As Salam
Last Sunday, MMD masak untuk breakfast and lunch sekali jalan. Menu ringkas spagetti. Tengok...sedap dan menyelerakan?
Bahan2 semuanya dah ada kat dapur, hanya tunggu orang rumah masak je lagi.
Bahan2 biasa yg ada je MMD guna. Tak de la herba2 bagai.
Untuk sosnya:
sebotol sos Prego, ikut suka nak perasa apa.
2 labu bawang besar, potong dadu,
2 ulas bawang putih, ketuk2 je
serbuk lada hitam, ikut suka hati
cendawan butang, potong kecil2/racik2
1 tin tomato puri
daging lembu kisar
daging ayam kisar
garam secukup rasa
sedikit minyak masak
Tumis bawang besar, bawang putih, lada hitam. Bila bawang dah layu dan berbau wangi, masukkan kedua2 daging, kacau2 hingga daging bertukar warna ke kelabu. Masukkan cendawan, tambah sedikit air biar daging empuk. Masukkan tomato puri dan sos Prego. Tambah air ikut kepekatan yg diinginkan. Tambah garam dan rasa dan biarkan sos mendidih dan taraaaaa. siap.
Untuk rebus spagetti, biasanya MMD akan tambah sedikit garam dan minyak di dalam bekas air yg dididih agar spagetti tak melekat2. Bila dan lembut, tapis dan siram dengan air masak sejuk agar rasanya kental2 gitu.
Kenapa MMD tulis tajuk cam tu? Itu kerana masa Hakim kecil2 dulu, dia susah betul nak sebut spagetti. Jadi dia sebut sepatah sepatah SPY GET T untuk spagetti. Yang penting kat rumah MMD, makan kena berulang2, jadi kena masak banyak.
Jemput makan!
As Salam
7 comments:
sedapnya dh la pagi tadi terlaps bf
khairul: jemput datang umah, nanti MMD boleh buat lagi..
sedapnya SPY GET T
cikguden: yg mana sepat,spy yg dapat T ke spagetti yg MMD masak tu...he he he, joke!
alamAKKKKK paiberet niiiii.... :)
shahblogger: MMD dah siapkan resepinya sekali, jom pakat buat ramai2.
Tea: main campak2 dan siap. macam main pondok2 je gitu.
Post a Comment