Monday, April 22, 2013

Program Keibubapaan dan Pertandingan Mewarna

As Salam

Pada 06/04/13 baru2 ni, cikgu sekolah Lea bagitahu supaya Lea dihantar ke Dewan SerbagunaTaman Suria Pendamar, tak jauh dari sekolah Tabikanya.  Lea terpilih untuk pertandingan mewarna.  Setiap Tabika diwakili oleh 10 orang kanak2. Dewannya tak pun jauh dari rumah, jadi tak menjadi masalah untuk mengikuti programnya sekali.

Budak2 disediakan dengan goodie bag yang berisi dengan set peralatan sekolah, minuman serta makanan.  Malangnya, lukisan Lea tidak menang pun.  Tak pe la....Lagipun, antara yang menang tu, MMD tengok, ramai yang ditolong dan diarahkan oleh ibubapa untuk memilih warna yang sesuai untuk diwarnakan ke atas lukisan yang disediakan tu.  Kalau tak menang juga, tak tahu la...





Dalam budak2 sibuk mewarna, ibubapa dijemput untuk mendengar ceramah ringkas mengenai keibubapaan dan program dirasmikan oleh Datuk Mazlinor, wakil BN. Sempat jugak diselitkan dengan ceramah politiknya.  ehmmmmm.
 
As Salam.






Friday, April 19, 2013

Kenduri kendara di Muar

As Salam.

Pada 30/03/13, MMD sekeluarga berangkat ke Muar Johor untuk memenuhi jemputan kahwin anak kepada sepupu my beloved hubby yang bertugas sebagai Ketua Balai, Balai Polis Naning, Muar. Majlis kahwinnya pada 31/03/13 tapi dah dikerahnya kami semua untuk sampai awal untuk memeriahkah acara pertemuan keluarga.

Dalam perjalanan, kami melalui sebuah Kg Tanpa Wayar 1 Malaysia.  MMD pernah dengar kg tanpa wayar ni dulu dari kawan2 MMD.  MMD ingatkan mereka bergurau je.  Rupa2nya memang ada pun.
 
Masa kami sampai ke rumah tuan rumah, rewang dah pun start.  Bila kami nak tolong potong bawang ke, cuci ayam ke, semuanya suruh kami rehat.  Semuanya dah ada orang dengan tugas masing2.  Jadi MMD pun banyak melepak je la.

Cantik pelaminnya. Satu pelamin untuk majlis nikah di dalam rumah dan satu lagi di luar rumah untuk majlis persandingannya. Tema putih dan pink.  Memang Intan ni suka sangat warna pink. Baju2 persalinannya pun cantik2 juga.
 
 
 
Malamnya majlis pernikahan dan disusuli dengan majlis berinai. Inilah anak kepada sepupu my beloved hubby.  Kecil molek je orangnya.  Nak kenal?  Singgah2 la kat sini dan sini.

Pada keesokan paginya, dimulai dengan majlis khatam Quran.  Selepas tu majlis persandingannya. MMD sempat juga berposing dengan pengantin perempuannya.
Nasi berianinya sedap ditambah pulak dengan gulai dagingnya yang empuk gitu. Dua kali MMD makan.  Patutlah dah gemuk MMD.  Pipi pun dah bertambah tembamnya.

Sebelum balik, MMD sekali lagi dibekalkan dengan lauk pauknya, dengan pisangnya, dengan goodie2 bagsnya. Terima kasih abang Halim dan juga kak Esah. Selamat bermenantu baru.  Orangnya tak jauh, kat Pasir Gudang je.

Selamat pengantin baru untuk Intan dan juga Irfan.

As Salam.


Thursday, April 18, 2013

Jemputan ke rumah Dr Bity

As Salam

Dua minggu cuti sekolah pada bulan Mac baru2 ni,  MMD sekeluarga dijemput untuk ke rumah ex dormmate masa sekolah menengah dulu. Bayangkan dari tahun 1985, barulah sekarang peluang untuk berjumpa semula.  Kiranya re-union lah.  Sebenarnya, selalu juga chat dan bertanya khabar di FB.  Tapi kali ini betul2 bersua muka. Rumah Dr Bity di Kajang. 

MMD singgah dulu di rumah adik MMD di Cheras sebelum bergerak ke Kajang.  Macam biasalah, sesat juga walaupun dah dibagi direction nya.

Masa MMD sekeluarga sampai, dah adapun kawan2 lain yang sampai awal. Semuanya tak bawak family.  Tapi MMD macam biasalah. Kena bawak satu batilion jika sesuatu urusan tu memakan masa yang panjang. Maklumlah Hazry kan orangnya istimewa. 

Masakan istimewa dari Dr Bity ialah nasi dagang.  Memang menu kesukaan MMD.  Keropok lekor diimport khas dari Terengganu pun ada serta kuih muih.


Bila dah berjumpa tu, macam2 cerita dari cerita masa kat sekolah dulu, hinggalah cerita2 terkini.  Yang paling best ialah pengalaman Adlina semasa menaiki Sri Lankan Air untuk umrahnya.  Gelak ketawa tak ingat dunia kami semua.  Nasib baik husband Dr Bity sporting.  Dia melayan borak dengan my beloved hubby.  


Lea pun dapat kawan baru dan siap bermain badminton lagi. Kids in pink semuanya.


MMD sekeluarga yang terakhir sekali beredar dari rumah Dr Bity. Siap dibekalkan pulak dengan nasi dagang lagi oleh Dr Bity.  Malam tu MMD gantung periuk la.

As Salam.

