Wednesday, October 26, 2011

Pengemis yg hadooooo!

As Salam

Dah dua tiga hari ni MMD tak ada cerita menarik untuk dikongsikan bersama.  Tapi semalam punya cerita cukup menyakitkan hati MMD.

Pernah jumpa pengemis kan?  Biasala tu kat mana2 di Malaysia ni.  Bukan saja orang tempatan, malah foreigner pun ramai.

Dua kes berlaku dalam masa tak sampai 2 jam MMD di Pelabuhan Klang malam tadi.  Kes pertama ialah MMD jumpa pengemis ni di depan Maybank.  MMD pergi withdraw duit sikit untuk belanja dapur.  Pengemis perempuan yang tembam ni bertenggek kat lantai di depan pintu masuk bank dengan tangan kanan beranduh.  Patah tangan kot.  Bukan dia sorang je kat situ, siap dengan anak2nya sekali.  Dari pengamatan MMD, mungkin anak2 perempuannya berusia awal belasan tahun dan yg lelaki kecik tu bersekolah rendah. Siap bermain2 lagi kat situ.

Targetnya tentulah orang yg keluar masuk bank, kan orang kerajaan dah dapat gaji.  MMD pun buat tak layan je, terus masuk bank dan buat urusan yg patut.  My beloved hubby tunggu kat luar bank.  Dia pun perasan pasal pengemis ni.

Lepas urusan selesai, kami pun ke kereta semula dan terus ke gerai untuk makan malam.  Nasi ayam je malam tadi.  Cepat dan ringkas.

Sambil2 tunggu makanan sampai, datang sorang lelaki sedang meminta2 duit dari pelanggan kat gerai2 kat situ.  Rasa tak sampai hati juga melihatkan kekurus keringannya tu.  MMD pulak tak ada duit yg sesuai masa tu, hanya ada duit syiling je.  Dah dia siap tunggu kat meja MMD, MMD pun bagilah duit syiling.

Apa jadi???

Dia berani cakap yg duit tu tak cukup nak buat beli nasi dan letak balik duit syiling yg MMD bagi tu kat meja dan berlalu pergi. MMD perasan kat tangannya dah ada beberapa keping duit kertas.  Apa perasaannya bila kita ikhlas bersedekah tapi pengemis ni berlagak pulak.  Rasa2nya kalau dikumpul2 even duit syiling tu, maunya boleh wat pergi Mekah ke, buat beli kereta ke...!!!

Dari ikhlas memberi, dah jadi sakit hati pulak...Tak pe lah, orang tak nak, MMD simpanlah balik duit tu. 

Selesai makan, MMD pun singgah ke Giant Port Klang.  Masa beratur nak membayar, MMD & my beloved hubby terperasan dengan pengemis perempuan kat depan bank tadi sedang bershopping juga di Giant dan beratur di depan MMD.

Kemana hilangnya anduh kat tangan kanan tu?  Elok je tangan kanan tu!!!!  Beli barang pun bukan yg murah2nya barang....

Kalaulah MMD bersedekah tadi, harus MMD bersemuka dengan dia dan tuntut balik duit MMD...ha ha ha buruk siku!.  Nasib baik MMD tak bagi, jika tak....bertambah sakit hati lagi.

Bagi yang badan sihat walafiat tu, apa salahnya cari kerja yg halal dari jadi pengemis. 

As Salam dan selamat bercuti sempena Hari Deepavali.

Wednesday, October 19, 2011

Kari kepala...

As Salam.

Apasal title tak cukup ayat tu MMD? 

Saje2 nak propa.  Sebenarnya, MMD masak kari kepala ikan. Ala...ikan yg MMD borong dalam entry yg lepas tu.

Weekend bolehlah masak lebih sikit bcoz boleh makan untuk 2 kali, tengahari dan malam.  Kalau setakat sekali makan tu, 2 keping ikan pun dah cukup.


Zoom sikit biar you all terliur..!!!

As Salam.  Jemput makan....

Monday, October 17, 2011

Makan bersila!

As Salam

Ingat entry MMD pasal borong ikan kat Kolam Memancing Kg Delek?  On the way nak balik ke rumah, kan dah lewat kan kan kan kan? Apa lagi, MMD dah siap2 gantung periuk kat rumah.  Dapur di isytiharkan tutup.

Kami pun singgah lah kat Najieha Seafood & Cafe, tak jauh dari kolam tu, berdekatan dengan flat Sri Perantau, Port Klang.

