Saturday, January 13, 2018

Menang besar di Petronas - The Only Game Where Everybody Wins

As Salam

Ni cerita masa cuti Hari Krismas (25/12/17) tahun lepas.

MMD bercuti di Melaka sambil menziarahi adik MMD, Cik E yang tengah sarat mengandung sekarang ni.  Bakal menerima ahli keluarga baru sekali lagi pada bulan Feb nanti.  Bertambahlah cucu My Mem Besar tahun ni.  Insya Allah.

Selepas makan malam di Bukit Beruang, kami singgah ke satu ekspo barangan makanan Thai di MITC.  Pusing satu keliling jer, terus masuk semula ke kereta sebab hujan dah mulai turun. Terkedek2 MMD menolak kerusi roda Hazry.  Hehhehehe.

Kebetulan minyak pun dah bagi signal kosong.  Esok dah nak berangkat balik ke Port Klang.  Yang paling dekat di situ ialah stesen minyak Petronas.  Terus MMD suruh my beloved hubby berhenti dan isi minyak.  Esok tak perlu tergesa2 mencari stesen minyak lagi.

MMD ada suruh my beloved hubby pergi ambil voucher gores di kaunter selepas mengisi minyak.  Sebelum tu, MMD pun pergi ambil juga sebab ada orang tinggalkan resit belian di tepi pam.  Dapat 2 keping.  My beloved hubby pun dapat 3 keping untuk belian RM60.00.  Setiap RM20 dapat sekeping kad.

Masa dalam kereta, Lea dan anak saudara MMD sibuk menggores kad yang MMD bagi.  Okaylah...dapat burger percuma dari Burger King.

Sampai saja ke parking lot hotel/apartment, MMD bagi lagi 3 keping pada Lea.  Lea menjerit datang meluru ke tempat MMD turunkan Hazry dari kereta.

Ibu....ibu.... ibu menang!!!!!!  Sudah tentu Lea kata MMD yang menang sebab beli minyak guna kad kredit MMD.  Hahahaha.  Pandai budak ni....

Naik ke bilik, terus MMD call nombor yang tertera pada kad gores tu.  Selepas diminta sahkan kod kemenangan dan data2 peribadi, MMD diminta untuk menunggu panggilan dari wakil pihak pemasaran dalam masa 2 hari.  Pesannya, jangan sesekali tidak menjawab panggilan.

Wahhhhh... tidur pun tak lena dibuatnya.

Pada hari ke-3, MMD terima panggilan untuk pengesahan kali kedua.  MMD juga mesti menjawab soalan ringkas yang ditanya.  Jika salah, MMD tidak akan dapat wang kemenangan tersebut. Alhamdulillah...boleh jawab jer.....MMD juga diminta untuk menghantar kad gores dan resit belian yang asal ke pejabat wakil pemasaran tersebut. 

Pada 04/01/18, wang pun dah dipindahkan masuk ke akaun MMD.  Syukur Alhamdulillah........

Wang tunai sebanyak ini yang MMD dapat.  Rezeki yang tidak disangka2. 
 


MMD juga diminta untuk menghantar gambar MMD pada wakil pemasaran tersebut.  Dah tengok video di Petronas Brands

Jangan cari MMD di situ ye.  Tak jumpanya.

Inilah pertama kalinya MMD menang besar dalam pertandingan.  Jika lucky draw di company annual dinner pun tak pernah dapat hadiah yang besar2.

Selain dari burger, MMD ada juga terima kad diskaun dari Lazada dan juga Zalora.




Sekian.  Jumpa lagi.

Friday, January 12, 2018

Penamaan KWSP

As Salam

Berapa peratus lah dividen akan diistiharkan tahun ni untuk simpanan di KWSP.  Harap2 lebih baik dari tahun lepas.

