Selain dari mempersiapkan diri untuk menyambut Ramadhan tak sampai sebulan lagi, contohnya bagi perempuan, menggantikan puasa tahun lepas la. MMD selalunya start beli2 baju untuk anak2 lebih awal.
Banyak kebaikannya, diantaranya:
1. Tak perlu bersesak dengan lautan manusia di shopping2 complex.
2. Real discount offered. Kadang2 masa musim perayaan, ramai peniaga tipu discount, sengaja letak harga yg tinggi then letak pulak discount tinggi. Yang sebenarnya, harga selepas discount sama je masa musim bukan perayaan.
3. Boleh makan minum lepas shopping dengan family. Masa bulan puasa....ehmmm fikirlah sendiri ekk.
4. Banyak pilihan fesyen yg ada berbanding hanya tinggal yg baki2 je jika shopping last minutes. Jangan banding shopping kat butik2 la yea...
Itu antara yg ada dalam fikiran MMD. So, MMD singgah kat Jusco Bkt Raja last Saturday, kata my friend ada sale kat sana. Tapi...hampeh..discount untuk member adalah..15% gitu. MMD bukan member pun bcoz bukannya hari2 perlu gi shopping kat Jusco.
Tak de yg menarik perhatian MMD. Begitu juga dengan my hubby. So, we decided singgah kat The Store Klang. Macam biasalah, susah cari parking kat area situ except kena naik parking kat atas bangunan tu. Kalau musim perayaan, lagi nahas masuk kat situ. Sesak yang amat!!!
Antara pembelian MMD hari tu.
Untuk Lea. MMD boleh naik sawan pilih baju untuk Lea. Banyak pilihan dan harga pun reasonable. Rasa nak penuhkan 1 trolley je..nasib baik my hubby tahan2 kan..he he he he
Untuk Hazry.
Untuk Hakim.
Sebelum balik ke rumah, MMD singgah pulak ke Tesco Bukit Tinggi bcoz ada sales HP/camera. My helper dah nak balik to Indo for good next weekend after worked with me for 4 years. Dia pun nak beli HP and camera untuk bawa balik ke Dumai. Katanya, kat sana mahal. MMD pun beli juga HP CSL murah untuk ditinggalkan kat rumah pada Hakim, just in case of emergency. NO way Hakim boleh bawa ke sekolah.
Hari yang agak penat juga. Imagine jika bershopping masa bulan puasa. Sakit pinggang2. Balik rumah, terus pasang alat urutan Gintell. Ahhhh lega rasanya.
As Salam.
6 comments:
uhu ..memang betul laa kalau shopping awal ni lagi senang .. tak perlu pening kepala ..
tp baru2 ni dah 3x keluar shopping, dah tak jumpa baju yang berkenan di hati ..
iPai: baju yg cam mana cari tu?? MMD senang je...tak perlu brand name sangat, asalkan selesa dan harga yg kita mampu.
wah...awal nyer...hehehe :)
Saya pakai domain baru dan nak buat bloglist jom join
Segmen Mudah-Jom Join Bloglist Nizam Ijam
Nizam: awal lebih baik. tak pening kepala dan boleh adjust budget, itu yg penting.
perghh...pre shopping kak???byk nie..hihi
tiefazatie: ahakkkk. untuk budak2 kan? actually, untuk MMD, dah lama dah beli kain untuk tempah buat baju kurung. maknya lagi excited kih kih. yg penting dah book slot untuk tempah baju untuk dijahit oleh my younger sister kat Cheras. so, tak yah nak sibuk2 dengan tailor lain.
Post a Comment