Monday, April 10, 2017

Umrah 2017 - Ku dijentik dugaanMu

As Salam

Hasrat MMD untuk membawa my Mem Besar untuk menunaikan umrah tercetus selepas kembalinya MMD dan my beloved hubby dari umrah akhir tahun 2015 lagi.

Selepas diambil kira duit simpanan dan juga komitmen kerja, maka MMD setkan di minda untuk mengunjungi lagi Tanah Haram.  Rancangan ini hanya my beloved hubby je yang tahu.  Selepas MMD balik dari Ho Chi Minh barulah MMD war-warkan pada my Mem Besar. Gembira tak terkira wajah Mem Besar.

Berkat doa dan niat yang baik, Alhamdulillah,  MMD sempat menyimpan duit dan sekali lagi mengambil pakej dengan Andalusia Travel.  MMD malas nak fikir banyak2 untuk bandingkan dengan travel agen yang lain.  Yang penting, hasrat untuk ke Tanah Haram harus tercapai bersama2 dengan Mem Besar.

Bulan Ogos, MMD terus membuat booking untuk 2 orang dengan Andalusia dan membuat bayaran akhir serta segala dokumen diserahkan pada Disember 2016.  Kali ini MMD tak perlu membuat suntikan umrah lagi kerana suntikan dan kad yang tahun 2015 masih lagi sah.

Balik dari Singapore pada Dis 2016, MMD sempat mengikuti 2 kali kursus umrah di pejabat Andalusia di Shah Alam. My Mem Besar mengikuti kursus umrah di Terengganu. Kali ini MMD membeli pakej dengan penerbangan sewa khas MAS iaitu RM5590 seorang selepas ditolak diskaun RM100 jika tempahan dibuat sebelum 31 Ogos 2016,

MMD menerima 2 kali pertukaran tarikh dan masa  penerbangan dari pihak Andalusia.  Itu tidak menjadi masalah bagi MMD kerana samada tarikh 28 atau 29 Jan 2017 adalah hari cuti.  Kebetulan cuti Tahun Baru Cina.

Pada hari Jumaat 27 Jan 2017, MMD masih lagi bekerja dan dapat balik awal kerana pihak syarikat MMD memberi pelepasan bagi memberi peluang kepada staff2 untuk merayakan Tahun Baru Cina.

Kebetulan my Mem Besar dah pun sampai pada hari Khamis lagi bersama2 dengan adik bungsu MMD sekeluarga. Petang Jumaatnya, muncul adik MMD iaitu La sekeluarga dan agak lewat petang muncul pulak adik MMD yang seorang lagi iaitu Adik Yus sekeluarga.  Gegak gempita rumah MMD malam tu sambil makan2 beramai2 dan sempat lagi menyusun dan menyimpan pakaian my Mem Besar.  Nasib baik my Mem Besar masak lauk lebih sikit pada hari tu.  Tak sangka pulak ramai yang muncul tiba2.

Dugaan pertama MMD hadapi dengan tenang.  Apa yang terjadi?  Hampir waktu Maghrib, MMD didatangi dengan keuzuran yang akhirnya muncul walau sudah lewat 3 hari jika dibandingkan dengan bulan sebelumnya.

MMD selalu berdoa agar Allah datangkan keuzuran sebelum MMD berangkat atau lewatkannya.  Hanya Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk umatnya.  MMD redho dan pasrah kerana itu memang yang dijangka akan berlaku.  Hanya sedikit kerisauan tentang my Mem Besar dengan siapa MMD akan minta bantuan untuk menjadi teman masa mengerjakan ibadah umrah nanti.

Berita itu MMD sampaikan pada my Mem Besar dan MMD diminta agar jangan sesekali lupa untuk terus berdoa agar dipermudahkan urusan nanti di Tanah Haram.

Hari yang dinanti pun tiba.  Tarikh 28 Jan 2017 adalah tarikh yang ditetapkan bagi MMD untuk berada di airport.  Ikut perancangan awal, pukul 11 pagi MMD sepatutnya sudah berada di airport bagi penerbangan pukul 2ptg.

Kali ini my beloved hubby dan Lea saja yang menghantar MMD dan my Mem Besar.  Bila diberitahu yang flight delay, kami sempat lagi pergi bersarapan dulu dan berehat sementara menunggu taklimat ringkas. Petugas Andalusia ada memaklumkan yang penerbangan ditunda hingga pukul 4 ptg.  Kami pasrah saja.

 
 

Sempat lagi tengok train to Busan.  Bukan cerita TV tu.  Lea suka tengok train dari main building untuk ke persinggahan terakhir tu.  Tu yang dia kata, kat depan tu Busan tau.



Masa taklimat tu, kami diberitahu yang penerbangan kami tertangguh lagi hingga ke 4pagi keesokan harinya.  Jemaah akan dibawa oleh bas yang disewa khas oleh pihak MAS untuk menginap satu malam di Blue Wave Hotel di Shah Alam.  Jemaah juga diberi pilihan samada untuk balik ke rumah masing2 atau tinggal di hotel. Dugaan lagi.

Selepas berbincang dengan my Mem Besar, kami pilih untuk tinggal di hotel saja.  Agak lama juga menunggu giliran bas dan akhirnya kami sampai di hotel.  My beloved hubby dan Lea mengikuti dengan kereta.


Selepas urusan check in dan my Mem Besar solat di hotel selesai, kami turun semula untuk bertemu semula dengan my beloved hubby dan pergi mengisi perut dahulu.  Hujan agak lebat masa makan di Sek 2 Shah Alam, tak jauh pun dari hotel.  Kemudian, my beloved hubby hantar MMD serta Mem Besar ke hotel.  Berpisahlah kami buat seketika.

Teman sebilik kami ialah Yani.  Jadi kami bertiga pada malam tu.  Selepas sesi berkenalan, rupa2nya Yani ni orang Dungun dan juga bekas pramugari MAS.  Maka keluarlah loghat2 Terengganu.  huhuhu.

Selepas Maghrib, kami bertiga turun untuk makan malam di cafe hotel.  Alhamdulillah, banyak juga makanan untuk dipilih.  Balik semula ke bilik dan berborak2 sebentar.  Rasa nak tidur tapi rasa macam tak berapa nak lena sebab pukul 12 mlm nanti kena berkumpul semula di lobi hotel untuk berangkat ke airport.

Pukul 11 mlm, kami bersiap2  dan turun ke lobi.  Kebetulan sudah ada bas yang sedang menunggu.  Tanpa membazir waktu, kami bertiga terus naik dan bertolak ke airport.

MMD sempat join Yani di VIP Lounge untuk berehat sebelum turun balik untuk naik flight.



Akhirnya pada 29 Jan 2017, kami menaiki pesawat MAS akan membawa kami terus ke Madinah.


Makanan pertama kami di dalam flight.



 Makanan kedua di dalam flight. Kenyang sangat2.





Alhamdulillah, perjalanan kami selamat.

Doa dan keredhoan adalah kunci segala2nya.

Okay.  Jumpa lagi di lain entry.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...