Wednesday, January 13, 2016

Cairo - Madinah 06/12/15 Citadel of Salah Al-Din

As Salam

Selepas sarapan pagi, siap2 untuk check out dari Hotel Mercure, Cairo.  Muka lepas kenyang breakfast.  Hahahaha.

Mutawwif kita ada janji kat beberapa orang grup MMD yang dia nak bawa untuk pergi rasa jus buah2an, sampai ke sudahnya, tak sempat sebab schedule yang agak penuh.  Jadi MMD pun ambil gambar ni dan tunjuk padanya sebagai gantirugi.  Buat lawak kat dia. Cantik je buah2 tu dibungkus dan digantung untuk jualan.



Tempat tujuan pertama ialah:

KHAN ELHELW CENTRE
Kedai jualan pakaian cotton yang paling asli kata tour leader.  Harganya agak mahal.  Tapi ramai juga yang shopping kat sini.  Jubah2 kat sini bukan saiz MMD.  Tu yang pasal tak berapa ada mood nak shopping kat sini.  Tumpang gembira tengok jemaah lain shopping.

 
 

My beloved hubby dah sah2 tak masuk.  Siap tunggu jemaah dan MMD kat luar sambil lepak2. Keputusannya, tiada barangan dibeli oleh MMD kat sini.  "Syukur dan selamat" kata my beloved hubby.

 

CITADEL OF SALAH AL-DIN
Destinasi seterusnya ialah kota ni.  Terletak tinggi di atas bukit.  Harga tiket masuk ialah EP60. Pemandangan yang cantik bukan saja dari segi seni bina bangunannya, tapi juga pemandangan di sekitarnya yang dilihat dari atas bukit di situ.  Kalau nak tahu lebih lanjut, sila minta tolong dengan En. Google ye.  MMD perturunkan gambar2 yang MMD ambil di sekitar lokasi ni.  Pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Pandangan dari jauh/luar pagar.

 


Semua tempat nak diambil gambar.  Berebut2 macam budak2 sekolah gitu.  Suka sangat2.

 

Bersama seorang lagi mutawwif dari Malaysia untuk bas nbr 1.  Hajjah Baidah dan juga seorang peguam.

 
 

Bergambar lagi sebelum menaiki tangga untuk ke bangunan utama.  Bersama dgn Safinas yang juga seorang Ass. Professor di Sultan Idris Education University, Tanjung Malim, Perak. Grup lelaki macho sedang bergaya sakan.  Mutawwif yang suruh beratur dan berjalan sambil tu dia yang tolong ambil gambar.  Kalau tak, maunya!!

 
 
Okay, dah sampai ke tempat tujuan.  Berposing2 lagi. Cantik seni binaannya.  Klasik gitu.

 
 
 


Kalau diperhatikan, banyak gambar MMD berselfie walaupun kamera Nikon ada kat tangan my beloved hubby.  Dia lagi suka ambil gambar panorama.  Hanya sesekali je dapat berposing depan dia.  Kesian.....

 
 
 
 
 


Kat luar pulak.  Panorama dalam bentuk 3 era, era kebangkitan Islam, era moden dan juga era di mana ruang yang mula menghijau.

 


Sempat my beloved hubby mengukir nama di dinding kota ini sebagai kenangan.  Lain tahun berjumpa lagi jika ada rezeki dan kesempatan.

 


Singgah untuk makan tengahari terakhir di Cairo.  Restoran yang sama lagi iaitu Soiree. Akhirnya mutawwif belanja kami dengan air jus buah dalam kotak supaya tidak kempunan.  TQ Ustaz Firdaus Rock!

 
 
Lepas tu terus bergerak ke Airport Cairo untuk domestic flight ke Madinah.  Terjadi kelewatan di sini bila mutawwif di bas MMD tidak menyerahkan pasport kepada jemaah yang terawal melepasi check point pertama selepas turun dari bas.  Tergendala urusan beberapa jemaah termasuk MMD untuk melepasi check point imigresen Cairo.

 

Selepas selesai semuanya, barulah kami cepat2 untuk ke surau di airport untuk solat.  Flight kami pada pukul 4.30pm waktu Cairo. Dalam boarding room.  Wefie dengan room mate, Hawa, dan juga hubbynya, Zakaria.

 

Kat tangga pun boleh lagi bergambar dan makan lagi.  Kenyang gitu la...Alhamdulillah.

 

Pukul 7.30pm kami dah siap2 beratur di imigresen Madinah.  MMD antara yang terawal melepasi imigresen dan siap2 tolong ambil beg2 jemaah lain dari conveyor belt.  Susun siap2 dan senang untuk jemaah mencari beg masing2.

 
 


Alhamdulillah.  Mencecah tanah Madinah buat pertama kalinya.  Menaiki bas untuk ke hotel.  Jumpa lagi di lain entry.

Selamat tinggal Cairo, selamat datang Madinah.

As Salam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...