As Salam
Cantik tak pemandangan di ladang teh dalam perjalanan dari Kawah Putih. Dah pun jadi wallpaper laptop MMD.
Ingatkan entry terakhir untuk Bandung ni berakhir di sini. Tapi sebagai ingatan kepada MMD dan juga kepada bakal2 pelancung ke Bandung atau ke mana2 saja di dunia ni, MMD perturunkan tips2 mudah sebagai garis panduan bersama.
1) Tiket
Bandingkan harga antara kebanyakan airlines yang ada. Biasanya Air Asia yang selalu menawarkan tiket2 murah ni. Tapi kenalah plan awal2. Sepanjang pengetahuan MMD, musim cuti sekolah serta weekend adalah harga yang selalunya mahal. Sebab itulah MMD pilih untuk bercuti pada off peak contohnya pada bulan Feb. Dah 2 tahun berturut2 MMD enjoy the free seat dari Air Asia. Kena sanggup menunggulah sekurang2nya setahun booking hehehe.
2) Hotel
Banyak pilihan untuk membandingkan harga. Selain dari Trivago, MMD dah terbiasa menggunakan web www.hotelscombined.com. Pilihan hendaklah berdasarkan kepadaharga, bilangan orang yang akan tinggal dengan kita dan juga jarak dengan tempat2 menarik untuk dikunjungi nanti.
3) Pengangkutan untuk ke tempat lawatan
MMD lebih suka untuk menempah lebih awal agar kita dapat plan untuk ke tempat2 menarik tanpa tertinggal mana2 tempat pun. Pun boleh mendapat pandangan dari agen pengangkutan untuk mengemaskinikan senarai tempat lawatan kerana mereka lebih arif di tempat mereka. Dengan cara ni, kita dapat menjimatkan masa, minyak, tenaga dan juga elakkan dari bertengkar dengan pasangan atau kawan2 kita jika kita memilih memandu sendiri yang mana kita terkial2 mencari tempat tujuan.
Menurut teman2 blogger, kalau ke Korea, mungkin kita boleh jalan2 sendiri dengan menggunakan pengangkutan awam kerana perkhidmatan mereka sangat cekap dan cepat. Lebih sesuai rasanya jika pergi cara solo atau berkumpulan. Tetapi untuk kes MMD yang mempunyai anak istimewa dengan kerusi roda, menempah dengan agen pengangkutan adalah pilihan terbaik.
4) Beg
Kalau ke Bandung tanpa bershopping rasanya sangat2lah rugi. Jadi untuk memaksimakan hasil tuaian, MMD mencadangkan membawa pakaian yang minima saja. Pastikan isikan beg ke dalam beg. Maksud MMD, biar beg tu beranak masa nak balik. Jimat duit dari membeli beg baru.
Setakat lawatan ke tempat2 di Malaysia atau negara jiran, pada hari keberangkatan tu MMD pastikan semuanya membawa beg yang disandang di belakang saja. Cepat dan mudah. Lagipun, pakaian yang dibawa adalah sedikit saja.
Waktu nak balik semula ke Malaysia, biasanya MMD akan isikan pakaian kotor di dalam beg besar dan drop luggage masa check in. Beg2 yang berisi dengan hasil tuaian dibawa secara hand luggage. Nampak dimata gitu. Kalau drop in luggage hilang atau lewat sampai pun tak terasa sangat kehilangannya.
5) Pakaian yang sesuai
Ni sangat2 penting juga. Kalau pegi Korea musim sejuk, jangan pulak banyak bawak singlet. Sejuk ke tulang hitam la.. Sesuaikan pakaian dengan tempat yang yang dituju. Kalau setakat Bandung tu, pakai biasa2 je sudah. Yang penting selesa.
6) Tips
Kat Indonesia, budaya memberi tips adalah sesuatu yang biasa. Kalau orang dah tolong2 angkat barang2 kita, rajin2lah bagi tips. Sikit pun tak apa. Lagipun nilai matawang kita besar. Kalau setakat Rp2K tu apalah sangat. Bersedekah dan beramal jariah tanpa kita sedari.