Wednesday, April 17, 2013

Pusat Sains Negara - Mac 2013

As Salam.

Perjalanan diteruskan ke Pusat Sains Negara yang terletak di Bukit Kiara, Kuala Lumpur.  Inipun pertama kali MMD menjejakkan kaki di sini. Terima kasih pada undangan dari sekolah Lea.  hu hu hu.

Kami disambut oleh ikan2 air tawar.  Terbeliak mata Lea tengok ikan2, ada yang kecil dan ada yang sebesar alam.
 

Lawatan ke Pusat Sains Negara ini lebih kepada tempat untuk budak2 beriadah.   Sebenarnya banyak ruangan2 pameran untuk dikunjungi di sini.  Untuk maklumat lebih lanjut, bolehlah datang ke sini. 

Antara gambar2 yang MMD snap.  Biarlah gambar menceritakan segala aktiviti Lea semasa di pusat ini.
 
 
 
 
 

Di mana sebenarnya MMD? Cer teka, cer teka!

Puas bermain2 kat situ, kami semua beredar ke Science Wonderland.  Gambar En. Google.
Jenuh jugalah menapak menuruni bukit untuk ke pool ni.
 
Bukan main gembira lagi Lea dapat terjun ke pool.  Lebih2 lagi dapat bermain2 dengan kawan2nya. Kalau tak dipaksa, harus Lea tak keluar2 dari pool walaupun panasnya bukan main lagi pada masa tu.

Kami semua beredar dari situ lebih kurang pukul 4:30pm dan menaiki semula bas untuk kembali ke Port Klang.  Selamat sampai ke Tabika dan my beloved hubby dah siap2 tunggu kami berdua. Ayah rindu Lea ke?  Tanya Lea pada my beloved hubby.  Haruslahhhhh.

As Salam.


Tuesday, April 16, 2013

Taman Burung Kuala Lumpur - Mac 2013

As Salam

Bas menuju ke Kuala Lumpur.  Destinasi seterusnya ialah Taman Burung Kuala Lumpur.  MMD pun pertama kali datang ke sini. Luas kawasannya dan lenguh jugaklah kaki MMD ni.

Lea lari ketakutan dan menjerit2 bila banyak burung2 terbang rendah untuk mendapatkan makanan yang baru ditaburkan tak jauh dari MMD.

Selepas makan tengahari  di cafe di situ. Kami kemudian ke tempat burung unta.  Sawi2 banyak disediakan untuk pengunjung memberi makan burung2 unta itu.  Baunya.....kurang nyaman ha ha ha.  Lea memang takut pada burung2 unta tu.  Nampak dia ambil beberapa batang sawi kat situ tapi semuanya diserahkan pada kawan2nya.


Antara telur2 yang dipamerkan.

Sedang menunggu untuk pertunjukan burung.

Seronok tengok budak2 semua gembira.  Ada beberapa pengunjung yang mengambil bahagian dalam pertunjukan tu. Tamat pertunjukan burung, kami semua beredar untuk ke laluan keluar.  Masih lagi banyak burung2 yang cantik2 semasa dalam perjalanan tu. Antara burung2 yang sempat MMD snap.

 
 
 
 

Ini burung yang Lea sangat2 suka.  Yang besar tu ibu, yang kecil2 tu abang Hakim, abang Hazry dan yang paling kecil tu ialah Lea. Cute kan????

Ini muka budak yang takut pada burung tapi suka sangat2 dapat datang Taman Burung Kuala Lumpur.

Selesai sudah lawatan ke Taman Burung pada pukul 2:30pm.  Naik semula ke bas untuk ke destinasi seterusnya.

As Salam.

Wednesday, April 10, 2013

Kilang Roti Gardenia

As Salam.

Lawatan sekolah Lea telah menyebabkan MMD terpaksa mengambil cuti satu hari pada 19/03/13. Kata HR MMD, alasan yang paling jujur yang pernah seorang staf tulis kat dalam borang cuti. kih kih kih. Alasan bercuti?  Mengikuti lawatan sekolah anak Tabika ke kilang roti Gardenia, Taman Burung serta Pusat Sains Negara.  Pukul 8pg dah terpacak kat sekolah Lea.  Lea untuk pertama kalinya akan menaiki bas dalam sejarah hidupnya.



Lawatan ke Kilang Roti Gardenia di kilang yang terbaru dan ke-5nya yang berada di Sek 26, Shah Alam. Beratur untuk masuk untuk tengok wayang huhuhu.  Ibubapa pun tengok wayang sekali.


Selepas selesai tengok wayang, budak2 ni dibawa masuk ke kilang ke tingkat atas. Gambar tidak dibenarkan diambil semasa di dalam kilang.  Mendengar penerangan dari staf Gardenia yang comel tu. Kilang yang berbeza menyediakan roti yang berbeza. MMD tanya, apa yang akan dibuat dengan roti2 reject.

Katanya...ada yang dihantar ke rumah orang2 tua dan ada juga yang rosak teruk dijual kepada kilang memproses untuk makanan binatang. Selesai melawat, budak2 dan ibubapa dijemput untuk minum pagi. Dapat 2 keping wafer setiap orang berserta dengan air milo.  Yam yam yam....
Bergambar bersama2 dengan ibu2 serta cikgu Fadillah. Sebelum balik, kami semua dihadiahkan dengan goodie bag yang berisi dengan produk2 Gardenia.



Sesi bergambar sebelum berangkat ke destinasi seterusnya.  Terima kasih Gardenia kerana menerima kunjungan kami ni.




As Salam.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...