Monday, April 10, 2017

Umrah 2017 - Ku dijentik dugaanMu

As Salam

Hasrat MMD untuk membawa my Mem Besar untuk menunaikan umrah tercetus selepas kembalinya MMD dan my beloved hubby dari umrah akhir tahun 2015 lagi.

Selepas diambil kira duit simpanan dan juga komitmen kerja, maka MMD setkan di minda untuk mengunjungi lagi Tanah Haram.  Rancangan ini hanya my beloved hubby je yang tahu.  Selepas MMD balik dari Ho Chi Minh barulah MMD war-warkan pada my Mem Besar. Gembira tak terkira wajah Mem Besar.

Berkat doa dan niat yang baik, Alhamdulillah,  MMD sempat menyimpan duit dan sekali lagi mengambil pakej dengan Andalusia Travel.  MMD malas nak fikir banyak2 untuk bandingkan dengan travel agen yang lain.  Yang penting, hasrat untuk ke Tanah Haram harus tercapai bersama2 dengan Mem Besar.

Bulan Ogos, MMD terus membuat booking untuk 2 orang dengan Andalusia dan membuat bayaran akhir serta segala dokumen diserahkan pada Disember 2016.  Kali ini MMD tak perlu membuat suntikan umrah lagi kerana suntikan dan kad yang tahun 2015 masih lagi sah.

Balik dari Singapore pada Dis 2016, MMD sempat mengikuti 2 kali kursus umrah di pejabat Andalusia di Shah Alam. My Mem Besar mengikuti kursus umrah di Terengganu. Kali ini MMD membeli pakej dengan penerbangan sewa khas MAS iaitu RM5590 seorang selepas ditolak diskaun RM100 jika tempahan dibuat sebelum 31 Ogos 2016,

MMD menerima 2 kali pertukaran tarikh dan masa  penerbangan dari pihak Andalusia.  Itu tidak menjadi masalah bagi MMD kerana samada tarikh 28 atau 29 Jan 2017 adalah hari cuti.  Kebetulan cuti Tahun Baru Cina.

Pada hari Jumaat 27 Jan 2017, MMD masih lagi bekerja dan dapat balik awal kerana pihak syarikat MMD memberi pelepasan bagi memberi peluang kepada staff2 untuk merayakan Tahun Baru Cina.

Kebetulan my Mem Besar dah pun sampai pada hari Khamis lagi bersama2 dengan adik bungsu MMD sekeluarga. Petang Jumaatnya, muncul adik MMD iaitu La sekeluarga dan agak lewat petang muncul pulak adik MMD yang seorang lagi iaitu Adik Yus sekeluarga.  Gegak gempita rumah MMD malam tu sambil makan2 beramai2 dan sempat lagi menyusun dan menyimpan pakaian my Mem Besar.  Nasib baik my Mem Besar masak lauk lebih sikit pada hari tu.  Tak sangka pulak ramai yang muncul tiba2.

Dugaan pertama MMD hadapi dengan tenang.  Apa yang terjadi?  Hampir waktu Maghrib, MMD didatangi dengan keuzuran yang akhirnya muncul walau sudah lewat 3 hari jika dibandingkan dengan bulan sebelumnya.

MMD selalu berdoa agar Allah datangkan keuzuran sebelum MMD berangkat atau lewatkannya.  Hanya Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk umatnya.  MMD redho dan pasrah kerana itu memang yang dijangka akan berlaku.  Hanya sedikit kerisauan tentang my Mem Besar dengan siapa MMD akan minta bantuan untuk menjadi teman masa mengerjakan ibadah umrah nanti.

Berita itu MMD sampaikan pada my Mem Besar dan MMD diminta agar jangan sesekali lupa untuk terus berdoa agar dipermudahkan urusan nanti di Tanah Haram.

Hari yang dinanti pun tiba.  Tarikh 28 Jan 2017 adalah tarikh yang ditetapkan bagi MMD untuk berada di airport.  Ikut perancangan awal, pukul 11 pagi MMD sepatutnya sudah berada di airport bagi penerbangan pukul 2ptg.