7) Jauhi dari diganggu oleh peniaga jalanan
Alhamdulillah, MMD tidak mengalami kes yang teruk. Mungkin disebabkan my beloved hubby tu bersaiz besar, mereka takut untuk dekati MMD. Jika adapun, MMD akan tolak dengan cara baik dengan ucapan "terima kasih" pada mereka.
8) Tawar menawar
Jika berkenan dengan sesuatu barangan, tawarlah dengan harga yang bersesuaian. MMD start dengan 70-50%. Kalau tak ngam, ucapkan saja terima kasih dan berlalu. Mungkin ditempat jualan lain ada rezeki kita dan mereka.
9) Airport tax
Selain buku merah (passport), airport tax mestikan diasingkan awal2 agar tidak terbelanja secara tidak sengaja. Manalah tau, kot2 terpakai duit untuk bayar airport tax, tak pasal2 kena meminjam dengan kawan2 pulak. Jangan susahkan orang lain kerana mereka juga ada budget mereka sendiri kecualilah kawan2 tu ada duit berkepok2 dan tak shopping apa2 pun.
10) Cara lepasi pemeriksaan kastam
Kalau dah ke negara orang dan tujuan utamanya adalah bershopping selain dari lawatan ke tempat2 menarik, sudah tentu hasil tuaian banyak gila kan? Cara yang MMD buat adalah letakkan bagasi di dalam troley yang berasingan sebelum sampai ke check point Kastam. Tak nampak banyak sangat barang yang dibawa balik. Alhamdulillah, cara ni menjadi kepada MMD sekeluarga setakat ni.
Entry ni kena baca lagi semula pada Feb 2016. Dah book tiket untuk melancung. Free seat dari Air Asia lagi. Bayar airport tax je pergi dan balik.
As Salam.
Showing posts with label Indonesia - Bandung. Show all posts

Monday, March 30, 2015
10 Tips paling top untuk lawatan ke Bandung
Labels:
Indonesia - Bandung
CCM - Bandung - Buminanienie Family Guest House & My Guest House
As Salam
Okay, hari ni MMD nak cerita pasal Bandung buat terakhir sekali bagi tahun ni. Selama 5 hari 4 malam, MMD tinggal di guesthouse di atas dari 25/02/15 hingga 01/03/15.
1) BuminaNieNie:-
Alamat: 15 Wira Angun Angun Street, Riau, Bandung, Indonesia 40115
Pada pendapat MMD, sangat2 sesuai dengan keluarga MMD. Very private gitu. Mungkin kebetulan masa MMD checked in tak ada tetamu lain di tingkat atas. Kat bawah memang ada tetamu. Ruang rehat yang teramat besar dan cozy sekiranya memilih VIP Family Room. Selain katil besar, ada juga disediakan katil single. MMD juga meminta tilam tambahan. Tilam besar disediakan. Sarapan dihantar terus di tingkat 1. Boleh makan dengan selesa tanpa sibuk dengan tetamu lain. Sangat dekat dengan beberapa factory outlet di Jalan Riau. Ada juga restoran dihadapan dan juga tak jauh dari guesthouse ni. Kiranya tak mati kelaparanlah jika tinggal kat sini.
Walaupun ada kemudahan wifi, ianya agak slow. Nasib baik MMD ada beli data lain. Pilihan makanannya memang terhad, bergantung kepada apa yang dimasak pada hari tersebut. Konsep home cook gitu. Yang sempat MMD makan kat sini adalah lontong dan juga nasi kuning. Almari yang ada di dalam bilik VIP room berkunci dan tiada kemudahan untuk menyimpan beg2. Nasib baik bilik airnya besar dan dapatlah kami gantungkan pakaian2 kotor kat situ.
Guesthouse ni juga ada menyediakan kemudahan pengangkutan. MMD pun menggunakan pak supir dari guesthouse ni juga. Supir bertugas semasa MMD di Bandung ialah Pak Dedi. Nak personal contact nbr? Ni dia....006285721602375.
