Thursday, January 14, 2016

Madinah 06-09/12/15 - Masjid Nabawi, Raudhah dan ziarah dalam/luar.

As Salam

Sambungan dari entry sebelum ni.

Pukul 10.30pm, kami sampai ke Gloria Hotel Al Fayroz Al Masisi.  MMD bernasib baik kerana masih lagi dapat tinggal berdua dengan Hawa walaupun sepatutnya bilik bertiga.  Tidur seakan2 tidur ayam je.  Tak sabar untuk bersolat Subuh di Masjid Nabawi buat kali pertamanya.  Pukul 4.30am pada 07/12/15, MMD dah pun berada di dalam masjid buat kat pertamanya.  Syukur Alhamdulillah atas rezeki dan peluang yang tidak ternilai ini.


 
 
 
 
 

MASJID NABAWI
Solat Tahiyatul Masjid, solat Taubat dan solat Subuh dengan rasa hibanya yang tidak dapat digambarkan.   Akhirnya impian menjadi kenyataan.  Sukar untuk digambarkan dengan kata2.  Orang2 yang pernah ke sini pasti tahu bagaimana perasaan ini.

Sejarah peribadi untuk MMD yang buat pertama kalinya selepas bersolat di dalam Masjid Nabawi.  Berselfie dengan room mate, Hawa.



Gambar pertama dengan payung2 yang berkembangan.  Sebelum ni hanya melihat jemaah lain dari gambar2 yang dipostkan samada di blog atau FB.  Kali ini MMD sendiri yang berada di bawah bayangan payung2 tersebut. Allahuakbar!!!

 


RAUDHAH - TAMAN SYURGA
Selepas sarapan pagi, MMD sepatutnya berkumpul untuk melawat Raudhah.  Akibat sakit perut, MMD dan Hawa terlepas untuk bersama2 dengan jemaah lain.  Beg dan kamera yang MMD tinggalkan bersama2 dengan my beloved hubby pun dibawa olehnya bersama2 dengan grup lelaki.  MMD dan Hawa berjumpa dengan mutawwif Andalusia yang kebetulan tak jauh dari MMD dan beliau menyuruh untuk mencari pintu 25.  Dalam perjalanan, MMD akhirnya bertemu semula dengan sebahagian dari jemaah Andalusia.

Kami berkumpul sambil bersolat sebelum masuk ke kawasan Raudhah.  MMD minta kebenaran dari tour leader untuk mengikuti jemaah yang pernah datang sebelum ni bersama2 dengan anaknya hinggalah kami diminta untuk berkumpul sekali lagi mengikuti negara masing2.  Antara yang diasingkan ialah jemaah dari Arab dan Turki dan juga jemaah dari Asia.

Dalam jemaah Turki yang berasak2 untuk masuk cepat, MMD, Hawa dan Makcik Inah cepat2 menyusup masuk di celah2 jemaah Turki dan akhirnya dapat solat 2 rakaat sebanyak 3 kali.  Alhamdulillah kerana saf paling hadapan seakan lapang dan tidak ada yang memaksa untuk cepat2 bersolat.  Sayang sekali kami jemaah wanita tidak dapat melihat secara terus makam Rasulullah serta 2 sahabatnya, Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar kerana dihadang oleh kanvas. Sempat berdoa kepadaNya dengan tenang sekali. Syukur.

Ini antara gambar yang diambil oleh my beloved hubby dengan kamera HP MMD yang berada ditangannya ketika itu.

 
 



Selepas itu, kami berkumpul semula di luar masjid untuk mendengar taklimat dari Ustazah yang mengendalikan ziarah dalaman ni.  Kalau tak silap, namanya Ustazah Jemaiyah.  Baik dan sopan orangnya.  Bagi jemaah perempuan, beliau hanya membawa kami ke arah kiri dari pintu 25 untuk menunjukkan Perkuburan Baqi' dari jauh sahaja.

Beliau juga ada menerangkan tentang solat Subuh di sini yang tidak disertakan dengan bacaan Qunut.  Walaubagaimanapun, Imam akan diam sebentar bagi memberi laluan kepada jemaah terutamanya jemaah Asia untuk membaca Qunut di dalam hati tanpa mengangkat kedua2 tangan seperti kebiasaannya.  Bacalah setakat yang sempat dan sambung solat mengikut Imam.

