Saturday, December 10, 2011

Cuti-Cuti Malaysia MMD - Langkawi Dec 2011

As Salam.

Projek ni asalnya MMD sekeluarga je yg rancang 3 bulan yg lepas.  Tapi bila dah terbuka mulut pada adik di Cheras, maka terjadilah rombongan cik kiah.  Pilihan family holiday pada tahun 2011 ni ialah Langkawi.  Kesemuanya 18 orang termasuk MMD sekeluarga, adik2 2 keluarga, my youngest sister dan juga my "mem" besar serta ibu mertua my sister.

Last sekali MMD sampai ke Langkawi ialah 3 tahun lepas.  BIL book apartment 3 bilik RM500.00 di Sri Lagenda, berada di pekan Kuah.  MMD pulak book van dengan Deena/Aman . Harganya agak reasonable.

Bertolak dari Port Klang pada 30/11/11 tengah malam dan sampai ke Kuala Kedah pada 5:30am pada 01/12/11.  Cari2 parking dan bayar RM35 untuk 3 hari kat situ.

Ambil 1st feri dan bayar RM23/adult dan RM17/children (3-12yrs old). Bertolak pada 7:15am dan sampai lebih kurang pukul 9:30am ke Jeti Kuah.


Walaupun ada sedikit masalah dengan van Kia Pregio yg sepatutnya disediakan untuk kami dari Aman, Aman telah menggantikannya dengan Toyota Hiace.  Muat semua orang ..he he he



Kerana kelewatan van, kami pun beredar dari Jetty Point agak lewat dan terus cari lokasi untuk makan tengahari.  Kami singgah ke Restoran Nasi Ayam Pak Ali.  Penuh satu kedai dengan rombongan  cik kiah MMD ni.


Dah kenyang kat situ, terus beredar ke apartment untuk check-in. Dari tempat parking kereta, kami terpaksa turun satu tangga ke bawah.  Jadi, tak jauh sangatlah dari swimming pool.  Budak2 terus tukar pakaian dan masa untuk terjunnnnnnn!

Pandangan dari balkoni apartment.

Apartment yg agak basic, 3 bilik, ada kelengkapan memasak, meja makan, seterika, TV, hot shower, dan ada arah Kiblat.

Semua kepenatan dan berehat sementara budak2 bersuka-ria di pool.  MMD lelapkan mata lah jugak sekejab.  Sambung lagi....

As Salam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...