Wednesday, January 4, 2012

Lahirnya baby baru di penghujung 2011

As Salam

Ribut tidak, hujan pun tidak, tup tup ada baby baru?  Bila pulak MMD mengandung tu?

Sebenarnya bukan MMD yg beranak la....MMD mendapat anak saudara terbaru pada Dec 2011 baru2 ni.  Baby yg tak sabar nak tengok dunia.  Sepatutnya dijangka dilahirkan pada awal Feb 2012 tapi dah terpaksa di bawa keluar ke dunia ni pada Dec 2011 dengan kaedah pembedahan.

Lahir dengan berat hanya 1.6kg, terpaksa berada dalam incubator selama 2 minggu di Hospital Kajang. Uminya dan baby baru dapat balik ke rumah pada 02/01/12 selepas beratnya naik ke 1.8kg.  Alhamdulillah semuanya dalam keadaan baik dan sihat.

Masa MMD pergi melawat pada hari kelahirannya, MMD tak dapat tengok bcoz tak dibenarkan oleh pihak hospital kecuali daddynya saja yg dapat masuk.  Well, dapat peluang tengok baby ni...Ya Allah....kecil dan cutenya orangnya..merah menyala lagi warna kulitnya. 

Ingatkan anak2 MMD je kecil waktu dilahirkan, lingkungan berat 2.46-2.82kg je.  Tapi baby ni lagi kecil.  Lebar badannya tak sampai sejengkal pun. 

Apa2 pun yg penting diharapkan agar baby yg dinamakan Nur Qeysha Amanda ni sihat selalu hendakNya.


Ini cucu ke 19 buat my mom. Bakal menerima cucu ke 20 pada bila2 masa je lagi...Nun di Melaka.  Ehmmmm....MMD bakal melawat Melaka Bandaraya Bersejarah tidak lama lagi ni.

As Salam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...