MMD dan Hawa balik semula ke hotel dan bersiap2 untuk solat Zuhur pula. MMD dan beloved hubby pergi ke masjid bersama2 kali ni.  Setiap kali selepas solat, MMD atau my beloved hubby akan tunggu di tempat yang sama untuk sama2 balik ke hotel.  Perjalanan ke hotel sangat dekat. Selepas makan tengahari, MMD terus bersiap2 untuk ke masjid lagi hinggalah selepas waktu Isyak.

Bertemu dengan jemaah dari Klang dengan cucunya. Alhamdulillah, sepanjang berada di Madinah, hanya air Zamzam yang MMD minum.  Tiap kali lepas solat, MMD akan isi botol penuh2 dengan air untuk bekalan.

 
 

MMD perhatikan setiap kali lepas solat, memang ramai jemaah yang berkerumun untuk mendapatkan air Zamzam   hingga ada yang bertolak2.  Walaupun hanya untuk mendapatkan segelas air, ianya telah mengambil sedikit masa. Jadi, apa yang MMD buat, setiap kali MMD mendapat giliran, especially di tong "NOT COLD", MMD akan isi air ke dalam gelas dan hulurkan ke belakang MMD seberapa banyak yang mungkin, jadi jemaah tak perlu berasak2.  Lagipun, tiada apa yang MMD nak kejarkan. Mereka sangat menghargainya.

Selepas makan malamnya, MMD ada bagitau kat my beloved hubby untuk ke Raudhah sekali lagi,  Seakan tidak puas rasanya masa pergi siang tadi.  Kebetulan tour leader, Ustaz Rock ada sekali dan bersetuju untuk menghantar MMD ke pintu 25 dan selepas itu my beloved hubby dan Ustaz Rock ke kedai kebab untuk mencuba kebab.

Alhamdulillah, tak sampai 30min MMD dapat masuk dan bersolat 3x sekali lagi hinggalah MMD keluar.  Sungguh cepat dan dipermudahkan segala urusan MMD.  Tak berapa berasak2 sangat dan MMD sempat ambil gambar lagi di dalam Raudhah untuk lipatan kenangan buat MMD.

 
 
 
 
 

Balik ke hotel dan tidur dengan nyenyak sekali.

MASJID QUBA
Pada 08/12/15, selepas solat Subuh dan bersarapan, kami telah dinasihatkan untuk berwuduk di hotel.  Perjalanan dan lawatan luaran kami ialah ke Masjid Quba.  Setiap kali bersolat di masjid yang pertama kali MMD sampai, MMD akan ambil kesempatan untuk bersolat sunat tahiyatul masjid seperti biasa, solat Taubat juga.  Moga segala dosa2 MMD diampunkanNya. 

MMD sengaja berseluar pada lawatan kali ini kerana banyak tempat yang akan dilawati.  Senang sikit pergerakannya. Bergambar selepas selesai urusan solat.  Ramai yang shopping kurma di sini.  MMD tak beli apa2 pun.


Antara jemaah yang paling rapat dengan MMD.  Safinas, Hawa, Rina dan anak perempuannya.


Lagi.

Dan lagi dengan mereka.

 
 

Yeaa.. ada jumpa gambar yang my beloved hubby ambil di dalam masjid ni.

 


LADANG TAMAR
Kemudian kami ke Ladang Tamar.  MMD hanya membeli coklat 2 kilo di sini untuk anak2 saudara MMD.  Coklat di sini dijual dengan harga SR25 sekilo.  Dari jemaah lain yang MMD jumpa, ada yang membeli dengan harga SR30 sekilo.  Hairan MMD bila harga2 berbeza2.  Kat sini cubalah kurma2 yang dijual bila penjual menyebut HALAL.  Maka cubalah hingga kenyang hahahaha.

MMD ingatkan ladang tamar tu macam pasar terbuka, rupa2nya sebuah kedai monopoli yang dikelilingi dengan pokok2 kurma.  Sayang sekali tak ada pokok2 yang berbuah masa MMD sampai.

 
 


BANJARAN UHUD & BUKIT PEMANAH
Destinasi seterusnya ialah ke sini. Tour leader ada menceritakan tentang kisah kemenangan/kekalahan dalam perang disini.  Ada berbagai versi tentang kisah ini.  Terserah pada diri masing2.

Banjaran Uhud dan gambar di bawah dimana bukit kecil dihadapan tu adalah Bukit Pemanah. MMD dan my beloved hubby tak panjat pun.


