Friday, August 5, 2011

Ais krim bougainvillea

As Salam

Ini adalah koleksi terbaru MMD.  Inilah yg MMD cari di nursery tempoh hari.  Dah banyak tempat yg MMD pergi, selalunya kehabisan stok.


MMD selalu juga berkunjung ke nursery yg bersebelah dengan Glenmarie Cove, Teluk Gong.  Nasib MMD baik kali ini,  stok baru je sampai, masih belum tersusun pun  lagi.  Terus MMD ambil sepokok.  Harga?  Memang murah...RM9.00 je.  Kalau kat tempat lain, maunya RM15.00 ke atas.

Orang Malaysia panggil bunga kertas.  Yang kat atas tu dipanggil bunga kertas ais krim kerana tompokan merah jambu di atas base putihnya tak sekata.

Ini yg MMD sebat juga.


Pokok daun putih tu MMD tak tau namanya.  Harganya RM8.00 je, siap ada 2 pokok dalam polybag tu. Tapi yg berdaun hijau tu namanya Ixora.  Macam nama Exora kan? Harganya RM2.00 sepokok.  MMD ambil 3 pokok.  Semuanya untuk di tanam di di luar pagar rumah.  Yang bunga kertas tu, sememangnya MMD tanam dalam pasu di laman dalam.

Antara koleksi bunga kertas MMD...penyeri rumah !!!

Ada campuran pink juga tapi bukan ais krim.

Kuning


Putih bersih

Merah, hampir ke warna oren

Seingat MMD, baru hanya sekali pokok ni berbunga, itu pun keluar 2 kuntum je.  Sikit punya susah nak berbunga.  Tapi bunganya merah/purple yg cukup pekat warnanya.  Betul lah apa yg nursery tu pesan kat MMD masa beli dulu.
Ada beberapa lagi pokok bunga kertas dalam simpanan MMD.  Kebetulan masa MMD snap photos ni, baru je habis berbunga.  Tunggu dia berbunga lagi.  Pokok ni berbunga sepanjang tahun.  Itu yg bestnya.

Lea pun dah pandai dan rajin tolong MMD siram pokok bunga petang2 sejak my helper dah tak ada.

As Salam.

3 comments:

Unknown said...

canteknya bunga kertas diaa...

My Mom's Diary said...

khairul: terima kasih...itulah yg MMD selalu mimpi siang malam nak tambah koleksinya. dulu tak suka...tapi sekarang "GILA" la pulak...

thetes said...

top article find out this post navigate to this website blog you can check here

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...