Kali ini my beloved hubby dan Lea saja yang menghantar MMD dan my Mem Besar.  Bila diberitahu yang flight delay, kami sempat lagi pergi bersarapan dulu dan berehat sementara menunggu taklimat ringkas. Petugas Andalusia ada memaklumkan yang penerbangan ditunda hingga pukul 4 ptg.  Kami pasrah saja.

 
 

Sempat lagi tengok train to Busan.  Bukan cerita TV tu.  Lea suka tengok train dari main building untuk ke persinggahan terakhir tu.  Tu yang dia kata, kat depan tu Busan tau.



Masa taklimat tu, kami diberitahu yang penerbangan kami tertangguh lagi hingga ke 4pagi keesokan harinya.  Jemaah akan dibawa oleh bas yang disewa khas oleh pihak MAS untuk menginap satu malam di Blue Wave Hotel di Shah Alam.  Jemaah juga diberi pilihan samada untuk balik ke rumah masing2 atau tinggal di hotel. Dugaan lagi.

Selepas berbincang dengan my Mem Besar, kami pilih untuk tinggal di hotel saja.  Agak lama juga menunggu giliran bas dan akhirnya kami sampai di hotel.  My beloved hubby dan Lea mengikuti dengan kereta.


Selepas urusan check in dan my Mem Besar solat di hotel selesai, kami turun semula untuk bertemu semula dengan my beloved hubby dan pergi mengisi perut dahulu.  Hujan agak lebat masa makan di Sek 2 Shah Alam, tak jauh pun dari hotel.  Kemudian, my beloved hubby hantar MMD serta Mem Besar ke hotel.  Berpisahlah kami buat seketika.

Teman sebilik kami ialah Yani.  Jadi kami bertiga pada malam tu.  Selepas sesi berkenalan, rupa2nya Yani ni orang Dungun dan juga bekas pramugari MAS.  Maka keluarlah loghat2 Terengganu.  huhuhu.

Selepas Maghrib, kami bertiga turun untuk makan malam di cafe hotel.  Alhamdulillah, banyak juga makanan untuk dipilih.  Balik semula ke bilik dan berborak2 sebentar.  Rasa nak tidur tapi rasa macam tak berapa nak lena sebab pukul 12 mlm nanti kena berkumpul semula di lobi hotel untuk berangkat ke airport.

Pukul 11 mlm, kami bersiap2  dan turun ke lobi.  Kebetulan sudah ada bas yang sedang menunggu.  Tanpa membazir waktu, kami bertiga terus naik dan bertolak ke airport.

MMD sempat join Yani di VIP Lounge untuk berehat sebelum turun balik untuk naik flight.



Akhirnya pada 29 Jan 2017, kami menaiki pesawat MAS akan membawa kami terus ke Madinah.


Makanan pertama kami di dalam flight.



 Makanan kedua di dalam flight. Kenyang sangat2.





Alhamdulillah, perjalanan kami selamat.

Doa dan keredhoan adalah kunci segala2nya.

Okay.  Jumpa lagi di lain entry.

Saturday, March 18, 2017

Bekam dan roti bom

As Salam

Ni cerita my beloved hubby berbekam.  Orang yang menyediakan perkhidmatan berbekam ni bukannya orang lain pun.  Anak saudara my beloved hubby je pun.  Panggil je, terus datang rumah.  Senang.  Isterinya orang Sarawak dan buat jualan kek2 lapis Sarawak.  Memang sedap dan fresh from over gitu.

Walaupun dah beberapa kali my beloved hubby ajak berbekam sekali.  MMD tak berapa berani lagi walaupun memang tahu kebaikan berbekam ni.  Untuk wanita, sudah tentu akan dibuat oleh wanita juga.

 

Ada cup yang besar dan kecil.  Harganya pun berbeza2.  Untuk keterangan dan nak mendapatkan khidmat berbekam, boleh je hubungi Faizal 012-328 4991.

Roti canai segera ni MMD beli dari teman di taman perumahan MMD.   Lea tak panggil roti canai tapi roti bom sebab ianya bulat, kecil dan tebal.  Kalau roti canai, ianya nipis.

Hanya panaskan sekejap dan dah boleh dimakan.  Sedap pulak tu makan bersama dengan sambal ikan bilis pedas manis. Sambal bilis yang MMD buat ni memang mendapat sambutan hangat dari adik2 dan juga adik2 ipar MMD.  Makan dengan roti biasa atau dengan nasi panas2 pun sedap.

