Friday, March 20, 2015

CCM - Bandung Day 2 (26/02/15) - Part 2

As Salam

Selepas keluar dari Trans Studio, Pak Dedi bawa kali ke satu lokasi untuk shopping. MMD tak ambil pot mana jalan apa.  Jalan Riau kot tapi lepas to ke mana2 je.  Hazry dan Lea tak ikut.  Lea dah tertidur dalam kereta.  Pak Dedi tolong jagakan.  Antara tempat yang MMD singgah dan menapak ialah Terminal Tas.  Survey2 dulu harga. Banyak betul koleksi beg2 yang murah dan mahal serta berjenama kat situ.  Kasut2 pun banyak.

 
 


MMD hanya beli 2 helai blaus di JessieJames.  Yang lain2 tak berkenan mana. Singgah pulak ke The Secret.  My beloved hubby cari baju untuknya.  Nasib tak baik, tak de saiz yang besar.  Maklumlah saiz my beloved hubby tu besar.

Mendapat pesanan dari anak saudara MMD, Imran untuk cari kasut Nike.  Pak Dedi bawak pulak kami ke outlet Nike.  Kasut yang dicari tak ada.  Keluar dari Nike, masuk di kedai Mitre berhadapan dengan Nike je.  Kat sini my beloved sebat 2 helai jersey untuknya.  Ada saiz yang sesuai.  Hakim dan Lea sempat main bola.  Boring tunggu orang bershopping.


Perut dah berkeroncong.  Pak Dedi bawak kami ke Rumah Makan Karamba, masakan khas Sunda. My beloved hubby thump-up dengan makanan kat sini.  Maklumlah dah jumpa kuah...hahaha.  MMD order yang simple je, sup ikan gurame (MMD baru tahu, ianya ikan kaloi), semangkuk besar kauuuuuu.  Telur dadar tak boleh tinggal kalau makan dengan my beloved hubby, sayur campur.  Disediakan juga sambal belacan yang extra pedas gitu serta ulaman. Hari ni Hazry makan nasi yang MMD rendam dengan air dan dicampur dengan sedikit sup je.  Sup ikan gurame tu agak pedas.

 


My beloved hubby siap bagitau nak repeat makan kat situ.  MMD cantas la....kita kena rasa semua jenis makanan jika berada kat negara orang.

Alhamdulillah, memang kenyang sangat2.  Memang kena dengan selera kami. Dah tak larat nak ronda lagi, kami terus balik ke guest house.  Esok kena bangun awal2 pagi untuk ke destinasi yang agak jauh.

Sekian.  Jumpa lagi.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...