Dah masuk waktu2 senja ni, MMD pun ada berfikir tentang duit di KWSP. Selepas berbincang dengan my beloved hubby, MMD memutuskan untuk mengubah dan hanya menyenaraikan penama yang berumur lebih dari 18 tahun sahaja supaya menyenangkan urusan selepas ini.  Mana tahu, esok atau lusa kita pergi dahulu meninggalkan anak2 serta suami.

Ada kebaikan dan keburukan untuk menamakan anak2 yang bawah umur ni sebagai penama.  Tepuk dada tanya selera masing2.  Bukan banyak sangat pun duit yang MMD ada di KWSP.

Dah banyak juga yang digunakan sebagai pelaburan di saham unit amanah.  Yang ni dari akaun 1 yer.  Tertakluk kepada baki selepas ditolak jumlah asas.  Hanya 30% sahaja yang boleh dilaburkan pada setiap 3 bulan.

MMD berkunjung ke pejabat KWSP Bandar Bukit Tinggi Klang selepas menghantar Lea ke sekolah paginya.  Siap boleh sarapan dulu sementara menunggu pejabat di buka pada pukul 8.15pagi.

Urusannya pun tak sampai 30min.  Hanya perlu pastikan data2 penama disemak dan kita akan diberikan satu salinan untuk simpanan.


Alhamdulillah.  Selesai sudah satu urusan.

Okay.  Jumpa lagi di lain entry.

As salam.

Thursday, January 11, 2018

Bantuan Sihat Selangor

As Salam

Siapa yang berasal dari Selangor?  Angkat tangan cepat2.

Selepas sahaja urusan pembayaran yuran sekolah Lea baru2 ni, MMD terus ke Tingkat 4, Unit Perancangan ekonomi Negeri, Bangunan SSAAS, Shah Alam. Tujuannya bagi memastikan borang permohonan untuk Hazry sampai awal untuk tahun 2018.

Lea di hari pertama persekolahannya bagi tahun 2018.  Belajar rajin2 ye Lea sayang!! Dah tahun 5 dah.  Dah tak boleh banyak main2 sangat dah.



Rupa2nya, tahun ni, permohonan boleh dilakukan secara atas talian sahaja.  Terima kasih pada Cik Priya yang sudi untuk mengemaskini butir2 peribadi Hazry bagi pihak MMD dan hanya mengambil dokumen2 sokongan yang perlu sahaja.  Lagipun, Hazry pernah menerima bantuan pada bulan Aug 2017 sebelum ni.  Kali ini hanya sekadar mengemaskini untuk bantuan bagi tahun 2018.

Antara bantuan yang beri keutamaan adalah:
1. Dialisis buah pinggang
2. Katarak mata
3. Pembedahan kecil
4. Kaki palsu
5. Lain2 permohonan.  Hazry memohon di bawah kategori ini terutamanya bagi menampung keperluan diapers hariannya yang agak banyak.



Tolong war2kan kepada yang memerlukannya.  Sila layari: bantuansihat.selangor.gov.my atau hubungi terus Cik Priya yang budiman ni di talian 03-5544 7099.

Semoga bantuan kecil/sedikit informasi dari MMD ini boleh membantu sedikit sebanyak kepada yang layak.

Pertama kali MMD singgah di  SSAAS ni walaupun dah bertahun menetap di Selangor.



Sekian.  Jumpa lagi di lain entry.

As Salam.

Friday, January 5, 2018

Salam Tahun Baru 2018

As Salam

Selamat tinggal 2017 dan selamat datang 2018.

Semoga tahun 2017 menjadi garis panduan dan pedoman bagi mengharungi tahun 2018 dengan lebih baik dan cemerlang.

Ada beberapa entry untuk tahun 2017 yang masih tersadai.  Mungkin MMD akan upload gambar2 serta sedikit infomasi sahaja. 

Tengoklah betapa lamanya MMD bungkus blog ni.  Entry terakhir pada Aug 2017.  Nah....sekarang dah Jan 2018.