Ada macam2 kat situ, Chaw Kuey Tiaw, Chicken wing dan yg  menarik perhatian MMD ialah set makan malam.  Sesuai sangat dengan ahli keluarga MMD ni.

Dapat satu jug air buah.  Pilih je air buah apa yg dikehendaki.


Tomyam campur untuk 2, kailan untuk 2, telur 2, sambal belacan dan ikan siakap masak 3 rasa pilihan MMD.  Ikan tu boleh masak stim juga. Saiznya agak besar juga  Tapi, since dah ada tomyam, MMD pilih yg bergoreng la pulak.

Nasi pulak..opssss. MMD lupa snap gambar nasi dalam pinggan.  Banyak yg amat !!! Kalau untuk MMD, boleh makan untuk 2 orang.  Hidangan nasi 4 pinggan.

Harga??? RM50 tak lebih, tak kurang.  Berbaloi dengan hidangan dan citarasa MMD sekeluarga.

Satu lagi yg special kat sini, ada pilihan untuk makan di meja yg biasa dan juga untuk makan bersila.  Yang bersila tu ada 5 slot kalau tak silap MMD. Abaikan muka berkilat MMD yg baru balik dari kolam memancing tu..he he he


Kalau berada di kawasan berhampiran, jangan lupa singgah kat Najieha Seafood & Cafe ni yea....

As Salam.

Friday, October 14, 2011

Suprise gift from Chocolat World

As Salam

Bulan Ramadhan tahun ni, banyak juga hamper dan soft drinks yg sampai kat rumah dan juga kat office.  Tapi yg paling menarik adalah hamper dari Chocolat World, Subang Jaya.


Antara isi kandungannya...ehmmm semuanya MMD suka.  Ada tart, kerepek, cookies, kek, kurma bersalut choc, serbuk untuk buat hot choc drink pun ada.

Very the moist!


Kat mana nak cari?  Kat sini je.....  Thanks to Mr. DS & Ms. SL, company's client.

As Salam.

Thursday, October 13, 2011

Jemputan pertama dan terakhir

As Salam

Antara gambar masa ke open house pertama.  Kat rumah anak saudara belah my hubby di Setia Alam.



Open house terakhir yg MMD kunjungi, rumah keluarga parents adik kepada BIL di Ulu Klang. Tokey khemah.

 
As Salam.

Wednesday, October 12, 2011

Mee Kari - sejarah tercipta @ TSD

As Salam

Ingat tak entry open house di rumah MMD dulu?  My beloved hubby requested for mee kari untuk dihidangkan pada tetamu.

Actually, itu kali kedua MMD buat mee kari dengan skala yg agak besar juga.  Kali pertama MMD buat masa weekend untuk buka puasa.  Terima kasih kepada Ain's Kitchen untuk resepi yg hebat ni dan juga tips yg bernas.

Selama MMD hidup dan berkahwin, memang sejarah tercipta dengan mee kari ni.  Ye la...sebelum ni, kalau nak makan mee kari, MMD sekeluarga akan ke Subang Parade food courtnya.

Ini MMD copy & paste je la OK!  Selamat mencuba dan kawan2 tak akan menyesal.  Percayalah cakap MMD ni.  Tak tipu punya...if my hubby kata sedap...means memang sedap.


Tips dari empunya recipe:- Ain's Kitchen
1. Kalau nak buat mee kari yg sedap, rencah dia JANGAN GUNA DAGING, kalau boleh. Kalau nak bubuh AYAM, JANGAN MASUKKAN AYAM TU SEKALI DALAM KUAH; goreng dulu ayam tu, cariik-carikkan dan bubuk sebagai bahan sampingan sahaja. MEE KARI YG SEDAP RENCAHNYA IALAH KERANG, UDANG BASAH DAN UDANG KERING. Bagi yg "allergic" dengan kerang, bolehlah guna UDANG. Tapi, kalau nak lebih sedap, masukkan udang & kerang, sure "kow-kow" habis!
2. Santan kelapa - kalau nak dapatkan santan kelapa yg betul-betul pekat, blender kelapa parut dengan air secukupnya hingga betul-betul halus, hasilnya ialah santan itu bukan sahaja pekat, tapi quantitinya pun banyak.
3. Jika guna udang basah, BERSIHKAN KULIT UDANG ITU, KEMUDIAN BLENDER, tapis dan ambil airnya. Hampasnya buang! Kalau rencah kerang, JANGAN pulak blender kulitnya, nanti blender rosak, susah pulak suami kena beli blender baru! Bila suami tanya, siapa ajar blender kulit kerang? Ain lah.. siapa lagi! Naya, naya!
4. Rempah kari yg sedap.... sorry to say, so far yg paling sedap ialah BABA's. Tapi, seandainya ada netters yg ada better suggestion, please let me know.
5. Jangan masukkan garam terlalu awal jika kita nak empukkan sesuatu bahan yg perlu diempukkan dulu.
Kalau tidak, nanti bahan itu tak akan empuk sampai kuah mendidih. Dalam resipi ni, jangan masukkan garam banyak-banyak sebelum kentang empuk, OK?

