Wednesday, April 3, 2013

CCM - Buggy Ride - 28/01/13

As Salam.

Dah sampai kat atas Bukit Bendera ni, kalau tak ronda habis2 tak berbaloi untuk datang kan? Kalau nak meronda dengan berjalan kaki dan menyorong wheelchair Hazry, harus esok je baru habis ni.

Nasib baik dah ada perkhidmatan buggy ride.  Tunggu giliran naik buggy dan bayar selepas selesai lawatan.



 
Pemandu merangkap pembantu pelancong menceritakan serba sedikit tentang sejarah Bukit Bendera serta menunjukkan rumah2 agam milik peribadi orang2 kaya Malaysia.




Sorry Hakim...jambatan gantung telah ditutup. Hakim beria-ia nak melalui jambatan gantung tu. huhuhu. Eh eh, abang Hakim, tak kan lah kerana tak dapat ke jambatan gantung, Hakim nak terjun bukit pulak...Tengah tengok lokasi mana yang sesuai untuk mendarat ke?


Berhenti sejenak di lokasi ni sambil menikmati panorama Pulau Pinang.


Balai Polis dari tahun 1929.  Lamanya.......MMD belum ujud lagi.  Dah kering tekak ni.  Pemandu buggy siap suruh kami semua menikmati ais kacang.  Tapi katanya, tak payahlah ke Owl Museum, tak ada burung hidup pun. Terima kasih En Pemandu.  Orang Sarawak sebenarnya.

As Salam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...