As Salam.
Selepas berehat sebentar dan bagi Hazry makan di bilik. Perut belum rasa lapar lagi. Jadi MMD pun ajak my beloved hubby untuk pusing2 dulu bandar Johor. Asalnya nak ke Danga Bay, nak tengok kalau2 ada event yang menarik di sana. Danga Bay pun tak jauh mana dari hotel.
Malangnya, tak nampak apa2 event pada waktu siang hari. Jadi dalam melilau mata menengok signage jalan, tiba2 ternampak arah ke Tanjung Piai. Tiba2 juga MMD terus buat keputusan untuk ke sana. Kalau diikutkan perancangan, Tanjung Piai adalah destinasi yang akan MMD kunjungi pada keesokan harinya.
Dah alang2 tu, terus je ikut signage dan bercampur sikit dengan terlepas jalan, maka dalam pukul 5ptg akhirnya kami sampai di Tanjung Piai yang berhampiran dengan resort di situ. Posing dulu kat sini dengan Lea saja. Masih panas terik walaupun dah pukul 5ptg.
Lea ketakutan bila tengok banyak monyet dan ada yang siap berjalan di atas talian letrik.
Kami pun bergerak untuk menuju ke tempat yang dicari-cari iaitu Taman Negara Johor Tanjung Piai. Ada bayaran yang dikenakan tapi MMD dah lupa. Untuk sijil, MMD bayar RM5.00 atas nama Lea sebagai bukti kehadiran di Tanjung Piai, antara penghujung tanjung di benua Asia.
Kami menuju ke pelantar pemerhati dan menghirup udara segar yang sungguh nyaman.
Di sinilah sebenarnya penghujung benua. Tempat yang ada pelantar tu. MMD tak berani nak ke sana lagipun waktu tu dah agak lewat dan sudah tentu akan balik dalam kegelapan melalui pokok2 bakau. MMD banyak habiskan masa di pelantar memancing je.
Antara pemandangan indah di Tanjung Piai.
Balik dari Tanjung Piai dan sampai area hotel pun dah malam. Malas nak pusing2 lagi untuk cari tempat makan. Nasib baik betul2 di depan hotel ada kedai makan masakan kampung. Banyak pilihan menunya. Harga pun tak mahal mana. Sempat pulak MMD beli/bungkus 2 paket wajik. Kenal tak makanan wajik ni? Sila tanya En. Google. Orang Pantai Timur harus kenal.
Dah penat sangat2. Tak lalu nak meronda bandar JB lagi. Tidur dan rehatkan badan.
Sekian. Jumpa lagi di lain entry.
Selepas berehat sebentar dan bagi Hazry makan di bilik. Perut belum rasa lapar lagi. Jadi MMD pun ajak my beloved hubby untuk pusing2 dulu bandar Johor. Asalnya nak ke Danga Bay, nak tengok kalau2 ada event yang menarik di sana. Danga Bay pun tak jauh mana dari hotel.
Malangnya, tak nampak apa2 event pada waktu siang hari. Jadi dalam melilau mata menengok signage jalan, tiba2 ternampak arah ke Tanjung Piai. Tiba2 juga MMD terus buat keputusan untuk ke sana. Kalau diikutkan perancangan, Tanjung Piai adalah destinasi yang akan MMD kunjungi pada keesokan harinya.
Dah alang2 tu, terus je ikut signage dan bercampur sikit dengan terlepas jalan, maka dalam pukul 5ptg akhirnya kami sampai di Tanjung Piai yang berhampiran dengan resort di situ. Posing dulu kat sini dengan Lea saja. Masih panas terik walaupun dah pukul 5ptg.
Lea ketakutan bila tengok banyak monyet dan ada yang siap berjalan di atas talian letrik.
Kami pun bergerak untuk menuju ke tempat yang dicari-cari iaitu Taman Negara Johor Tanjung Piai. Ada bayaran yang dikenakan tapi MMD dah lupa. Untuk sijil, MMD bayar RM5.00 atas nama Lea sebagai bukti kehadiran di Tanjung Piai, antara penghujung tanjung di benua Asia.
Kami menuju ke pelantar pemerhati dan menghirup udara segar yang sungguh nyaman.
Dah penat sangat2. Tak lalu nak meronda bandar JB lagi. Tidur dan rehatkan badan.
Sekian. Jumpa lagi di lain entry.
No comments:
Post a Comment