Showing posts with label Malaysia - Sarawak. Show all posts
Showing posts with label Malaysia - Sarawak. Show all posts

Friday, March 21, 2014

CCM - Kuching terakhir 01/03/14 - Serikin

As Salam

Day 4

MMD dah siapkan beg2 untuk check out.  Sarapan pagi pada pukul 7pg dan 7.30pg driver dah siap menunggu kami untuk ke Serikin.  My beloved hubby dah buat bayaran malam sebelumnya untuk mengelakkan kelewatan pada pagi2 hari. Inilah luaran White Cottage.




 Kek yang MMD order hanya sampai pada pukul 8.30pg di hotel semasa kami dah pun dalam perjalanan ke Serikin. Driver buat arrangement dengan ayahnya untuk mengambil kek MMD di hotel yang juga akan ke Serikin membawa sekumpulan pelawat juga.

Semasa makan malam di Le'Pau, ownernya ada mencadangkan agar membawa air yang cukup, pakai sunblock, pakai topi kerana suasana di sana agak panas berbanding dengan bandar2 lain di Borneo.  Ini adalah kerana Serikin berada paling hampir di garisan Khatulistiwa.

Disebabkan ini juga driver memang bercadang untuk sampai awal agar tidak perlu shopping dalam panas terik dan juga mengejar tempat letak kereta. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1jam 45min dari bandar Kuching.

Pekan Serikin ini adalah kawasan border dengan Kalimantan, Indonesia.  Bandar terdekat ialah Pontianak, Indonesia.  Kebanyakan peniaga di sini datang dari Indonesia yang datang berniaga pada hari Sabtu dan balik semula pada petang Ahad.  Mereka ini akan tidur di tempat mereka berniaga.  Pasar ini dibuka sehingga pukul 6ptg pada setiap Sabtu dan tutup pada 1tghari pada setiap Ahad.

Masa MMD sampai, tak ramai lagi pengunjung, masih agak lengang lagi. Masih boleh lagi berposing di tengah2 jalan di pasar tu.  Tak lama kemudian, ehmmm, dah penuh dengan orang ramai.








Macam2 barangan dijual disini, dari pakaian, telekung, periuk belanga, makanan, batu permata, hasil2 hutan pun ada.  Driver ada pesan pada MMD agar minta diskaun 50% dahulu sebelum mencapai harga yang dipersetujui,

Dalam perjalanan balik, kami singgah ke mini zoo dan hanya bergambar di luarnya sahaja dengan replika dinasor.






Kami dibawa singgah untuk lunch di Siti Cafe & Catering di Bau.  Udang ni berharga RM8.00 seekor yang besar tu. Kat dalam gambar nampak kecil je.  Ayam pangsuh juga ada yang MMD ambil supnya & nasi putih agar menjadi bubur untuk Hazry. Lauk pauknya banyak dan kami semua berselera makan. Harga makanan di sini amat berpatutan.




Perjalanan diteruskan untuk terus ke airport. Sampai airport dalam pukul 1.15ptg.  Boarding time 2.25ptg.  Kali ini, MMD dah book untuk masukkan pasu ke dalam drop in luggage lebih kurang 17kg.  Yang lain semuanya hand carry.  Lea siap berposing dulu di airport.





Kami sekeluarga diberi keistimewaan untuk masuk ke flight dahulu sebelum penumpang yang lain.  Kali ni terus masuk melalui aerobridge dan MMD hanya dukung Hazry untuk ke kerusinya saja.  Sampai di KUL 20min awal dari jangkaan. Terpaksa berdukung Hazry dan menuruni tangga hingga ke tempat menunggu. 
Tunggu kerusi roda Hazry turun dari perut flight dan terus pergi mengambil kotak pasu.





My beloved hubby terpaksa menyewa 7 seater airport taxi kerana taxi biasa tak muat untuk masukkan kotak pasu, kerusi roda Hazry serta beg2 kami semua. Mahal betul sewa teksinya.

Kami semua selamat sampai ke rumah dalam pukul 6ptg.  Lawatan ke Kuching yang best dan teratur sekali. Yang paling penting, hajat untuk membawa anak2 naik kapal terbang sudah tercapai.  Lawatan akan datang ialah ke Bandung pada Feb 2015.  Harap dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki olehNya.  InsyaAllah.

Belanja pada hari ini:
Van+driver, hari ke4 RM150.00 (sepatutnya RM190.00)
Di Serikin RM215.00
Lunch di Siti Cafe RM45.00
Taxi hire at KUL airport RM232.80

Semoga aturcara di atas boleh dijadikan panduan kepada pembaca blog MMD.  MMD belum lagi memperkenalkan driver yang budiman tu...namanya Ashraf (012-8515563) dan bapanya En. Hakim (019-8550019).  Kepada sesiapa yang  berhajat untuk menggunakan khidmatnya bolehlah hubungi mereka terus.

Till we meet again, Kuching & Airasia.

As Salam.

Thursday, March 20, 2014

CCM - Kuching sana sini 28/02/14

As Salam.

Day 3 - sambungan.