Adik2 MMD siap suruh MMD buat banyak2 dan pekkan untuk jualan.  Ehmmmm....idea yang bagus tapi rasanya belum lagi kot.   MMD ni bukannya pandai sangat bab masak memasak ni.  Kadang2 buat masakan yang sama, tak menjadi pun untuk kali kedua.

Resepi asalnya MMD belajar dari adik my beloved hubby.  Resepi turun temurun dari arwah ibunya.

 

Okay.  Selamat menjamu selera.

Opsss.  cerita berbekam masuk sekali cerita pasal makan....Ada yang mual ke?  Maaf ye.


Friday, March 17, 2017

Bustel Melaka

As Salam

Wahhhhh. Segar pagi ni bangun dari rumah yang tiada bertuan.  Kih Kih Kih.  Selepas sarapan, rancangan kami adalah untuk meronda2 bahagian pantai Melaka je sebelum bertolak balik ke Port Klang.  Kalau dapat minum coconut shake pun bagus juga.



Ok, Jom jelajah santai2 je.

Tempat pertama singgah ialah di Jabatan Laut Melaka.  Nyaman jer udara di sini.  Ada beberapa orang sedang memancing.  Okay, kita posing2 dulu sebelum beredar.

 



Tempat kedua yang dicari ialah Pantai Klebang.  Dua kali pusing jalan yang sama dan belok ke kiri hinggalah jalan mati di laluan tepi pantai.  Rupanya kena belok ke kanan barulah jumpa tempat yang dicari. Bukan main tersohor Pantai Klebang di Melaka, tiba2 hilang dari radar @ papantanda tiba2 tiada.  Bukan salah orang Melaka tapi salah MMD yang selalu tersasar jalan.

Agaknya masih awal lagi.  Gerai2 pun tak ada yang buka.  Harapan untuk pekena coconut shake terpadam.

Kat sini, tarikan terbaru adalah Bustel.  Hotel yang dibuat di atas bas2 yang tidak lagi beroperasi.  Kreatif.  Lain kali kalau ke Melaka, boleh cuba check in kat sini pulak.  Rasa macam mana pengalaman tidur di atas bas.




Pantai Klebang pun dah hampir sama dengan Pantai Batu Buruk di Terengganu.  Dah ditambak pantainya dan menjadi landai.  Seronok budak2 berlari2 dengan kawasan pasir yang halus dan luas.




Lea...jom posing sikit !!!.  Hazry dan my beloved hubby duduk di kereta saja.  Susah juga untuk menolak wheelchair Hazry di atas pasir pantai.  Dok relax2 dalam kereta dengan aircond lagi best....

Sebelum bergerak, MMD nak pekena nasi dengan asam pedas Melaka yang femes amos tu.  Kat sini macam2 jenis masakan asam pedas begitu juga dengan masak lemak cili api.





Sambil2 makan, berborak dengan tuan kedai.  Katanya sekarang ada pesta durian.  Dekat je dari sini.  Okay.  Bolehlah kami singgah nanti.  Dengar dari katanya dekat jer....

Dah kenyang makan, begitu juga dengan Hazry yang makan bubur nasi ayam, kami bergerak ke arah yang dicadangkan.  Biasanya kalau nak balik ke KL, MMD biasanya lalu ikut jalan ke Perigi Hang Tuah.  Kali ni, bertentangan arah pulak.

Tempat yang dikatakan tu tak nampak2 lagi.  Ohhhhh.  Jauhnya.  My beloved hubby kata, kalau tak jumpa juga, kita carilah laluan untuk balik ke KL je.  Jauhlah juga tempat tu....Akhirnya sampai juga tempat yang di cari.  Nama tempatnya ialah Melaka Tropical Fruit Farm yang terletak di Sungai Udang, Melaka.



Memang ada banyak gerai yang menjual buah2 durian.   Boleh makan terus atau bawa balik.  Anak2 pokok semaian juga banyak di jual.  MMD beli baja jer.  Sikit punya jauh merantau, beli baja jer?  Ketawa besar my beloved hubby.

Sedap juga putu bamboo perasa durian yang MMD beli kat sini.