Ingrdedients:-
Satu senduk minyak masak
10 ulas bawang merah - ditumbuk halus
10 ulas bawang putih - ditumbuk halus
2 bungkus kari BABA's - bancuh dengan sedikit air, jadikan pes-gunakan 50g serbuk kari daging
1 sudu besar cili blender
Daun kari (suka hati banyak mana, jangan penuh periuk sudah!)
3 biji buah pelaga
1 biji bunga lawang

Sebiji kelapa, ambillah santannya dan perahan kedua (pls refer to my tips)
600 gm udang basah (kopek kulitnya dan bersihkan, KULIT tu diBLENDER, ambil airnya)
1 kilo kerang (kalau tak mau kerang, boleh ganti dengan udang kering)-
3 biji kentang - potong kecil-kecil
Tauhu kering (yg bila dimasak, nampak terapung dalam kuah)-
1 bungkus fish ball (potong kecil-kecil)
2 keping fish cake (potong kecil-kecil)
Garam secukup rasa
Serbuk Perasa (Ajinomoto)
½ kilo sawi

Bahan-bahan sayuran:-
1 bungkus Mee kuning (dicelur)
50 sen taugeh (dicelur)
3 biji telur (direbus dan dipotong 2 atau 4, ikut suka)
2 keping tauhu (digoreng, kemudian potong kecil-kecil)
Daun sup/daun bawang (dipotong halus-halus)
Cili merah (dimayang halus)
Bawang goreng
Daun pudina (untuk lebh "ummpph")

Bahan option:
Ayam goreng yg dicarik-carik.

Directions:
Tumis bawang merah & putih sehingga naik bau. Masukkan pes kari, cili blender, daun kari, buah pelaga
dan bunga lawang. Setelah semua bahan tadi ditumis hingga bau wangi, masukkan santan cair & kentang.
Biarkan sekejap. Kemudian masukkan juga udang basah, udang kering (jika ada), kerang, fish ball, fish cake,
air blender kulit udang dan biarkan dengan api yg sederhana.

Setelah kentang empuk, masukkan garam, santan pekat, serbuk perasa dan tauhu kering serta sawi. Kacau sehingga mendidih. Matikan api.Sementara menunggu bahan-bahan untuk kuah masak; sambil tu bolehlah kita celur kan mee dan taugeh.Telur pun mesti telah siap direbus. Kalau ada ayam goreng, carikkan sebagai hiasan dengan bahan-bahan lain.Setelah semua bahan diatur dengan rapi, bolehlah mengadap hidangan tuan-tuan & puan-puan di samping keluarga atau tetamu.
Actually, MMD pun ada adjust sana dan sini untuk disesuaikan dengan cita rasa MMD.



As Salam.

Tuesday, October 11, 2011

Cash voucher

As Salam

Selepas attend satu open house on one Saturday, MMD ajak my hubby menghabiskan cash voucher yg MMD dapat masa company's annual dinner.  Kena cari Parkson la kan?  Yang terdekat sudah tentu di Jalan Meru. Kami pun redah ke sana dengan perut yg kekenyangan selepas wallup kat open house di taman yg sama di tempat MMD tinggal.

Pilih punya pilih, MMD ambil yg warna purple.  Belum ada warna ni dalam koleksi MMD. Sacha dengan discount 50% dan Gio Fiore purse dengan discount 70%. My hubby pun sibuk2 juga pilih Kickers wallet untuknya.

Dengan cash voucher yg ada, MMD hanya top up sikit je.  Puas hati.  Simpan voucher lama2 nanti hancur kat dalam beg.  Baik beli beg dari voucher hancur lumat dek keluar masuk keluar masuk beg.

As Salam.