Kepada yang berkunjung ke mari, jangan segan silu untuk datang lagi.  Insya Allah, akan MMD update entry2 tersebut walaupun dengan cereka pendek jer.

Semoga tahun mendatang akan menjadikan kita lebih matang dan berjaya di dalam apa jua bidang.

Sekian.  As Salam.

Tuesday, August 1, 2017

Stesen bas lama bertukar wajah kartun di Terengganu

As Salam

Ini projek yang melibatkan adik lelaki bungsu MMD bersama2 dengan 3 orang lagi rakannya, Red Rebel Squad.

13 bangunan di belakang Jalan Banggol sudah bertukar ceria dan meriah dan menjadi satu lagi tarikan pelancung di bandar Kuala Terengganu yang mengambil masa sebulan untuk disiapkan.

Adik MMD, Joe hanya menyampaikan berita projek di kepada my Mem Besar sewaktu kami semua ada di kampung semasa raya baru2 ni.  Bukannya apa, Joe takut my Mem Besar risau sebab melibatkan panjat memanjat bangunan untuk menyiapkan mural ni.  Bila dah siap, barulah diwar2kan.

My Mem Besar telah "merasmikan" dengan bergambar dihadapan hasil kerja anak lelakinya.



In the making.....  Gambar ehsan teman2 adik MMD.



Hari liputan oleh media cetak dan elektronik.




Hasilnya.....sangat kreatif.  Comel jer..




Tahniah Joe Jokerix Hanuman.  Antara karya seninya yang sempoi.



Sekian.  Jumpa lagi di lain entry.

As Salam.

Thursday, July 27, 2017

Happy birthday Ma - 25 Julai

As Salam.

Rasanya tak pernah MMD up kan story mory pasal birthday my Mem Besar sebelum ni.  Kali ini rasa nak up sikit.

Pagi2 dah wish birthday padanya yang ketika itu sedang menghadiri kelas bacaan al Quran di surau di kampung.  Cakap sekejab saja.

Tak tahu apa lagi nak dihadiahkan kepadanya kali ini.  Fikir punya fikir, MMD google kedai bunga di area Kuala Terengganu dan akhirnya memilih Melia Florist & Gifts. Selepas beberapa sesi pertanyaan, MMD pun buat bayaran dan akhirnya jambangan bunga sampai ke rumah my Mem Besar dengan surprise nya.



MMD dah inform florist tu agar menghantar dalam pukul 3-4ptg.  Bimbang my Mem Besar belum balik dari mengaji yang kadang2nya berjalan2/meronda2 dulu bersama2 2 orang lagi kakaknya (mak saudara MMD) yang turut serta mengaji bersama.

Selamat Ulang Tahun yang Ke 71.  Ye, sudah 71 tahun umurnya.  Alhamdulillah Allah pelihara kesihatannya hingga ke saat ini.  Semoga dipanjangkan umurnya untuk terus bersama2 dengan anak, menantu dan cucu2nya.
 



Sekian.  Jumpa lagi.

Wednesday, July 19, 2017

Berhari raya di kampungku yang indah dan permai

As Salam

Akhirnya tamat juga entry pasal umrah MMD.  Kali ini entry pasal hari raya lah pulak.

Kali ini, MMD bercuti lama juga.  Bergerak balik dari Port Klang pada hari Jumaat 23/06/17 pada 7.30pagi.  Macam biasa, musim hari raya pasti berlaku kesesakan lalulintas untuk balik ke mana2 destinasi sekalipun.

MMD sampai separuh jalan je iaitu ke Cherating pada pukul 3.00 petang.  My beloved hubby dah tak larat untuk teruskan perjalanan ke K. Terengganu.  Lagipun seminggu sebelum bertolak balik, my beloved hubby tak berapa sihat.

