As Salam
Selepas selesai urusan di jeti Kuala Kedah lebih kurang 3:30pm, kami semua dengan 3 kereta berkonvoi untuk balik. Sebelum tu, singgah isi perut dulu di Restoran Sri Batrisya tak jauh dari laluan untuk memasuki highway dari Kuala Kedah.
Banyak pilihan makanan kat situ dan harganya pun boleh tahan. Sorry, lupa nak ambil gambar..lapar punya pasal!
Dalam perjalanan balik, tiba2 BIL buat program mengejut! Jom singgah ke Taiping! MMD OK je.
Apa yg femes dengan Taiping? Sudah tentu dengan Lake Gardennya yg cantik serta Zoonya. Tiba2 ada program mengejut lagi. Why not kita singgah makan di kedai Mak Teh Mee Udang banjir? Wahhhhhhh.... MMD OK lagi.
Persinggahan pertama di Zoo Taiping. Bincang punya bincang, jika nak masuk Night Safari, mesti kita akan terlepas untuk merasa Mee Udang banjir yg tutup pada pukul 9mlm.
Sementara yg lain berbincang, MMD bawa Lea ke dalam. Rancangnya nak bergambar dulu dengan replika binatang kat situ. Apa jadi???? Lea dengan kuatnya menjerit dan menarik tangan MMD bila dia nampak buaya batu kat situ. Tak sempat nak bergambar pun . Siap menggigil2 dan berpeluh2 dengan serta merta.
Bila MMD keluar, memang sah tak boleh nak join the Night Safari ni. Melepas la...Lea..Lea....So, nasib baik ada back-up plan untuk makan mee udang Mak Teh.
Bersambung lagi....
As Salam.
No comments:
Post a Comment