Monday, October 10, 2011

Restoran Zuden Tomyam

As Salam

Tiap kali sesi menjemput Hakim dari sekolah waktu petang, MMD selalu melalui round-about di Bandar Botanic dan selalu bercita2 nak pergi cuba makan kat restoran kat situ.  Macam biasalah..jika dah lewat dari 7pm, MMD akan tutup dapur dan bersedialah untuk makan kat luar.

Kadang2 tu sengaja balik lewat2...ha ha ha, tau sebabnya kan? Penyakit "M" datang lagi.  M A L A S!

Kailan ikan masin, telur bistik, tomyam campur.

Ikan siakap stim masak asam boi

Otak2 pun ada, very juicy!

Kat mana ni?  Copy alamat ni yea....

As Salam.

Saturday, October 8, 2011

Open house berskala kecil

As Salam

Banyak rumah juga MMD sekeluarga hadiri jemputan rumah terbuka pada bulan Syawal tahun ni.  Hujung minggu di kira sebagai bonus buat MMD bcoz tak perlu masuk ke dapur.

Tahun ni memang MMD tak buat open house.  Tapi disebabkan adik2  dan anak2 saudara  belah my beloved hubby buat rombongan untuk datang, jadi MMD pun buatlah juga makanan untuk tetamu.  Tak kan datang sekadar minum air dan makan kuih raya je kan?  Tak syok la...

Atas permintaan my beloved hubby buat kali keduanya MMD di suruh buat mee kari.  Pujian melambung darinya masa pertama kali MMD buat kee kari pada bulan puasa yg lalu untuk berbuka puasa.  Untuk tidak menghampakannya, MMD pun redah je lah buat mee kari ni.  Resepi ihsan dari Ain's Kitchen.




Hidangan utama:  mee kari, nasi goreng Secukup Rasa Maggi, ayam goreng Kenny Roger's dan biskut raya.

Staff MMD, antara yang terawal sampai.


Sebahagian dari adik2 ipar MMD dan juga anak2 saudara.  Jangan tak caya yg MMD sebenarnya dah berpangkat Moyang kalau diikutkan pada belah my hubby.  Moyang vogue gitu...!! Kalau di belah keluarga MMD, MMD masih lagi berpangkat makcik.


Lea bersama anak sepupunya. Dah tua kau Lea!!!

As Salam.

Friday, October 7, 2011

Bagan Seafood

As Salam

Ingat tak pasal kes ikan kelisa my beloved hubby yg mati tu?  Malam yg sama sebelum pergi mencampakkan ikan tu ke laut Selat Melaka, kami sekeluarga singgah makan dulu kat Bagan Seafood Restaurant.

Ingatkan ikan mati, my hubby tak lalu nak makan...tapi apa jadi?  Siap buat rombongan mak kiah ke restoran.  kah kah kah!

Tauhu Jepun

Ayam masak madu

Asparagus

Ikan siakap stim masak taucu

Cepat...copy alamat kat atas ni dan jemput datang !

As Salam.

Thursday, October 6, 2011

Akhirnya my hubby ucapkan selamat tinggal...

As Salam.

Kegembiraan balik beraya di kampung tak kekal lama.  Ajal maut di tangan Tuhan.  Siapalah kita ni untuk menidakkannya.  Terima sajalah Qada' dan QadarNya.

Jangan salah faham.  Hubungan MMD dan hubby masih baik seperti waktu bercinta dulu.  Merajuk sikit2 tu biasalah.....Tapi yg menjadi isu kat sini adalah kekasih hati my beloved hubby yg seekor ni.  Dah masuk 5 tahun jugalah dia bersama my hubby.  MMD sikit pun tak jealous.  Bukannya orang tapi ikan....ikan kelisa peliharaan my beloved hubby.

Yang menjadi kesedihan yg amat adalah ikan tu tiba2 telah meninggalkan kekasih hatinya dengan trajis sekali. Mati dengan  keadaan bengkok dan ada kesan pendarahan.  Kami yakin yg ikan ni dah melompat dengan  kuat dan tulangnya patah.

Kejadian pada 09/09/2011.




Kami sekeluarga dengan rasa hormatnya telah menghantar ikan ni ke pelabuhan di Selat Melaka.


Maka bermulalah perjalanan baru untuk ikan kelisa yg baru ni yg my beloved hubby beli pada 22/09/11. Panjangnya tak sampai sejengkal.  Kelisa berekor kuning.
As Salam.

