Monday, August 1, 2011

Antik kah aku?

As Salam

Dalam kemas mengemas stor, MMD pun ada juga transfer barang2 jahitan yg ada ke dalam kotak plastik.  Senang sikit nak susun dan cari barang2 jahitan.  Bukannya MMD rajin sangat menjahit ni.  Adalah kadang2 tu jahit mana2 yg koyak sana sini, lebih2 lagi seluar cik abang Hakim. Sebelum ni, MMD setakat jahit tangan je kalau yg kecik2/pendek2 tu.

Dok belek2 alat jahitan, baru perasan yg lama betul beg yg MMD guna dan letak alat jahitan tu.  Beg tu memang MMD dah bertahun lama tak digunakan.  Dah tukar ke status untuk letak barang jahitan je sebelum ni.


MMD beli masa MMD ke London dulu masa ada projek lawatan sambil belajar pada tahun akhir C.I.T.  Rupa2nya dah 21 tahun umur beg tu.  Kalau tak silap, MMD beli dengan harga 1 pound.  Dulu mana ada duit lebih nak shopping sakan.  Harap duit poket dari syarikat tajaan je.  Masa tu 1 pound = 8 hinggit tau... Tinggi betul conversion !!

Dua tiga hari ni, asyik hujan je.  Yg bestnya, tak payah nak siram2 pokok2 bunga.  Pakai air semula jadi gitu..ha ha ha.  Nampak sangat pemalasnya...

Terpandang pulak ampaian kecik.  Dah patah pun batang besi yg kat bawah dan berkarat pulak tu dek berjemur di tengah panas hari2.  Bukannya tak mampu nak ganti yg baru dan bukannya terdesak sangat nak dipakai pun. Jadi biarlah dia diluar je, kalau2 membasuh lebih sikit, barulah guna ampaian kecik tu.



Tengok tarikh lahirnya? Ehmmm antik juga la...Dah masuk 20 tahun la juga dia berkhidmat dengan MMD, sejak MMD bujang hinggalah beranak tiga sekarang ni.

Besi zaman dulu lagi kuat ketahanannya berbanding dengan besi2 zaman sekarang.  Setuju tak?

As Salam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...