Tuesday, January 12, 2016

Cairo - Alexandria 05/12/15 - Montaza Palace & Gardens

As Salam

Alexandria juga dikenali sebagai Iskandariah. Terletak menghadap Lautan Mediterranean. Selepas sarapan pagi, perjalanan pun bermula yang jauhnya lebih kurang 240km.  Dengan menaiki bas, ianya mengambil masa lebih kurang 3 jam pergi dan 3 jam balik.

 
 
 


Melepasi satu2nya tol untuk ke sana.  Dipertengahan jalan, berhenti sebentar di R&R.  MMD sempat membeli sebotol jus mangga di salah satu outlet di luar R&R tu.  Harga2 di dalam R&R tu agak membunuh.  hahahaha.  Jus dalam botol yang MMD beli tu hanya EP6.50 je.  Jauh bezanya dengan yg kat dalam R&R tu.  Botolnya pun besar.  Sedap & fresh sangat2.

Enjoy gambar2 di sepanjang jalan hingga ke bandarnya sebelum sampai ke tempat tujuan. Gambar di ambil semasa MMD di dalam bas. Subhanallah.  Cantik sungguh ciptaan Allah.

 
 
 
 
 
 


MONTAZA PALACE & GARDENS
Bas berhenti sebentar di pintu utama untuk mendapatkan pas masuk.  Terpegun sebentar.  Cantik.  Tu belum lagi sampai ke tempat parking bas lagi.

 

Istana yang menjadi tempat penginapan raja terakhir Egypt iaitu King Farouk.  Tersergam indah.

 


Nampak tak batu2 yang nampak macam tanah merah tu?  Itu sebenarnya batu dengan kejadian yang cukup unik.  Cuaca sangat2 sejuk.  Lautnya membiru dan rasa tak puas menikmati kecantikan lautan serta taman di sini.  Pusing 360 darjah untuk bergambar.

 
 
 
 
 
 
 

Gambar paling sweeeeet kat atas ni.  hu3

 
Ni Husam, tourist guide sepanjang di Cairo.  Dia sanggup beli monopod MMD dengan harga USD100.  Tak sanggup MMD nak jual sebab belum habis trip lagi.

Berhenti makan di restoran tak jauh dari situ.  Akhirnya kami dapat merasai makan ikan yang seekor2.  Sebelum ni, asyik makan isi ikan talapia je.

 
 
 


MASJID MURSI ABU ABBAS
Lawatan seterusnya ialah di masjid ini dan bersolat. Setiap masjid di sini pasti ada makam di dalamnya.  Sedekahkan Al Fatihah sudah tentu.  InsyaAllah, semoga sampai kepadanya.


 
 

MASJID IMAM BUSIRI
Tak jauh dari Masjid Mursi Abu Abbas, kami berjalan kaki ke Masjid Imam Busiri.  Cantik binaannya. Hairan juga bila tour leader tak bagi kami semua bersolat di sini.  Kat sini lebih besar dan selesa.

 
 
 
 
 


QAIT BAY CITIDEL  
Pernah menjadi kota pertahanan.  Kami tak masuk pun ke dalamnya.  Hanya bergambar kat luar saja.  Ada juga peniaga tempatan menjual barangan cenderamata.  MMD hanya membeli plate untuk digantung kat dinding je kat sini.

Bergambar cara orang muda2 walaupun dah senja.  hahahaha.  Jangan komen tau.
 
 
 
 
 
 


LIBRARY OF ALEXANDRIA 
Singgah untuk bergambar sahaja dari luar.  Perpustakaan yang paling terkenal dan yang pertama didirikan di Alexandria.



 
 


Dalam perjalanan balik ke Cairo, kami terserempak dengan satu2nya kemalangan yang kami jumpai sepanjang berada di Cairo.  Kiranya driver2 kat sini memang terer walaupun laluan yang ada sempit2 antara kenderaan.  Yang ni agaknya tak dapat dielakkan langsung.



Singgah sebentar ke R&R.  Cari lagi jus yang sama tapi outletnya dah pun tutup.

 
 
 


Lepas makan malam, balik hotel dan kemas2 untuk berangkat ke Madinah.



Jumpa lagi di lain entry.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...