Thursday, April 4, 2013

CCM - Ais kacang & train putus tali? - 28/01/13

As Salam

Seperti yang dicadangkan oleh En. Pemandu buggy sebelum ni, MMD sekeluarga ke gerai ais kacang.  Banyak juga gerai2 yang menjual benda yang sama iaitu ais kacang.  Rata2nya peniaga Cina.  Kami memilih gerai terakhir.  Tak ramai orang berbanding dengan gerai2 di kawasan tengah yang tempat duduknya dah penuh. Dah penat melawat dan sekarang menunggu ais kacang kami.....

Yea....ini dia ais kacang kami..

Tekstur aisnya tak sama dengan ABC yang biasa MMD minum sebelum ni.  Ianya lebih kepada ice-blended gitu....Tak mudah cair, mungkin kerana suasana sejuk tapi kat luar tu panas terik jugak.  Nasib baik tak hujan je masa CCM MMD kali ni. My beloved hubby masih teringat2 dengan ais kacang ni walaupun dah berbulan lepas menikmatinya di Bukit Bendera.  Kalaulah ada dijual berdekatan dengan rumah, tentu hari2 dia jadi pelanggan tetap kedai tu. Katanya.....

Sebelum balik, tengok2 lagi Pulau Pinang dari atas puncak bukit.

Kerana Hazry, MMD sekeluarga diberi keutamaan untuk berada di hadapan semasa menunggu train untuk turun dari Bukit Bendera. Tengok diluar Hazry tu, bukan main laju lagi train ni semasa turun.  My beloved hubyy kata.....kalaulah tali pengikat train ni putus...macam mana?  Kecut perut MMD.




Akhirnya kami semua selamat sampai dan hajat untuk naik ke Bukit Bendara juga tercapai kali ni.  Tak tahulah bila lagi untuk sampai ke sini.
Sememangnya amat2 penat.  MMD suruh my beloved hubby naik feri je.  Boleh dia berehat sebentar masa dalam feri tu nanti sebelum perjalanan balik ke Klang. MMD pun tak dapat bukak mata.  Hanya bila dah nak sampai je baru bukak mata dan dapatlah sekeping gambar masa dalam feri.  huhuhu.

Akhir kata dari anak MMD, Lea.  Katanya...terima kasih ibu dan ayah kerana bawak Lea, abang Hazry dan abang Hakim ke Bukit Kayu Hitam, Padang Besar, Alor Star dan Pulau Pinang.  Ibu cantik macam pelangi.  Bodek lah tuuuuu.
Gambar diambil atas permintaan Lea.  Matanya cepat menangkap kalau terdapat pelangi dilangit.

Berakhir sudah cerita cuti-cuti Malaysia MMD sekeluarga pada awal 2013.  Buat masa terdekat belum ada perancangan ke tempat jauh2 untuk bercuti selain dari ke Muar Johor pada akhir Mac nanti untuk kenduri anak sepupu my beloved hubby.  Terima kasih kerana sudi singgah ke blog kecil MMD ni.

As Salam.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...