Monday, March 30, 2015

10 Tips paling top untuk lawatan ke Bandung

As Salam


Cantik tak pemandangan di ladang teh dalam perjalanan dari Kawah Putih.  Dah pun jadi wallpaper laptop MMD.

Ingatkan entry terakhir untuk Bandung ni berakhir di  sini.  Tapi sebagai ingatan kepada MMD dan juga kepada bakal2 pelancung ke Bandung atau ke mana2 saja di dunia ni, MMD perturunkan tips2 mudah sebagai garis panduan bersama.

1)  Tiket
Bandingkan harga antara  kebanyakan airlines yang ada.  Biasanya Air Asia yang selalu menawarkan tiket2 murah ni.  Tapi kenalah plan awal2.  Sepanjang pengetahuan MMD, musim cuti sekolah serta weekend adalah harga yang selalunya mahal.  Sebab itulah MMD pilih untuk bercuti pada off peak contohnya pada bulan Feb.  Dah 2 tahun berturut2 MMD enjoy the free seat dari Air Asia. Kena sanggup menunggulah sekurang2nya setahun booking hehehe.

2)  Hotel
Banyak pilihan untuk membandingkan harga.  Selain dari Trivago, MMD dah terbiasa menggunakan web www.hotelscombined.com.  Pilihan hendaklah berdasarkan kepadaharga,  bilangan orang yang akan tinggal dengan kita dan juga jarak dengan tempat2 menarik untuk dikunjungi nanti.

3)  Pengangkutan untuk ke tempat lawatan
MMD lebih suka untuk menempah lebih awal agar kita dapat plan untuk ke tempat2 menarik tanpa tertinggal mana2 tempat pun.  Pun boleh mendapat pandangan dari agen pengangkutan untuk mengemaskinikan senarai tempat lawatan kerana mereka lebih arif di tempat mereka.  Dengan cara ni, kita dapat menjimatkan masa, minyak, tenaga dan juga elakkan dari bertengkar dengan pasangan atau kawan2 kita jika kita memilih memandu sendiri yang mana kita terkial2 mencari tempat tujuan.

Menurut teman2 blogger, kalau ke Korea, mungkin kita boleh jalan2 sendiri dengan menggunakan pengangkutan awam kerana perkhidmatan mereka sangat cekap dan cepat.  Lebih sesuai rasanya jika pergi cara solo atau berkumpulan.  Tetapi untuk kes MMD yang mempunyai anak istimewa dengan kerusi roda, menempah dengan agen pengangkutan adalah pilihan terbaik.

4)  Beg
Kalau ke Bandung tanpa bershopping rasanya sangat2lah rugi.  Jadi untuk memaksimakan hasil tuaian, MMD mencadangkan membawa pakaian yang minima saja.  Pastikan isikan beg ke dalam beg.  Maksud MMD, biar beg tu beranak masa nak balik.  Jimat duit dari membeli beg baru.

Setakat lawatan ke tempat2 di Malaysia atau negara jiran, pada hari keberangkatan tu MMD pastikan semuanya membawa beg yang disandang di belakang saja.  Cepat dan mudah. Lagipun, pakaian yang dibawa adalah sedikit saja.

Waktu nak balik semula ke Malaysia, biasanya MMD akan isikan pakaian kotor di dalam beg besar dan drop luggage masa check in.  Beg2 yang berisi dengan hasil tuaian dibawa secara hand luggage.  Nampak dimata gitu.  Kalau drop in luggage hilang atau lewat sampai pun tak terasa sangat kehilangannya.

5)  Pakaian yang sesuai
Ni sangat2 penting juga.  Kalau pegi Korea musim sejuk, jangan pulak banyak bawak singlet.  Sejuk ke tulang hitam la.. Sesuaikan pakaian dengan tempat yang yang dituju.  Kalau setakat Bandung tu, pakai biasa2 je sudah.  Yang penting selesa.

6)  Tips
Kat Indonesia, budaya memberi tips adalah sesuatu yang biasa.  Kalau orang dah tolong2 angkat barang2 kita, rajin2lah  bagi tips.  Sikit pun tak apa.  Lagipun nilai matawang kita besar.  Kalau setakat Rp2K tu apalah sangat.  Bersedekah dan beramal jariah tanpa kita sedari.

7)  Jauhi dari diganggu oleh peniaga jalanan
Alhamdulillah, MMD tidak mengalami kes yang teruk.  Mungkin disebabkan my beloved hubby tu bersaiz besar, mereka takut untuk dekati MMD.  Jika adapun, MMD akan tolak dengan cara baik dengan ucapan "terima kasih" pada mereka.

8)  Tawar menawar
Jika berkenan dengan sesuatu barangan, tawarlah dengan harga yang bersesuaian.  MMD start dengan 70-50%.  Kalau tak ngam, ucapkan saja terima kasih dan berlalu.  Mungkin ditempat jualan lain ada rezeki kita dan mereka.

9)  Airport tax
Selain buku merah (passport), airport tax mestikan diasingkan awal2 agar tidak terbelanja secara tidak sengaja. Manalah tau, kot2 terpakai duit untuk bayar airport tax, tak pasal2 kena meminjam dengan kawan2 pulak.  Jangan susahkan orang lain kerana mereka juga ada budget mereka sendiri kecualilah kawan2 tu ada duit berkepok2 dan tak shopping apa2 pun.

10)  Cara lepasi pemeriksaan kastam
Kalau dah ke negara orang dan tujuan utamanya adalah bershopping selain dari lawatan ke tempat2 menarik, sudah tentu hasil tuaian banyak gila kan? Cara yang MMD buat adalah letakkan bagasi di dalam troley yang berasingan sebelum sampai ke check point Kastam.  Tak nampak banyak sangat barang yang dibawa balik.  Alhamdulillah, cara ni menjadi kepada MMD sekeluarga setakat ni.

Entry ni kena baca lagi semula pada Feb 2016.  Dah book tiket untuk melancung.  Free seat dari Air Asia lagi.  Bayar airport tax je pergi dan balik.

As Salam.




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...