 


Di sini pun banyak gerai2 jualan.  Harganya pun berbaloi2.  Maklumlah, tak perlu nak sewa2 kedai.  Harganya murah2 juga.

 

 
 
 
Turun sikit dari tanah tinggi kat situ, akan kelihatan perkuburan para sahabat Nabi SAW yang mati syahid di dalam peperangan di sini.  Al Fatihah untuk mereka semua.

 

 Ini buah zuriat dan buah kacip fatimah.  MMD tak belipun,  Sekadar untuk kenal bendanya saja.

 


PASAR TAMAR
Buah2 kurma di sini lebih murah jika dibandingkan di ladang tamar sebelum ni.  Begitu juga dengan coklat.  Kat sini MMD tanya, harga coklat dijual dengan harga SR15 je sekilo.  Menyesal beli di ladang tamar.  huhuhu.  Kat sini MMD hanya membeli kurma Amber dan juga kacang pistachio je.

 


Balik dari lawatan, MMD sempat solat di luar dataran Masjid Nabawi je, tak jauh dari pagar/pintu 16.  Itupun dah terlepas rakaat pertama zuhur.  Walaupun begitu, lantainya tetap sejuk.  Pertama kali solat di luar bangunan masjid.


Selepas makan tengahari di hotel, MMD dan my beloved hubby pun merayap ke kedai2 di sekitar hotel buat kali pertamanya.  Masuk semula ke masjid untuk solat Asar dan sambung semula berjalan2.  Masuk waktu Maghrib, MMD dah tak ke mana2.  Berada di masjid hinggalah selesai solat Isyak dan bertemu semula dgn my beloved hubby untuk balik ke hotel.  Hasil tangkapan? Dapat 3-4 helai jubah untuk adik2.

 

Selepas solat Maghrib bersama2 dengan payung yang kuncup.




Selepas makan malam, MMD serta beberapa jemaah berkumpul yang pada siangnya berjanji untuk ke Raudhah sekali lagi.  Syukur Alhamdulillah segala urusan dipermudahkan.  MMD berpeluang solat 3x  sekali lagi.

TAKLIMAT DAN TAHLIL 
Selesai solat Subuh dan bersarapan pada 09/12/15, MMD dan beloved hubby berjalan2 hingga ke dataran/bulatan yang penuh dengan burung2 merpati.  Kebetulan berjumpa dengan Sham, jiran setaman di Port Klang yang bersama2 dengan keluarganya.

Berkesampatan bergambar dengan pintu yang cantik ni selepas Subuh,

Sibuknya suasana pagi di luar perkarangan Masjid Nabawi.  MMD hanya beli 2 helai selendang je kat sini.

 
 

Selepas itu ke hotel yang berhampiran untuk menghadiri taklimat serta majlis tahlil. Sayu dan pilu sekali semasa majlis tahlil diadakan.  Moga arwah ayah MMD serta arwah kedua2 ibu/bapa mertua MMD serta sanak2 saudara ditempatkan bersama orang2 yang beriman.

Dalam pukul 10pagi, MMD serta Safinas cuba untuk ke Raudhah sekali lagi.  Angannya jika berkesempatan untuk buat ziarah Wida' kepada Rasulullah dan sahabat2nya buat kali terakhir.  Malangnya pintu dah pun ditutup walaupun belum sampai waktu tutupnya.  Solat saja di luar Raudhah dan salam Wida' buat kali terakhir di situ.  Menurut Ustaz yang memberi taklimat, ziarah atau salam Wida' boleh dilakukan dimana2 sahaja selepas solat terakhir kita di Masjid Nabawi.  Tidak semestinya kita kena pegi ke Raudhah.

Sekali lagi MMD bersolat melalui pintu 25 untuk berdekatan dengan Raudhah. Selepas solat Zuhur di Masjid Nabawi, kenangan terakhir terpahat di ingatan.  Ya Allah, jemputlah kami lagi untuk datang dan beribadah kepadaMu Ya Allah.

 



Kami pun bersiap2 di hotel dan pihak lelaki memakai kain ihram buat kali pertamanya.  Hensem semuanya. Akhirnya dapat juga MMD merasai ais krim Madinah yang selalu disebut2 oleh jemaah sebelum ni.


 
 
 


Perjalanan kami untuk ke Mekah akan mengambil masa lebih kurang 6 jam dari Madinah dengan menaiki bas.

Jumpa lagi di lain entry.






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...