Tuesday, July 26, 2011

Macam-macam sentul

As Salam

Ada Jalan Sentul, ada filem Mat Sentul dan ada juga buah sentul.  Kat kampung MMD, ianya dipanggil buah sto...tak pasti pulak ejaannya macam mana. Lama betul tak nampak atau makan buah sentul ni. Rasa2nya masa MMD sekolah rendah je MMD sempat makan.  Lama betul tu.

Buah sentul ni boleh dimakan dengan cicah kicap (yg dicampur dengan gula & sedikit cili api)..ehmmm meleleh air liur ni.  Ada juga yg buat jeruk.  Boleh juga makan begitu saja...kulit  dalamnya sedikit kelat dan isinya rasa masam2 manis.

Pernah tengok tak buah sentul ni?  MMD pun dapat dari staff MMD baru2 ni.  Since buah ni dikira sebagai buah2an yg hampir pupus..jadi eloklah MMD buah satu entry khas untuknya.  he he he he.

Ini dia buah sentul.



As Salam.

3 comments:

khairul said...

blom penah try lagi ni

chiyaou said...

buah ni best...mkn time kecik2 dlu je..skrg ni mcm susah je nk jumpe..

My Mom's Diary said...

khairul/chiyaou: memang susah dah nak dpt sekarang ni jika di bandar2, mungkin kat kg2 masih boleh dijumpai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...