Masa dalam perjalanan MMD ada juga check online mana2 hotel.  MMD singgah di Holiday Villa dan check di kaunter harga bilik.  Ehmmm.  Tinggal bilik yang berharga mahal saja.  Check dalam Trevaloka, ada lagi yang kosong.  Terus MMD book online jer dan siap masukkan kod diskaun.  Berbaloi2 juga.





Lea tak sabar2 untuk terjun ke pool.  MMD dah pesan awal2 supaya tidak menyelam.  Nanti terbatal puasa bila terminum air.

Petangnya meronda hingga ke Chendor yang asalnya mencari mesin ATM.  Dah jumpa tapi duit pulak dah habis.  Jauh juga perjalanan dari hotel.  Akhirnya singgah di satu restoran ini untuk berbuka puasa.  My beloved hubby dan Lea order ikan patin masak tempoyak.  Tak sangka Lea sangat sukakannya. Sekeping ikan patin berharga RM13.00.  Untuk bersahur, MMD terus bungkus sedikit lauk2 yang dijual di situ.  MMD rendam dalam air panas sebelum bersahur.



Keesokan tengaharinya baru bertolak menuju ke KT.


Alhamdulillah sampai di rumah my Mem Besar pukul 4:00petang selepas singgah sebentar ke kubur arwah ayah MMD.

Berbuka puasa terakhir untuk tahun ini beramai2 lebih2 lagi dengan my Mem Besar.

Hari Raya buat apa?  MMD, my BIL, my beloved hubby serta my Mem Besar dengan satu kereta ke Masjid Kristal untuk solat Aidil Fitri.  Family adik2yang lain dengan kereta masing2. Penuh juga satu masjid.



Balik kerumah, selepas acara bersalam2an dan bermaaf2an, pekena nasi minyak. Sebahagian saja dari anak, menantu dan cucu2 my Mem Besar.  Ada yang belum sampai dan tidak dapat balik beraya kerana bertugas.  Hakim pun antara yang tidak dapat balik.



Rehat2 sebentar barulah bergerak ke rumah yang wajib dihadiri setiap hari raya.  Dua rumah mak saudara MMD yang berhampiran antara satu sama lain.  Makan2 lagi di kedua2 rumah tu.  Dah kenyang semua, barulah beredar balik semula ke rumah dan masing2 dah tarik bantal.  Mengantuk. hahahaha.

Tiada aktiviti menziarahi lagi hari ni.  Hanya menerima kunjungan sanak saudara saja yang bertandang ke rumah.

Hari raya kedua dan seterusnya, MMD sempat berhari raya ke rumah kawan2 rapat.  Yang paling penting, sampai juga hajat MMD untuk beraya di Istana Syarqiyyah, istana baru bagi Sultan Mizan.  Tak dapat masuk pun tak apa.  Walaupun hajat hati memang berhajat untuk pergi masa hari raya pertama sempena istana dibuka untuk orang ramai.




Dapat panggilan dari adik MMD yang mereka dah sampai ke Pantai Batu Buruk untuk bersantai di waktu petang.  Terus kami menuju ke sana.  Lea yang tidak ada pakaian renang, terus capai baju dan seluar Hazry yang sememangnya sentiasa berada di dalam kereta.  Sampai je, terus berlari ke pantai dan bermain air.  Main kat gigi air saja.  Maklumlah risau yang pantainya bercerun dalam.





Geram tengok anak buah MMD yang kembar ni.  Yang laki2, takut dengan air, yang girl pulak suka air.

Hari Khamis adalah hari bershopping sebelum berangkat balik ke Port Klang.  Ada sedikit keropok lekor, keropok keping, kain2 pasang yang ditempah oleh kawan2.  Sambil2 tu sempat pulak singgah di lorong ni.



 
Hari Jumaat 30/06/17 pagi, MMD memulakan perjalanan balik dan singgah di R&R Temerloh untuk makan tengahari.  Kali ni, ikan patin masak tempoyak sekali lagi menjadi pilihan my beloved hubby dan Lea.  Agak murah juga di sini.  RM12.00 bagi sepotong ikan yang agak besar berbanding semasa makan di Chendor tempoh hari.