2) My Guest House:-
Alamat: Maulana Yusuf 3, Bandung
Pada hari ke 4, MMD berpindah ke guest house ni. Lebih kurang 100m je dari guesthouse yang pertama yang masih di bawah pengurusan yang sama. Masih memilih family room. Bilik utama yang bersambung dengan bilik kedua. Memang besar sangat2. Bilik kedua juga mempunyai excess keluar terus ke beranda luar. Ruang lobi juga besar. Kat sini, selain sarapan roti & minuman teh/kopi, pihak BuminaNieNie juga menghantar sarapan pagi untuk MMD iaitu bubur. Sedap juga buburnya.
MMD hanya berjalan kaki je ke Pasar Gasibu dari guest house ni. Tempat jualan bermula tak jauh dari guest house hinggalah ke Pasar Gasibu. Jadi tak terasa penat kerana boleh tengok2 dan survey2 dulu sepanjang perjalanan tu.
Itu saja ceritera MMD sepanjang berada di tanah Indonesia iaitu Bandung. Boleh survey2 harga penginapan ni di Agoda.com or Booking.com. MMD bernasib baik kerana penginapan serta kenderaan disediakan dan disponsor oleh client MMD yang berada di Jakarta. Kalau tak, harus kena standby RM2-3K juga la...
Semoga pengalaman MMD sekeluarga ni boleh dijadikan panduan untuk pembaca di blog kecil MMD ni. Ada ke yang datang baca ekkk?
Sekian, As Salam.

Tuesday, March 24, 2015
CCM - Pasar Gasibu, kartika Sari & Hari Terakhir di Bandung - Day 5 (01/03/15)
As Salam
Hari ni bangun dan bersiap2 untuk ke Pasar Gasibu seawal 5.00am waktu Indonesia. Pasar yang dibuka pada pukul 6am hingga tengahari pada setiap hari Ahad sahaja. Dengan hanya berjalan kaki dari guesthouse, MMD melalui Gedung Sate dan juga padang yang ramai orang2 Bandung bersukan dan beriadah. Ada senamrobik dan poco2 lagi. Kena lintas jalan dan haaaaa, ni dia pasar tu. Macam pasar pagi di Shah Alam tu la...
Macam2 ada dijual kat sini. MMD banyak window shopping je. Tak tahu apa lagi nak dibeli. Oh ya...MMD ada beli telekung Frozen, seluar Frozen dan juga bantal leher Hello Kitty untuk Lea. Bantal tu dah diminta sejak dari hari kedua berada di Bandung.
Balik semula ke guesthouse, anak2 masih tidur lagi. Re-pack semua barang2, anak2 mandi dan check-out. Tempat yang tak boleh terlepas dari itinerary di Bandung ialah membeli ole2 dari kedai Kartika Sari.
Pak Dedi bawa kami ke kilang/kedai Kartika Sari. Laluan masuk dan keluar untuk ke jalan utama sempit sangat2. Muat untuk 1 kenderaan saja. MMD ada beli brownies, kek gulung mixed, pisang salai. Masih ada lagi lebihan duit Rupiah dan MMD habiskan kat situ juga dengan membeli brownies untuk makan di airport nanti.
Pukul 1.30tgh MMD dah berada di airport. Flight pukul 4.50pm. Sesampai saja kat depan, terus staff Airasia bawak MMD untuk scan barang2 dan wrapping 1 beg besar. Beg tu hanya berisi pakaian kotor. Sekarang jumlah bag dan plastik berisi brownies dah menjadi 9 beg. Ingat lagi.....MMD hanya bawak 4 beg pada asalnya.
Ada sorang staff Airasia ni sangat prihatin, MMD dan anak2 disuruh tunggu je dan berehat sementara kaunter untuk check in dibuka. Dia yang bawa beg utk drop in luggage serta dokumen2 MMD untuk check in, MMD hanya tunggu je kat tepi untuk ambil yang siap. Dia ada bagitahu mulai 01/03/15, airport tax bergantung kepada sistem, ada yang kena bayar ada yang tak perlu.. MMD masih juga standby Rp75K seorang tapi diberitahu yang MMD tak perlu bayar. Alhamdulillah....Hairan juga masa mula2 nak datang Bandung, kepoh nak suruh bayar. Tak pe la...dah rezeki.