Dah sampai hajat di hati, jom kita balik Port Klang.

Sekian.  Jumpa lagi di lain siaran.

Thursday, March 16, 2017

Berubat secara batin di Melaka

As Salam

Yeyyyyy.   Hari ini ada mood selak2 gambar2 lama.  Taklah lama sangat, beberapa bulan lepas je.

Nak dijadikan cerita, MMD dapat berita dari BIL MMD yang berada di Cheras tentang ada orang yang boleh sembuhkan pelbagai jenis penyakit termasuk patah tulang, lumpuh dan sebagainya.

Sudah tentu kita yang beragama Islam ni wajib percaya yang hanya Allah yang memberi penyakit dan hanya padaNya lah kita memohon disembuhkan dari penyakit.  Sekurang2nya kita mencari ikhtiar juga.

Maka, bergeraklah ke MMD sekeluarga ke Melaka dengan harapan dapat mencari bantuan untuk sembuhkan Hazry yang boleh dikatakan lumpuh separuh badannya.

Nak kata jauh sangat tempatnya tidaklah juga.  Sebabnya kami yang sentiasa tersasar jalan dan akhirnya sampailah ke tempat tujuannya.  Rpanya jalan terdekat adalah melalui Rumah Melaka jer.

Mak aiiiiiii.  Ramainya manusia tengah menunggu giliran untuk mendapat rawatan dan siap kena ambil nombor giliran lagi.  Malangnya nombor giliran untuk hari tersebut dah pun habis walaupun dah 200 ++ nbr sudah disediakan.

Bayangkan berapa lama lagi nak menunggu untuk mendapat rawatan.  Selepas berbincang dengan pembantu di situ, mereka suruh datang juga waktu malam.   Harap2 dapatlah mencelah kat mana2 untuk mendapat masa untuk dirawat.

Petang tu pun dah agak lewat dan kami bergerak ke rumah adik MMD yang tinggal di Taman Mas.  Memang dah tak jauh sangat pun.  Masuk rumah yang tak ada pemiliknya.  Buat macam rumah sendiri sebab adik MMD sekeluarga telahpun berangkat ke Pantai Timur bersama2 dengan ahli keluarga sebelah husbandnya.

Lepas Maghrib dan rehat sebentar, kami keluar semula untuk makan malam di restoran berdekatan.


Tak ada orang lagi masa MMD sampai.  Cepat je dapat makan. Siap makan semua, kami pun bergerak semula ke tempat rawatan dan masih ramai lagi orang yang menunggu untuk di rawat.

Ini salah seorang yang sedang mendapatkan rawatan.


Dapatlah MMD tengok seorang pakcik ni yang datang bertongkat.  Lepas di rawat dengan secara pegang, urut, tarik, sorong, henyak, elok je dia bangun dan berjalan tanpa tongkatnya lagi.   Sesiapa yang berhajat untuk mencuba, boleh jer hubungi pembantunya, Cikgu Latif 013-661 1847.

MMD letak Hazry bersama2 dengan pesakit yang berkerusi roda juga di bahagian luar rumah.   Akhirnya sampailah giliran sorang makcik ni untuk dirawat dan MMD ambil kesempatan untuk minta di tengok2 Hazry sekaligus.

Hazry di gosok2 di tangan dan kakinya dan katanya perlu datang beberapa kali lagi atau minum air rebusan daun2 herba terpilih dan beliau akan rawat secara batin dari jauh.

Ehmmmmmmm.... bak dengar secara batin ni....my beloved hubby macam tak berapa yakin sikit. Okaylah, setakat tu je la rawatan yang Hazry dapat selepas menunggu hingga hampir 1 pagi.

Balik semula ke rumah adik MMD dan tidur dengan nyenyaknya walaupun tanpa tuan rumahnya.  hahahaha.

Sekian.  Jumpa lagi.




Wednesday, March 15, 2017

Jom Mengaji

As Salam

Mulai awal tahun ini MMD dah masukkan/daftarkan Lea untuk mengaji dengan Ustaz Aiman yang datang mengajar 4 kali seminggu di Surau As Sadijin di taman perumahaan MMD.  Ustaz Aiman adalah tenaga pengajar di sekolah tahfiz Al Munirah, Johan Setia, Klang.

