Wednesday, March 27, 2013

CCM - Pusing2 bandar dan Pekan Rabu - 26/01/13

As Salam.

Keluar saja dari Rumah Kelahiran Tun Mahathir, kami pusing2 tengah2 bandar Alor Star, tengok monumen2 serta bangunan2 kat sana sini.

 
 
 
 
 
Perut pun berbunyi serta menyanyi dengan mendayu2.  Dah sampai masanya untuk mencari tempat untuk makan.  Dengar kata, Pekan Rabu yang diilhamkan oleh Tun Dr Mahathir ada tempat makan yang sedap2. Kami pun mencarilah tempat tujuan dan akhirnya berjumpalah..ha tu dia....

Terus cari tempat parking kereta berhadapan dengan Pekan Rabu. Tak perlu nak memilih2 gerai lagi, cari je yang paling dekat dan senang untuk keluar masuk.  MMD kan bersama2 dengan wheelchair Hazry.  Nah ini dia yang kami sekeluarga bedal pada tengahari tu.  Nasi yang banjir tu adalah untuk Hazry.  Kesian dia tak jumpa buburnya selama kami sekeluarga keluar dari rumah hari tu.  Asyik2 makan nasi banjir je.  Kesian Hazry MMD ye...Tapi, tak pulak dia menolak.  Setiap kali MMD suapkannya, sedap je dia buka mulut dan telan2 je. Harganya pun tak lah mahal sangat. 

Lepas makan, my beloved hubby ajak tengok2 gerai2 yang ada di bangunan Pekan Rabu.  Keadaannya tak jauh bezanya dengan Pasar Kedai Payang di KT.  Ramai peniaga Melayu kat situ.  Malangnya MMD tak bersedia untuk naik ke tingkat2 atas.  Maklumlah, nanti siapa pulak nak jaga Hazry kan?  Nak angkutnya naik, tak larat pulak.  Banyak anak tangga pulak tu.  Lift pun tak ada.  Tak pe la.  Pusing2 kat situ2 je.

MMD sempat jugak beli dodol lemak dan dodol durian kat cik adik manis kat situ. Sedap jugak dodol Kedah ni yea....MMD jarang sangat2 membeli dodol walaupun dodol banyak juga dijual di kampung halaman MMD di KT.  Hakim suka dodol.  Dialah yang asyik2 potong sikit2 masa dah sampai kat rumah.

Berehat sekejap kat kawasan luar bangunan sambil memikirkan ke mana arah seterusnya.

 Yes, dah tahu nak ke mana seterusnya.  Jumpa lagi...

As Salam.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...