Hazry tengah gigih menunggu MMD sediakan bubur segera untuknya.
Hazry dan my beloved hubby melalui laluan bawah yang diuruskan semuanya oleh petugas yang sama tadi. MMD, Lea dan Hakim melalui pemeriksaan imigresen biasa dan menaiki ke tingkat satu untuk ke departure hall. Penuh rakyat kat dalam tu. Siap duduk di tepi2 dinding lagi. Kerusi dah penuh. MMD sempat melelapkan mata sekejap. Pukul 5:00pm, kami semua turun untuk naik flight. Hazry dan my beloved hubby dah pun berada di dalam flight semasa MMD masuk.
Cuaca baik dan indah sekali ciptaanMu ya Allah.
Alhamdulillah selamat sampai ke KLIA2 dan akhirnya MMD sampai ke rumah pukul 11.30malam. Campak je barang2 kat tepi, makanan simpan dalam peti ais dan get ready untuk tidur. Esok kerja ooooo.
Ini MMD belanja salah satu hasil tuaian dari Kartika Sari.
Sekianlah percutian MMD sekeluarga di Bandung.
Jumpa lagi di lain entry iaitu mengenai guesthouse yang MMD stay semasa di Bandung.

Monday, March 23, 2015
CCM - Sate Maranggi & Floating Market - Bandung - Day 4 (28/02/15)
As Salam
Hari ni MMD akan berpindah ke guesthouse yang baru. Masih owner yang sama. Sarapan hari ni ialah nasi kuning dengan telur bersambal. Malam tadi dah siap pack semua barang2. Lepas hantar barang2 ke guesthouse yang baru, terus keluar semula. Lagipun bilik2 tak siap lagi awal2 pagi gitu. Tempat tujuan hari ini ialah Pasar Baru tapi MMD tak boleh lama2 sangat kerana ada tempat tujuan lain selepas itu.
Sempat juga MMD belikan pakaian untuk Hazry, Lea dan 3 helai Japanese Cotton untuk diri sendiri. Bila nak jahit pun tak tahu lahhhh. Adik bungsu MMD ada pesan untuk belikan Prada Lace. Bukan minat MMD, jadi MMD tak berapa tahu macam mana nak pilih.
MMD tak explore keseluruhan Pasar Baru. Masa akan singkat. Bagi menyenangkan MMD, Pak Dedi telah meminta kawannya yang juga seorang security kat situ untuk membawa MMD ke tempat barang apa yang MMD nak beli. Contohnya, MMD nak beli pakaian budak2, so security ni akan terus bawa MMD ke kedai yang berkaitan. Masa pun tak rugi dengan merayau tak tentu pasal. MMD dah bagitahu kat security tu yang MMD tak semestinya membeli di kedai yang di bawa. Alhamdulillah, bila MMD compare harga, memang kedai yang dicadangkannya menawarkan harga yang lebih baik.
Pukul 11.3am waktu Indonesia MMD keluar dari Pasar Baru dan berangkat untuk berjumpa dengan staff office MMD yang berpusat di Jakarta. Kami akan berjumpa di pertengahan jalan iaitu di Purwakarta. Tempat ini dicadangkan oleh staff MMD iaitu Ahmad Jefri Santoso. Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa lebih kurang 1 jam berakhir dengan 2 1/2 jam. Menggunakan highway dan agak jem juga di beberapa lokasi. Statistik kemalangan pun ada.
MMD ingat kat Malaysia je ada tempat bernama Subang. Kat Indonesia pun ada. Jangan tak tahu, syarikat Bata pun ada juga.
