Saturday, December 3, 2016

Majlis Konvokesyen Kolej WIT ke-31, 2016

As Salam

Bertarikh 26/11/2016 adalah antara hari yang paling gembira buat MMD sekeluarga.  Hakim akhirnya telah secara rasmi tamat pelajaran kemahirannya dari Kolej WIT dan dianugerahkan dengan sijil kemahiran dalam bidang otomotif.


Yang paling bermakna sekali adalah penganugerahan skrol dilakukan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia iaitu Y.A.B. Tun Abdulllah Ahmad Badawi  (Pak Lah) yang juga meraikan hari ulangtahunnya yang ke-77 pada hari yang sama dan bertempat di Premiere Hotel, Bandar Bukit Tinggi Klang.

My beloved hubby menghantar MMD serta Hakim seawal 7.30pagi untuk urusan perdaftaran dan mengambilan jubah serta topi.  Disebabkan anak2 berumur 12 tahun ke bawah tidak dibenarkan turut serta dalam dewan, maka hanya MMD seorang yang menemani Hakim.


Acara berlangsung sangat lancar dengan didahului dengan ucapan dari Pengerusi Kolej WIT, Tan Sri Zainal Rampak dan juga dari Pak Lah.  Seramai 500 lebih penuntut menerima penganugerahan samada diploma atau sijil dalam bidang masing2.

 

 

Selepas acara tamat, semua hadirin dijemput untuk menikmati makan tengahari yang agak banyak juga pilihannya.  MMD hanya ambil sedikit makanan sambil menunggu Hakim menguruskan pengambilan sijil2nya dari pihak kolej di bilik yang disediakan di situ.
 

MMD bersembang juga dan ibubapa di situ dan rata2nya anak2 mereka sudahpun bekerja.  Begitu juga dengan Hakim yang dah pun 7 bulan bekerja sejak dari habis peperiksaan akhirnya.

Pada anak2 yang kurang dari prestasi akedemik atau kurang berminat untuk belajar atau sangat meminati bidang kemahiran, jangan sia2kan waktu anak2 dengan memaksa mereka belajar apa yang mereka tidak suka.  Daftar dan masukkan mereka agar mendapat kemahiran yang tidak kurang pentingnya dan juga amat diperlukan di bidang pekerjaan di luar sana.

Tahniah sekali lagi untuk Hakim.  Ibu bangga sekali.

Sekian.  Jumpa lagi nanti.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...