Monday, March 23, 2015

CCM - Sate Maranggi & Floating Market - Bandung - Day 4 (28/02/15)

As Salam

Hari ni MMD akan berpindah ke guesthouse yang baru.  Masih owner yang sama. Sarapan hari ni ialah nasi kuning dengan telur bersambal. Malam tadi dah siap pack semua barang2.  Lepas hantar barang2 ke guesthouse yang baru, terus keluar semula.  Lagipun bilik2 tak siap lagi awal2 pagi gitu.  Tempat tujuan hari ini ialah Pasar Baru tapi MMD tak boleh lama2 sangat kerana ada tempat tujuan lain selepas itu.

 
 
 

Sempat juga MMD belikan pakaian untuk Hazry, Lea dan 3 helai Japanese Cotton untuk diri sendiri.  Bila nak jahit pun tak tahu lahhhh.  Adik bungsu MMD ada pesan untuk belikan Prada Lace.  Bukan minat MMD, jadi MMD tak berapa tahu macam mana nak pilih.

MMD tak explore keseluruhan Pasar Baru.  Masa akan singkat.  Bagi menyenangkan MMD, Pak Dedi telah meminta kawannya yang juga seorang security kat situ untuk membawa MMD ke tempat barang apa yang MMD nak beli.  Contohnya, MMD nak beli pakaian budak2, so security ni akan terus bawa MMD ke kedai yang berkaitan.  Masa pun tak rugi dengan merayau tak tentu pasal.  MMD dah bagitahu kat security tu yang MMD tak semestinya membeli di kedai yang di bawa.  Alhamdulillah, bila MMD compare harga, memang kedai yang dicadangkannya menawarkan harga yang lebih baik.

Pukul 11.3am waktu Indonesia MMD keluar dari Pasar Baru dan berangkat untuk berjumpa dengan staff office MMD yang berpusat di Jakarta.  Kami akan berjumpa di pertengahan jalan iaitu di Purwakarta.  Tempat ini dicadangkan oleh staff MMD iaitu Ahmad Jefri Santoso.  Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa lebih kurang 1 jam berakhir dengan 2 1/2 jam.  Menggunakan highway dan agak jem juga di beberapa lokasi. Statistik kemalangan pun ada.

 

MMD ingat kat Malaysia je ada tempat bernama Subang.  Kat Indonesia pun ada. Jangan tak tahu, syarikat Bata pun ada juga.

Haaaa... ini lah tempat yang dituju.  Jemputan untuk makan sate di Sate Maranggi.  Kedainya sangat luas dan terbuka.  Tengok longgokan arang untuk membakar sate.  Menurut kata Ahmad, pelanggan pada masa MMD pergi tu masih sedikit.  Kalau tidak gerai2 dan kerusi disediakan hingga ke tapak parking kenderaan.

 
 
 


Tengahari tu, Ahmad order sate, nasi, sup, pecal (tak tahu apa orang sana panggil) air buah2an, air kelapa dan fresh fruits.  Sate dimakan bersama nasi. Dalam gambar tu hanya sebahagian saja. Nak pecah perut menghabiskan makanan tu. Hazry makan bubur segera dan ditambah dengan sup. Macam2 info dikongsi dengan Ahmad.  MMD sekeluarga dijemput untuk ke Jakarta pulak tapi masa tak mengizinkan.  Maybe next time la....

MMD bergerak keluar dari situ dan Pak Dedi menggunakan jalan lain untuk ke Lembang.  Agak jauh dan jem juga.  Jika sekiranya menggunakan highway, pasti lebih teruk jem untuk masuk balik ke Bandung dan kemudian ke Lembang. Arca pasu gergasi di tengah2 roundabout.

 

Tengok orang buat rumah dengan menggunakan buluh sebagai alat untuk sandaran. Banyak juga longgokan buluh di tepi2 jalan untuk jualan. Laluan ni pun jem panjang.  Bila ada ruang, Pak dedi akan overtake. Rasa2 nak tercabut nyawa tengok Pak Dedi bawak kereta.  Overtake-nya kira kaw kaw betul.  Nyaris sangat2 dengan kenderaan dari depan.

Dari pukul 2pm keluar dari Purwakarta , kami melalui jalan untuk ke Tangkuban Perahu, ladang2 teh dan juga kebun2 rambutan.  Kiri kanan ada orang menjual rambutan.  Yang menjadi musykil pada MMD ialah bagaimana mereka menyusun rambutan dengan begitu baikcermat dan tersusun elok di atas lori2 kecil dan juga belakang motor tanpa sebarang papan sebagai dinding.

Akhirnya MMD sampai ke Floating Market dalam pukul 5.30pm waktu Indonesia.  Ingatkan dah tutup.  Nasib baik masih buka. Bayaran masuknya murah je. Kalau tak silap Rp10K x 4 orang + Rp15K untuk kereta. Hazry terkecuali lagi.  Tiket tu boleh ditukar dengan air samada di laluan masuk atau bila berada kat kawasan jualan.


Posing2 dulu kat sini.  Pak Dedi jadi cameraman...hehehe.

 
 
  


Untuk beli minuman dan makanan, kena tukar dengan coin.  Suka benar Lea dan Hakim membeli.  Macam main2 je.  Kat sini MMD memang mencari pisang sangkuriang yang selalu diwar2kan oleh blogger2.  Pisang yang dipotong dua (tak potong habis) dan digoreng.  Lepas tu ditabur dengan cheese dan juga coklat rice.  Harganya Rp20K je.  Memang kenyang sangat2 bila MMD makan sorang2 je...hahahha, tak kongsi pun.


 
 
 
 


Semua dah dapat makan makanan masing2, MMD pun keluar untuk ke satu kedai pakaian yang terletak berhadapan dengan Floating Market.  Hanya window shopping je.  Pak Dedi nak bawa kami makan di Kampung Daun.  Tapi memandangkan baru je makan, semuanya masih kenyang, jadi MMD berkeputusan tak perlulah ke sana.  Lebih baik balik masuk Bandung semula dan tengok apa2 yang boleh dibeli kerana acara shopping waktu petang dah terbabas kerana berada di dalam perjalanan yang agak lama.  Hanya Hakim je dapat habuannya di satu outlet yang MMD lupa namanya. Lepas tu, balik ke guesthouse dan ambil barang2 yang ditinggalkan sejak pagi tadi.

Ini salah satu hasil tuaian di Pasar Baru iaitu baju renang muslimah yang baru untuk Lea. Kalau tak silap Rp80K harganya.

Jumpa lagi di lain entry.

As Salam.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...