Wednesday, October 5, 2011

Bonia...!

As Salam

Isnin 05/09/11, company MMD dah organised an annual dinner.  Harapan nak extend cuti tak dapat lor...... Kena balik semula ke Port Klang.  Bertempat di Holiday Villa Subang, dah 3 kali berturut company pilih tempat yg sama....sebabnya...tempatnya di tengah2 antara KL & Port Klang.  Private function sesuai sangat kat situ, ada karaoke lagi, ada meja pool dan yg paling best...makanan berderet.  MMD setakat ambil sikit2 je untuk alas perut.

Kali ni pun, para staffs pun makin ramai since company dah semakin besar.  Boss from our biggest client dari Indonesia & Greece pun datang juga.

Yang paling penting, MMD dan staff MMD antara 3orang yg dah melepasi 5 tahun bekerja di sykt ni.  Yang sorang lagi tu, dah melepasi 10 tahun.  Apa MMD dapat? 

Tara....jam Bonia.

 Untuk games, aweks kat atas tu dapat cash vouchers.

With the founder of the company yg dah mengenali MMD for about 7-8 years ago. Dia selalu kata yg MMD jual mahal dulu masa dia ajak MMD join companynya tapi akhirnya berbaloi menunggu MMD beri kata putus YES. Thanks to Mr DG.

Untuk lucky draw apa MMD dapat?  Cash voucher lagi....!!!! Nanti boleh gi shopping kat Parkson.

As Salam.

Tuesday, October 4, 2011

Kolam Memancing Kg Delek

As Salam

Siapa kaki memancing kat sini?  Angkat tangan tinggi2.  MMD nak tengok ni...

MMD & my beloved hubby pun selalu juga ke Kolam Memancing Kg Delek ni.  Memancing tu jarang2 tapi pergi untuk beli ikan yg baru naik dari kolam selalu la jugak.  Ikan segar gitu.

Kali ini, my hubby beli dari peraih ikan yg memang tunggu untuk beli dari kaki pancing.  Dapat sekor ikan jenahak bersaiz sederhana.  Upah siang ikan terus kat situ.  Kalau harapkan MMD...ehmmmm nampak gayanya, tulang ikan tak putus tapi tulang tangan MMD boleh patah.

Dah siap2 semuanya, datang sorang Chinese guy  bawak 2 ekor ikan, satu ikan senangin Taiwan, satu lagi jenahak.  Nak jual borong je, my hubby terus ambil kedua2nya.  Upah siang lagi... Dapat 3 ekor kauuuuuu.

MMD dah siap bersih2kannya.  Tunggu untuk di masak je.

Kolam kat sini ada 2 buah, kolam 1 & kolam 2.  Agak besar juga terletak di kawasan kampung Delek.


Actually, berdekatan dengan rumah MMD pun ada juga kolam memancing di bawah jambatan menuju ke Northport.  Tapi MMD tak pernah lagi beli ikan kat situ.  Lebih selesa beli ikan kat Kg Delek ni.  Alasan?  Ntah kenapa...

As Salam.

Monday, October 3, 2011

Food Testing @ Fishbone

As Salam

Semalam 02/10/11, MMD mendapat jemputan istimewa dari Max.  Kebetulan tak ada apa2 program.  So, MMD pun redahlah ke Seksyen 15, Shah Alam.

Memperkenalkan.... Kalau dah ada fish tu...means, seafood restaurant ler...
Bertempat di:
B7-2-G, Jalan Pahat H15/H, Kompleks Otomobil Shah Alam,  Seksyen 15, 40200 Selangor
Tel: 03-55237898

Dipanjatkan doa agar biz berjalan dengan lancar dan jayanya.


Mempersembahkan hidangan2nya.








Kumpul2 hidangan...hinggakan nasi pun tak berapa kelihatan. Keseluruhannya, masakan yg agak mewah dan tidak mengecewakan dengan anak tekak MMD sekeluarga.


Bersama salah seorang orang kuatnya. Sorry ladies...already taken !


Deko dan setting yg simple but nice.

 

Kelihatan seekor ikan tak berteman di akurium tu...bakal mendapat teman tak lama lagi. Ikan2nya memang fresh, lagipun one of the owner memang ada bela ikan sangkar.


Kaunter cam nak check-in kat hotel je...he he he.

Bakal dibuka kepada public pada 10/10/2011.  Jemput2 bertandang ke sana ye!!

As Salam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...