Tak cukup makan di situ.  MMD bungkus lagi 2 potongan ikan untuk makan malam nanti bila sampai ke rumah.  Hanya perlu masak nasi je dah cukup.

Keesokan harinya, kami bergerak ke Labu Johnson untuk menziarahi kakak my beloved hubby.

Hari Ahad dah masuk kerja macam biasa dan setiap hujung minggu ada saja menghadiri rumah terbuka kawan2 serta jiran2 di taman perumahan MMD.

Raya kan sebulan!!!  Jom beraya lagi.  Hujung minggu ni pun ada gathering pot luck di rumah anak saudara my beloved hubby di Setia Alam ambil berhari rayalah juga.

Pada semua yang singgah di sini, MMD ucapkan Selamat Hari Raya dan mohon kemaafan jika ada coretan MMD ini yang menguris hati.

Sekian.  Jumpa lagi di lain entry. 


Wednesday, July 12, 2017

Umrah 2017 - Harap ini bukanlah umrah terakhir bagiku (part 10)

As Salam

Hari ke sepuluh (07/02/2017).

Suasana pagi.  Masih lengang.  Hati ini sudah terasa pilunya.


Hari ini adalah hari terakhir MMD di bumi Madinah dan cuba untuk mengambil peluang sebanyak yang mungkin untuk menunaikan ibadah seperti membaca Al Quran, menqada solat2 dan bersedekah selain ibadah wajib.

Barang2 pun  sudahkan dipack dan hanya tinggal sedikit lagi untuk urusan terakhir.

Waktu yang paling memilukan adalah selepas solat Zohor dimana kita dikehendaki untuk mengucapkan salam selamat tinggal kepada Baginda Rasulullah (salam Wida').  Ianya boleh dilakukan ditempat mana kita bersolat dan tidak semestikan untuk berada di Raudhah.  Allah Maha Mengetahui !  MMD berdoa agar MMD serta my Mem Besar serta ahli keluarga lain juga diberi rezeki dan dijemput untuk datang menunaikan umrah atau haji selepas ini.

Selepas makan tengahari, semua beg2 pun mesti dibawa ke lobi untuk menunggu bas yang akan membawa kami he airport.

Sempat bergambar sebagai kenangan dengan orang2 yang terdekat / rapat sewaktu umrah kali ini.  My Mem Besar pun amat berpuas hati dengan perjalanan umrahnya kali ini.

Bersama Nani.

Bersama Azlina.

My Mem Besar bersama ibu Nani dan ibu Azlina.

Selepas turun dari bas, MMD dan my Mem Besar mengambil peluang untuk bersolat Asar di masjid di luar bangunan airport sebelum masuk untuk check in.


Bergambar kenangan dengan Ustaz Murtadho buat kali terakhir. Kami disediakan pek makanan sebagai bekalan.

Sewaktu beratur untuk urusan imigresen, berlaku kekecohan dengan jemaah Turki yang ingin memotong barisan.  Ramai  jemaah nusantara kita ni yang tidak membenarkan mereka memotong barisan hinggalah pegawai airport datang dan mengarahkan/menghalau jemaah Turki agar beratur.  Memang barisan sangat panjang.

Kami juga sempat bersolat Maghrib/Isyak di ruangan solat di dalam airport walaupun berasak2.   Ramai jemaah kita yang memonopoli ruangan solat di sini.

Bersama dengan Kak Rohani.


Pukul 8mlm, kami pun sudah berada di perut kapalterbang untuk terbang balik ke Malaysia.  Dua hidangan disediakan.  Kenyang Alhamdulillah.