Haaaa... ini lah tempat yang dituju. Jemputan untuk makan sate di Sate Maranggi. Kedainya sangat luas dan terbuka. Tengok longgokan arang untuk membakar sate. Menurut kata Ahmad, pelanggan pada masa MMD pergi tu masih sedikit. Kalau tidak gerai2 dan kerusi disediakan hingga ke tapak parking kenderaan.
Tengahari tu, Ahmad order sate, nasi, sup, pecal (tak tahu apa orang sana panggil) air buah2an, air kelapa dan fresh fruits. Sate dimakan bersama nasi. Dalam gambar tu hanya sebahagian saja. Nak pecah perut menghabiskan makanan tu. Hazry makan bubur segera dan ditambah dengan sup. Macam2 info dikongsi dengan Ahmad. MMD sekeluarga dijemput untuk ke Jakarta pulak tapi masa tak mengizinkan. Maybe next time la....
MMD bergerak keluar dari situ dan Pak Dedi menggunakan jalan lain untuk ke Lembang. Agak jauh dan jem juga. Jika sekiranya menggunakan highway, pasti lebih teruk jem untuk masuk balik ke Bandung dan kemudian ke Lembang. Arca pasu gergasi di tengah2 roundabout.
Tengok orang buat rumah dengan menggunakan buluh sebagai alat untuk sandaran. Banyak juga longgokan buluh di tepi2 jalan untuk jualan. Laluan ni pun jem panjang. Bila ada ruang, Pak dedi akan overtake. Rasa2 nak tercabut nyawa tengok Pak Dedi bawak kereta. Overtake-nya kira kaw kaw betul. Nyaris sangat2 dengan kenderaan dari depan.
Dari pukul 2pm keluar dari Purwakarta , kami melalui jalan untuk ke Tangkuban Perahu, ladang2 teh dan juga kebun2 rambutan. Kiri kanan ada orang menjual rambutan. Yang menjadi musykil pada MMD ialah bagaimana mereka menyusun rambutan dengan begitu baikcermat dan tersusun elok di atas lori2 kecil dan juga belakang motor tanpa sebarang papan sebagai dinding.
Akhirnya MMD sampai ke Floating Market dalam pukul 5.30pm waktu Indonesia. Ingatkan dah tutup. Nasib baik masih buka. Bayaran masuknya murah je. Kalau tak silap Rp10K x 4 orang + Rp15K untuk kereta. Hazry terkecuali lagi. Tiket tu boleh ditukar dengan air samada di laluan masuk atau bila berada kat kawasan jualan.
Posing2 dulu kat sini. Pak Dedi jadi cameraman...hehehe.
Untuk beli minuman dan makanan, kena tukar dengan coin. Suka benar Lea dan Hakim membeli. Macam main2 je. Kat sini MMD memang mencari pisang sangkuriang yang selalu diwar2kan oleh blogger2. Pisang yang dipotong dua (tak potong habis) dan digoreng. Lepas tu ditabur dengan cheese dan juga coklat rice. Harganya Rp20K je. Memang kenyang sangat2 bila MMD makan sorang2 je...hahahha, tak kongsi pun.
Semua dah dapat makan makanan masing2, MMD pun keluar untuk ke satu kedai pakaian yang terletak berhadapan dengan Floating Market. Hanya window shopping je. Pak Dedi nak bawa kami makan di Kampung Daun. Tapi memandangkan baru je makan, semuanya masih kenyang, jadi MMD berkeputusan tak perlulah ke sana. Lebih baik balik masuk Bandung semula dan tengok apa2 yang boleh dibeli kerana acara shopping waktu petang dah terbabas kerana berada di dalam perjalanan yang agak lama. Hanya Hakim je dapat habuannya di satu outlet yang MMD lupa namanya. Lepas tu, balik ke guesthouse dan ambil barang2 yang ditinggalkan sejak pagi tadi.
Ini salah satu hasil tuaian di Pasar Baru iaitu baju renang muslimah yang baru untuk Lea. Kalau tak silap Rp80K harganya.
Jumpa lagi di lain entry.

Subscribe to:
Posts (Atom)