Di sekolah agamanya pun MMD masukkan juga Lea mengaji dengan guru kelasnya selepas waktu belajar.

Bukannya MMD tak boleh ajar Lea.  Tapi tu lahhh.  Bila anak2 ni belajar dengan ibu sendiri, bukan main banyak alasan, nak minum lah, nak ke tandas lah.  Last2, mengaji dengan orang lain, elok pulak disiplinnya.  Rasanya ramai yang menghadapi masalah yang sama dengan MMD kan?

Ni masa hari pertama join kelas mengaji Ustaz Aiman.  Macam mak datin nak pergi mengaji jer!!!


Ada lebih kurang 20 anak2 yang mengaji di surau.  Dibahagikan kepada 2 kumpulan mengikut tahap bacaan masing2.  Bermula dari 9.20mlm hingga 11.20mlm pada setiap hari Jumaat. Ustaz pun ada buat grup dengan ibubapa untuk update tahap bacaan anak2 masing2 dan juga jika sudah selesai mengaji untuk datang menjemput anak masing2.






Untuk Lea, MMD minta ustaz tunjuk ajar dari surah pertama di buku Mukaddamnya.

Semoga Lea akan terus lancar dalam bacaan al Qurannya.

Sekian. 


Tuesday, March 14, 2017

Rumah biskut di The Puteri Pacific, Johor Bahru (13/12/16)

As Salam

Nyenyak betul tidur di sini.  Nasib baik azan dari masjid yang betul2 di hadapan hotel mengejutkan kami sekeluarga untuk solat subuh.

Bersarapan pagi di cafe hotel.  Banyak makanan untuk dipilih.  Lea pun bangun dan ikut serta untuk bersarapan kerana nak berenang di pool selepas sarapan, katanya.  Hazry macam biasa akan tetap bangun awal pagi lebih kurang 6pagi.  Kalau kat rumah, pukul 5.30pagi biasanya dah ketuk pintu biliknya minta untuk dibuka.


 Perhatikan tempat ni.  Semuanya dari biskut dan aising sempena Hari Krismas yang akan tiba.  Rasa nak makan pun ada.  Huhuhuhu.






Lea siap dengan pakaian renang di dalam blousenya.



Lepas makan, kami beredar ke pool.  Tengok Lea mandi2 sebentar.  Tiba2 MMD rasa tak sedap badan, sakit bahagian belakang badan dan senak di ulu hati.  Rasa macam lenguh2 pun ada.  MMD pun bawa Hazry naik ke bilik, pasang TV untuk Hazry tengok, MMD telan 2 biji panadol untuk tidur sebentar.

Sebelum tu, MMD dah inform kat reception yang MMD minta untuk check-out lewat sikit.

Dapatlah MMD tidur dalam 1-2jam dan Alhamdulillah, hilang rasa sakit2 badan. Nak kata suspect gastrik, baru je lepas makan.  Nak buat macam mana.... sakit datang tanpa diundang.


Bertolak balik ke Port Klang dengan selamat dan keesokkan harinya mulalah sibuk kembali dengan tugasan2 pejabat seperti biasa.

Sekian.  Tamat sudah cerita Singapore/Johor Bahru.  Cerita lain akan menyusul nanti.  Bila?  Entahlah...harapnya MMD dapat luangkan sedikit masa untuk mengemaskini blog ni.

As Salam.


Monday, March 13, 2017

Tanjung Piai - The southern most tip of mainland Asia - (12/12/2016) - part 2

As  Salam.

Selepas berehat sebentar dan bagi Hazry makan di bilik.  Perut belum rasa lapar lagi.  Jadi MMD pun ajak my beloved hubby untuk pusing2 dulu bandar Johor.  Asalnya nak ke Danga Bay, nak tengok kalau2 ada event yang menarik di sana.  Danga Bay pun tak jauh mana dari hotel.

Malangnya, tak nampak apa2 event pada waktu siang hari.  Jadi dalam melilau mata menengok signage jalan, tiba2 ternampak arah ke Tanjung Piai.  Tiba2 juga MMD terus buat keputusan untuk ke sana.  Kalau diikutkan perancangan, Tanjung Piai adalah destinasi yang akan MMD kunjungi pada keesokan harinya.

