Sunday, December 11, 2011

Sup torpedo

As salam.

Gambar ni dah lama ambil masa hari raya korban tempoh hari. Tahun ni gotong royong korban hanya dilakukan oleh orang2 lelaki je kat taman tempat MMD ni. Lagipun, tak banyak lembu yg terkorban kali ni berbanding dengan tahun lepas.

Malamnya ada jamuan makan2 dengan menu nasi putih, gulai daging dan yang paling istimewa sudah tentu supnya.  Sup torpedo.



My beloved hubby siap serahkan 2 ketul / mangkuk sup torpedo untuk MMD.  Dengan strawnya sekali.  Ehmmmm, sedap yang amat lebih2 lagi daging baru dan manis rasanya.

Kebetulan masa jamuan tu, ramai juga yg tak dapat hadir.  Lagipun, cuti panjang dan ramai yg balik kampung masing2.  Jadi adalah juga baki yg MMD dapat bawa balik ke rumah. Sebat lagi......

Makan jangan tak makan, jangan darah tinggi naik sudah.  Pesan my hubby.

As Salam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...