Thursday, July 28, 2011

Jualan terhebat...30sen sebuah!

As Salam

Tempat yg biasa MMD bershopping barang2 keperluan dapur tentukan di Econsave yg terletak tak jauh dari rumah MMD.  Bukan saja dekat, semua orang tahu yg harga di Econsave sangat berpatutan walaupun ada sesetengah barang tu mahal juga harganya.  Tapi untuk keperluan dapur seperti barang2 basah, harganya OK.

Akhir-akhir ni, ES ada buat banyak juga barang lelong.  Yang MMD berkenan tengok dan terus grab dah tentu buku pre-school untuk Lea.  Harganya RM0.30 sebuah untuk buku yg bermuka surat antara 130-150 ms.  Rasa2 macam dapat percuma je.  Ambil 2 biji.  Lea pun baru 4 tahun tapi MMD suka beli buku untuknya.  MMD tak expect dia akan tahu semuanya tapi sekadar tengok gambar dan kenal huruf yg dia dah hafal tu adalah satu permulaan yg baik untuk budak2. 

Yang cukup MMD suka, betapa Lea hargainya buku2 yg MMD belikan untuknya, dia siap bawa kemana2 hinggakan bawak ke katil untuk tidur disebelahnya.



Melentur buluh biarlah dari rebungnya.  Tak gitu?

As Salam.

2 comments:

khairul said...

mmg murah sgt tu

My Mom's Diary said...

khairul: memang kedai harga patut!!! memang layak menang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...