Monday, March 25, 2013

CCM - 3D Tunku @ Hotel Royale Alor Star -25-26/01/13

As Salam

Dah hampir senja dalam perjalanan ke Alor Star dari P. Besar.  Perjalanan kami diiringi bersama2 dengan matahari terbenam. Indahnya kejadianNya.

MMD menapak juga ke beberapa hotel untuk check room availability tapi kebanyakannya fully booked. Maklumlah, masa MMD sampai pun dah lebih kurang pukul 9pm.  Tak lah berapa mahal room rate kat Alor Star.  Akhirnya, MMD memilih untuk bermalam di Hotel Royale, harganya tak sampai seratus pun dengan 3 katil untuk family.  Kalau bilik biasa, hanya RM88 je masa promosi.

Bersandar my beloved hubby.  Penat memandu.  Kesian kat dia...MMD ada lesen memandu tapi buat pekasam je dlm purse.  Pernah my beloved hubby kata...begitu lama simpan lesen, kot2 nanti boleh bawak traktor pulak.



Team bowling punya T-shirt.  Ni yang MMD tempah nama dengan tulisan tangan dengan budak U kat komplek P.Besar sebelum ni.

Teka siapa yang tidur berselimut penuh ni???? Clue nya ialah, dia tak tahan sejuk dan masih pakai diaper.  hu hu hu.

Lea dengan t-shirt dan getah rambut barunya.
Dengan sekeping frame, ianya mencerminkan 3 wajah berbeza.

 
MMD dan my beloved hubby di lobi hotel.  Simple dan kemas je. Kat sebelah luar hotel, ada Kenny's Roger Restaurant.  Meleleh air liur anak2 MMD  hu hu hu.

Ini hari nak check out dari hotel.  MMD bermalam satu malam je sebelum ke destinasi seterusnya.
Hazry tak de dalam gambar.  My beloved hubby dah siap2kan dia masuk dalam kereta.  Kat luar tu panas sangat. Abang Hakim yang snapkan gambar kami.

Jumpa lagi. As Salam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...