Dah alang2 tu, terus je ikut signage dan bercampur sikit dengan terlepas jalan, maka dalam pukul 5ptg akhirnya kami sampai di Tanjung Piai yang berhampiran dengan resort di situ.  Posing dulu kat sini dengan Lea saja.  Masih panas terik walaupun dah pukul 5ptg.

 
 


Lea ketakutan bila tengok banyak monyet dan ada yang siap berjalan di atas talian letrik.

Kami pun bergerak untuk menuju ke tempat yang dicari-cari iaitu Taman Negara Johor Tanjung Piai.  Ada bayaran yang dikenakan tapi MMD dah lupa.  Untuk sijil, MMD bayar RM5.00 atas nama Lea sebagai bukti kehadiran di Tanjung Piai, antara penghujung tanjung di benua Asia.


Kami menuju ke pelantar pemerhati dan menghirup udara segar yang sungguh nyaman.

 
 

 Di sinilah sebenarnya penghujung benua. Tempat yang ada pelantar tu.  MMD tak berani nak ke sana lagipun waktu tu dah agak lewat dan sudah tentu akan balik dalam kegelapan melalui pokok2 bakau.  MMD banyak habiskan masa di pelantar memancing je.



 Antara pemandangan indah di Tanjung Piai.

 

Balik dari Tanjung Piai dan sampai area hotel pun dah malam.  Malas nak pusing2 lagi untuk cari tempat makan.  Nasib baik betul2 di depan hotel ada kedai makan masakan kampung.  Banyak pilihan menunya.  Harga pun tak mahal mana.  Sempat pulak MMD beli/bungkus 2 paket wajik.  Kenal tak makanan wajik ni?  Sila tanya En. Google.  Orang Pantai Timur harus kenal.

Dah penat sangat2.  Tak lalu nak meronda bandar JB lagi.  Tidur dan rehatkan badan.

Sekian.  Jumpa lagi di lain entry.


Friday, March 10, 2017

Singapore yang ku rindui, Malaysia yang ku cintai - Day 4 (12/12/16) - part 1

As Salam

Hari ni adalah hari terakhir MMD sekeluarga berada di Singapore.  Selepas sarapan pagi, MMD naik semula ke bilik sambil tengok2 apa2 lagi yang tertinggal sebelum final packing.  Lea masih nyenyak tidur.  Tak nak bangun katanya.  My beloved hubby sempat lagi tidur semula.  Rancangnya nak check out dalam pukul 11-12tgh agar tidak tersangkut dalam jem masa nak seberang balik ke Johor.

Dah selesai check-out dan ambil deposit semula, MMD pun bergerak ke stesen teksi dengan berjalan kaki saja.  Tak jauh mana pun.  Kebiasaannya, menurut kata pemandu teksi, teksi akan tunggu giliran.  Nasib baik tak ada teksi lain yang nak menunggu, memang rezekinya yang baru saja sampai terus dapat penumpang iaitu MMD sekeluarga.  Kalau tak silap MMD, sewanya SGD60 untuk sebuah teksi.

Dalam perjalanan, kami pun tetap tersangkut dalam jem tapi nasib baik tak begitu lama.  Kami dihantar ke stesen teksi dan pemandu hantar MMD betul2 di belakang kereta MMD dan bukannya di tempat parking teksi.  Terima kasih padanya kerana prihatin dengan kehadiran Hazry yang berkerusi roda.

My beloved hubby pun terus pandu kereta ke The Puteri Pacific Hotel, Johor Bahru untuk check-in.  Masih lagi sambung bercuti.  Urusan check-in sangat cepat.  Kereta pun diarahkan untuk parking di tepi bangunan hotel saja dan bukannya di parking lot biasa.  Macam biasalah...MMD gunakan kad OKU Hazry.  Dalam bab-bab beratur dan berparking kereta, MMD sekeluarga memang menumpang kelebihan yang diberikan kepada Hazry.

Hotel ni MMD book melalui Traveloka.com.  Agak murah berbanding dengan website yang lain. Biliknya cukup besar dan selesa untuk kami berempat.


 

Okay.  Berehat sebentar dan fikirkan apa program selanjutnya.

Sekian.  Jumpa lagi di lain entry.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...