As Salam
Jenuh juga untuk mencari jalan yang paling dekat untuk ke jabatan perikanan bagi merealisasikan impian Lea bagi melihat House of Shark (HOS). MMD siap singgah minum/makan cendol dulu bagi menghilangkan dahaga. Santannya sangat pekat. Sedap! Hanya kurang manis pada tekak MMD yang biasa suka manis tahap gaban bila pekena cendol kat mana2 pun.
Dalam perjalanan, singah melilau saja di laluan untuk ke arah HOS. Menapak jauh jugaklah. Lebih2 lagi terasa bila menolak Hazry naik dan turun kawasan tinggi. Harus kurang lemak kan? Tapi...nan hadooooo.
Posing sana-sini sikit. Lea pun muka dah penat. Apalagi kami ni.
Landak tidur selepas kekenyangan.
Setibanya di HOS, Lea kehampaan kerana waktu melawat telah tamat dan pintunya baru ditutup. Bagi tidak menghampakannya, ambil je lah gambar di bahagian depan shark tu. Kesiannya Lea. Dahlah jauh menapak, tak dapat masuk pulak. Ambil gambar pun MMD paksa dia senyum juga.
Ada beberapa tempat lawatan lagi yang belum kami terokai. Tapi memandangkan dah agak lewat petang, kami buat keputusan untuk balik saja. Lagipun, kami tidak mahu terkandas dalam kesesakan waktu keluar dari MAEPS nanti.
Apa yang terjadi seterusnya.......Perkara yang cukup suspen.......
Heyyyyyy. ada ceritanya lagi tau. Entry ni belum habis.
Selepas selesai urusan tandas dan sebagainya sebelum ke tempat parking, MMD dan Lea mendapatkan rawatan urut badan dulu. Hehehehe. Penat kata Lea.
Bila saja sampai ke tempat letak kereta. Makkkkkkkkkk!!!! Masya Allahhhhh...Kereta tak ada di situ!!!!
My beloved hubby terus ke arah pos pengawal berhampiran di situ dan memberitahu akan kehilangan kereta. Kami diarahkan untuk ke bahagian sekuriti dan menapaklah lagi kami menaiki bukit dan terletak agak jauh juga.
Bila bertemu dengan kakitangan yang bertugas, mereka mengesahkan yang kereta kami telah ditarik dengan alasan yang ianya menghalang laluan. Sedangkan kami telah diarahkan oleh salah seorang sekuriti yang bertugas masa kami sampai untuk park di situ memandangkan kami ada stiker OKU.
My beloved hubby telah dibawa dengan motor untuk ke tempat kereta ditahan dan mereka memohon maaf kerana mereka terpaksa menarik kereta kami. Sepatutnya bayaran RM100 perlu dijelaskan tetapi kami dikecualikan memandangkan Hazry berkerusi roda bersama2 dengan kami.
Bayangkan jika kereta kami hilang dari kawasan MAEPS, bagaimana harus kami balik ke Port Klang dalam waktu malam tu dan kena berurusan dengan pihak polis untuk membuat aduan dan sebagainya.
Alhamdulillah....segalanya dipermudahkan olehNya.
Tamatlah sudah cerita lawatan MMD sekeluarga ke MAHA 2016. Cerita lain bakal menyusul lagi.
Jumpa lagi. Sekian.
As Salam.

>

No comments:
Post a Comment