak de lah merah warnanya.  Dalam MMD berselfie, MMD ditegur oleh seorang pak Arab dari keretanya dan menawarkan bekalan makanan, buah dan air pada MMD. MMD bertanya jika MMD perlu membayarnya dan dia berkata "halal" / Free. Dengan muka tak malunya, MMD minta satu set lagi untuk my beloved hubby.  MMD ucapkan terima kasih dan dia membalasnya dengan berkata "sama-sana".  Ehmmm terkejut juga bila pak Arab ni tau ayat tu.

Bila MMD naik ke bas, MMD beritahu yang MMD dapat makanan percuma.  Lalu budak2 dan mak budak2 pun terus turun dari bas dan beratur sekali.  Semua gembira.  Diberitahu oleh mutawwif yang salah seorang dari ibu atau bapa pak Arab tu adalah orang Indonesia dan pembantunya sendiri orang Indonesia dan selalu berada di situ untuk bersedekah kepada orang ramai.

Dalam pukul 2pm, kami sampai ke Jeddah Airport dan diberi bekalan makanan dan minuman.  Menu dari Indonesia, Mr Sate.  Bedal je terus kerana dah kelaparan.


Dua budak ni lah yang paling rapat dengan MMD.  Ubat pelepas kerinduan pada anak2 sendiri.


MMD dah kepenatan dan tidak buat lawatan sambilan pun di dalam airport ni.  Duduk diam2 dan sesekali tersengguk2.  Terlelaplah tu.... Beg2 yang banyak kat depan tu bukan MMD punya.  MMD dan my beloved hubby bawa 4 beg, balik pun 4 beg selain dari bagpack yang dari asalnya my beloved hubby letak kamera dan telekung.



Di airport ni berlaku kekecohan bila penumpang berasak2 lebih2 lagi dari Indonesia dan juga India yang tidak tahu untuk beratur dan bertolak2.  Lagipun hanya satu pintu kecil, lebih senang dipanggil laluan untuk seorang dibuka sebelum beratur untuk urusan imigresen.  Perkara yang sama berlaku bila penumpang2 Turki cuba untuk potong barisan semasa beratur di imigresen dan dihalau bukan saja oleh petugas tapi dari penumpang2 yang sedang beratur juga.

Dalam shuttle bus.  Muka happy.  Yea...dah nak balik kampung!!!


Perjalanan dari Jeddah bermula dengan penerbangan pada pukul 4pm dan akan berlepas ke Cairo Airport untuk menaiki Egypt Air yang akan transit di Bangkok. Dalam pukul 7.30pm waktu Mesir, makan malam diedarkan.  Alhamdulillah, kenyang lagi.


16/12/2015
Tiba di Bangkok Airport dan melalui check point yang sama juga.  Semua kasut pun kena dibuka. Penerbangan pukul 2.30pm waktu Bangkok untuk ke Kuala Lumpur. Pemandangan di Airport Bangkok dan juga dari atas. Makan lagi dan kenyang lagi.  Rasanya baru lagi makan.


 
 
 

Dalam pukul 5.30pm, kami sampai dengan selamat di KLIA.  Berkumpul untuk mengambil beg2 dan juga air Zamzam.  Selesai bersalaman dengan jemaah yang lain, kami pun bersurai dan menunggu teksi yang telah dijanjikan.  Walaupun MMD dah call dia sebaik saja flight touch-down, hampir pukul 8pm masih lagi tidak muncul.  My beloved hubby terus buat keputusan untuk ambil Airport Limo dengan harga yang lebih murah lagi dari teksi yang dijanjikan sebelum ni.  Gambar terakhir bersama mutawwif kami, Ustaz Firdaus Rock.

 


Alhamdulillah selamat sampai, "home sweet home" lebih kurang pukul 10pm pada 16/12/2015.  Sesampai di rumah, tiada siapa di rumah kerana adik MMD dah pun menjemput my Mem besar dan anak2 MMD untuk ke Cheras pada hujung minggu sebelum ni.  Jadi kami ber"honeymoon" lah berdua tanpa gangguan.  hahahaha.

Keesokan harinya barulah MMD pergi menjemput anak2 MMD di Cheras. Rindu betul pada anak2.  Itu baru 2 minggu berjauhan.  Bayangkan jika anak2 pergi belajar jauh2 di luar negara.  Bagaimana rasanya?

Tamatlah sudah pengalaman ziarah dan juga umrah MMD pada kali ini. Banyak pengalaman yang manis2 saja.  Semoga ini bukanlah umrah terakhir buat MMD dan my beloved hubby.  Sudah terasa rindunya untuk bersolat di Masjid Nabawi dan juga Masjidil Haram.  Insya Allah jika ada peluang, rezeki dan sihat tubuh badan, sudah tentu impian untuk ke sana tidak akan terpadam.

Sempena penghulu hari,  Hari Jumaat ini, MMD menutup kisah manis ke Mekah dan Madinah dengan ucapan Alhamdulillah.

Sekian.  Jumpa lagi di lain entry.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...