Keluar dai SCV, kami singgah semula ke Damai Beach Resort kerana Hazry berhajat besar.  Cari tandas yang ada tap paip.  Tumpang guna di bilik mandi di area swimming pool. Terus mandikan Hazry yang memang dah basah akibat hujan di SVC tadi.

Tempat persinggahan seterusnya ialah Muzium Kuching di DBKU yang terletak di atas bukit.  Masuk percuma tapi untuk menggunakan kamera digital, kena bayar RM4.00 setiap kamera.  Suka betul Lea dengan banyak jenis kucing kat sini.

 
 
 

 

 
 
 



Turun dari DBKU, kami singgah di R&R Food.  MMD makan nasi ayam bersama dengan Hazry dan Lea. Hakim makan mee kolok sekali lagi tapi kali ini tak sesedap di Kopi O Corner.  My beloved hubby makan nasi putih dengan ayam berempah.   Harga makanan kat sini agak OK.



Kenyang sudah perut2 kami anak beranak.  Seterusnya ke Kraf Tangan Malaysia. Singah sebentar bergambar.  Tiada aktiviti semasa MMD sampai di bengkel2 di belakang ruang pertunjukan. Yang paling kelakar, Lea siap minta MMD ambil gambarnya dengan senduk memasak.  Si abang Hakim bagitahunya itu dayung sampan. 











Kami tidak singgah ke Astana kerana ada acara di kawasan tersebut.  Jadi tiadalah gambar dari jarak dekat. Ini gambar semasa river cruise.



MMD sangat suka ke tempat seterusnya ini.  Taman Orkid. Bermula dengan rumah sejuk. Cantik betul bunga2 dan tumbuhan di dalam ni. Lea pun suka hinggakan dia minta MMD ambil banyak gambar2nya bersama2 dengan bunga orkid. Di ruang luar di atas bukit banyak berbagai jenis spesis orkid. Layanlah gambar2 orkid yang MMD ambil ni.  Masuk percuma yea...












Sebelum tinggalkan kawasan berbukit ni, kami singgah ke Adun.  Kalau diikutkan, memang tiada pelawat dibenarkan masuk dan turun kat sini tanpa tujuan.  Tapi sekadar pusing2 dibenarkan. Driver kami tetap turunkan kami untuk bergambar sekejap.






Tak jauh dari situ, kami singgah ke kedai kek lapis Dayang Salhah.  Hanya MMD, Lea dan my beloved hubby je yang turun.  Merasa lagilah sample2 kek lapis kat sini pulak.  MMD ada juga beli 3 jenis kek kat sini. Harganya sama saje dengan di kedai kek Zaharah.

 

Kedai2 di tepi jalan ada menjual ikan terubok masin. MMD hanya beli seekor je yang saiznya agak besar.  Ada yang dijual dengan 3 ekor RM10.00.  Ada yang seekor RM8.00.




Udang yang sebesar ini RM68.00 sekilo. Yang bersaiz kecil sikit RM56.00 sekilo.  MMD tak beli pun.



MMD diberi pilihan samada nak menyeberangi menaiki sampan atau ke Medan Niaga Satok dengan van.  MMD pilih ke Medan Niaga Satok kerana MMD nak naik river cruise sebelum tu.  Sama saje pandangannya.

Medan Niaga Satok ini adalah medan niaga yang baru.  Nampak tersusun cantik gerai2nya yang berdasarkan jenis jualan.  Ikan terubok masin juga ada dijual di sini.  MMD hanya membeli 3 paket pes laksa Sarawak dari peniaga yang berasal dari Kelantan.





MMD sekeluarga dibawa sekali lagi ke Main Bazaar di Waterfront.  Hazry tinggal di van bersama driver.  Kami berjalan ditepi laluan waterfront tu dan akhirnya rehat sebentar membetulkan kaki2 yang lenguh. MMD suruh abang Hakim ke tempat van untuk menjemput MMD, Lea & my beloved hubby di pangkin kat situ.

Balik ke hotel dan rehat2 serta mandi.  Hazry pun tidur awal.

Malamnya, my beloved hubby keluar untuk bungkus makanan di restoran Sharing yang tak jauh dari hotel.  Ingatkan kedai makanan nasi biasa, rupa2 menjual western food dan beratur panjang.  My beloved hubby balik semua ke hotel dan akhirnya buat keputusan untuk makan di restoran Le' Pau yang bersebelahan dengan hotel je.

Kami mencuba makanan Iban.  Specialty nya ialah set ayam pangsuh serta ikan keli dan sayur pucuk betik. Nasinya dibungkus dalam daun.  My beloved hubby suka.  Hakim pun suka tapi tak makan sayurnya saja. Untuk Hazry, MMD pesan sup ayam untuk dicampur dengan nasi putih.






Belanja untuk hari ni:
Bergambar di Cat Museum + souvenir  RM14.00
Lunch di R&R Food RM35.90
Kek di Dayang Salhah RM40.00
Ikan terubok masin RM15.00
Pes laksa Sarawak RM10.00
Makan/minum di Waterfront RM10.00
Dinner di Le'Pau RM38.00

As Salam.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...