Friday, March 22, 2013

CCM - Late lunch @ Padang Besar, Thailand - 25/01/13

As Salam







Percaya tak semua kat atas tu kami makan?  Sampai nak pecah perut kami dibuatnya. Sampaikan 2 lagi lauk MMD minta kawan MMD, Sharlene tu stop kan. Dah tak boleh nak masuk lagi. Air avocado dan asam boi ni memang sedap nyaman betul.

Inilah orangnya yang MMD janji nak jumpa tu.  Sharlene, tokey Hino Forwarding di Padang Besar.  MMD naik keretanya melepasi imigresen P. Besar.  Pegawai2 kat sana semuanya dia kenal.  Maklumlah tiap hari berulang alik ke seberang sana.

MMD serahkan tugas memesan makanan padanya lah...Dia boleh berbahasa Thai pun.



Suasana kat sini pun nyaman je.  Open air.  Kalau malam ada live band, kata Sharlene.



Padang Besar pun ada juga di Thailand.  Jangan ingat P. Besar hanya ada di Malaysia.


Sharlene ajak MMD sekeluarga untuk shopping2 di Danok, tapi memandangkan MMD dah berjanji untuk mengambil T-shirt2 yang ditempah sebelum kedai2 di kompleks P. Besar tutup, MMD terpaksa  menolak pelawaan Sharlene.  Mungkin lain kali je MMD akan ikut Sharlene ke atas sana pulak.

Perjalanan singkat MMD di Thailand diakhiri dengan kembalinya ke Malaysia dengan selamat seadanya. Selamat kembali ke Malaysia.

As Salam.  Destinasi seterusnya ialah Alor Star, Kedah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...