Sempena adik bungsu MMD baru berpindah ke Cengal Apartment di Cheras, MMD sekali lagi melakukan lawatan muhibbah ke Cheras. MMD ada 4 adik yang tinggal berdekatan di area Cheras. Jadi bila MMD ke Cheras, adik2 yang lain pun datang berkumpul. Lebih2 lagi bila my Mem besar pun ada di Cheras sambil tengok2 cucu kembarnya.
Kali ini kami pilih cuti Hari Krismas untuk berkumpul. Sehari sebelum tu, MMD dah beli ayam dan perapkan serta simpan dalam freezer. Ada adik MMD yang bawa lauk pauk untuk makan tengahari. Seronok makan ramai2.
Hazry mengadap bos besar. Kena himpit kerana dia asyik menyembur air liurnya pada sesiapa yang lalu di hadapannya.
Petang barulah kami mulakan acara bakar membakar. MMD siap bawa pembakar elektrik. Malas nak bawa arang bagai. Meriah betul bila anak2 saudara yang sedang membesar berebut makan.
Sambil masak sambil makan kat tepi balkoni je. Budak yang tak sabar tunggu sosej siap. Huhuhu.
Hari cuti dihabiskan sebaik mungkin bersama keluarga. MMD pun bermalam di sana. Ada aktiviti lagi keesokan harinya.
Okay. Jumpa lagi.
No comments:
Post a Comment