Saturday, January 30, 2016

Muzium Tentera Darat di Port Dickson - 02/01/16

As Salam

Tempat ni memang dah ada dalam list MMD.  Cepatnya masukkan dalam list?  Itupun masa dalam perjalanan dari Labu Johnson ke PD bila ternampak signboard kat tepi2 jalan.  Dah alang2 berada di PD, apa salahnya singgah.  Lagipun nak tunjuk kat anak2 tentang kelengkapan dan peralatan perang yang dimiliki oleh tentera Malayasia.  Biar tambah ilmu sejarah sikit pada anak2 walaupun MMD pun tak berapa nak ada ilmu sejarahnya.

Selepas keluar dari Upside Down Art Gallery, terus mencari signage kat tepi2 jalan lagi.  Sebenarnya, dari jauh pun dah boleh nampak kawasan lawatan ni.  Gerbangnya besar dan kapal terbang pun dah kelihatan bila kita di jalan utama, Jalan Pantai tu.

Port Dickson juga dikenali sebagai bandar tentera.  Sekali....wahhhhhhh, tak sangka begitu besar kawasan ni. Rasa megah pun ada walaupun tak ada sorang pun ahli keluarga MMD yang terlibat sebagai tentera kecuali arwah ayah mertua MMD yang merupakan seorang anggota polis.  Itupun MMD tak pernah berjumpa dengan arwah yang sudah meninggal semasa my beloved hubby masih muda remaja.

Okay, cari parking lot dulu.  Penuh.  Akhirnya my beloved hubby parking berdekatan dengan dewan (bukan tempat parking sebenarnya)  dan macam biasa letakkan kad OKU atas dashboard kereta.

Tak jauh dari situ, kami kena menaiki anak2 tangga.  Sebelum tu kami ditahan oleh seseorang sebelum my beloved hubby dan Hakim nak mengangkat Hazry dengan wheelchairnya.  Kenapa?

Ohhhh, rupanya dia nak pakaikan Hazry dengan penutup/alas kepala.  Rezeki Hazry lagi.  Bila dah sampai ke atas, sekali lagi kami ditahan.  Aikkkk, apa lagi?  Seorang kakak tu datang dan pakaikan Hazry dengan jam tangan pulak.  Ya Allah....terharu sangat2.  Semoga abang dan kakak tu dimurahkan dan ditambahkan rezeki jualan mereka.




Terokai kelengkapan perang yang ada di luar dulu sebelum memasuki bangunan muzium.  Enjoy gambar2 yang MMD bidik ni ye.






Ini kat dalam bangunan.  Banyak benda yang boleh dilihat.  Tak semua MMD ambil gambarnya.


Okay, lepas tu MMD keluar semula dan sambil2 tu melalui kawasan yang rimbun dengan pokok2.  MMD tak merayap sampai ke atas kawasan yang tinggi tu pun.



Nampak tak muka Lea yang ketakutan tu?  Tak nak ikut masuk terowong sama dengan Hakim.  Jangan harap MMD biarkan macam tu je.  MMD paksa dia ikut sekali masuk.  Menjerit2 Lea dan berkepit sakan dengan MMD masa dalam terowong.



Masa dah nak keluar dari terowong tu, Lea bukan main lagi berlari cepat2 untuk keluar.  Takut betul dia.  Sempit katanya.  Lepas minum2 sebentar, posing lagi sebelum keluar untuk balik. Dah panas berdenting!!  Anak2 dah tak nak berposing lagi.  Panas.




Tamat sudah lawatan di sini.  Jom balik!!!

As Salam.  Jumpa lagi di lain entry.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...