Pada 08/02/2017 @ 4.40pagi kami selamat mendarat di bumi Malaysia.  Selepas urusan mengambil bagasi dan air zamzam, kami pun keluar dan my beloved hubby serta Lea dah pun menunggu.



Gembiranya Lea bila melihat ibu dan neneknya di depan mata.

Syukur Alhamdullah, kami berdua selesai dan selamat menunaikan umrah pada kali ini dan MMD sudah pasang niat untuk ke sana lagi dengan my beloved hubby serta anak2 pulak nanti.

Sekianlah sedikit pengalaman mengerjakan umrah dan semoga rakan2 yang datang melawat di blog kecil MMD ini mendapat sedikit ilmu dan tip2 yang boleh digunakan pulak di masa akan datang.

Jumpa lagi di lain entry.

Terima kasih kerana bertandang.

Tuesday, July 11, 2017

Umrah 2017 - Ziarah luar dan Allah gantikan secara tunai (part 9)

As Salam.

Hari ke sembilan (06/02/2017).

Selepas solat Subuh, kami semua berkumpul semula di lobi untuk berziarah lagi kali ini.

MASJID QUBA
Berwuduk di rumah/hotel dan bersolat di Masjid Quba mendapat pahala seperti mengerjakan satu umrah. Begitulah sayangnya Allah kepada penduduk Madinah yang tidak dapat menunaikan umrah kerana jarak yang agak jauh dengan Kota Mekah.


Sampai agak awal di sini. Pun begitu, ruangan bawah telah penuh dengan jemaah dari Turki terutamanya.  Penjaga wanita di situ mengarahkan kami untuk naik ke tingkat satu dan selesa dengan ruangan yang masih kosong.  Dapat bersolat dengan tenang di sini.  Alhamdulillah.


Selesai solat, MMD dan my Mem Besar turun semula untuk menuju ke bas yang di park tidak jauh dari situ. Keluar saja dari kawasan masjid, MMD di tahan oleh seseorang dan menghulurkan air yogurt kepada MMD.  MMD tanya berapa harganya.  Katanya "HALAL".  Ucapan terima kasih MMD kepada pemuda tersebut dan MMD minta satu lagi untuk my Mem Besar.  Sedap betul air ni.

 

Bila MMD sampai ke bas, beberapa jemaah pun turut mencari pemuda tersebut untuk mendapatkan air yogurt juga. Rezeki jangan ditolak.

LADANG KURMA
Perjalanan yang agak singkat untuk sampai ke sini dari Masjid Quba. MMD tak shopping pun di sini.  Hanya my Mem Besar je ada beli sedikit kurma dan coklat.  Macam biasa dapat merasa kurma2 serta coklat2 di sini.  Kat sini MMD dipaksa merasa buah bidara dan kurma yang masih muda.  Hahahaha.


JABAL UHUD
Seterusnya persinggahan kami hanya sebentar di Jabal Uhud.  Selepas mengaminkan doa yang dibacakan oleh Ustaz, kami pun beredar tanpa diberi kesempatan untuk meninjau2 kawasan tersebut atau mencuci mata dengan barangan yang dijual di situ.

Di bawah ni adalah bukit pemanah, perkuburan syuhada' serta banjaran Bukit Uhud.



Kesian pulak ada jemaah ni hampir tertinggal bila dia pergi membeli jubah atau buah2an tanpa memberitahu kepada suami atau Ustaz.  Bila bas mula bergerak, barulah suaminya memberitahu Ustaz yang isterinya tiada di bas. Hampir 20minit juga menunggu hinggalah kelihatan jemaah tersebut melilau2 mencari bas.  Alhamdulillah, segalanya selamat.

PASAR KURMA
Destinasi seterusnya adalah di pasar kurma.  Kat sini MMD ada membeli sedikit coklat dan kurma.  MMD tinggalkan my Mem Besar yang sedang memilih2 kurma di salah sebuah kedai yang dimiliki oleh syarikat Andalusia.  MMD dah pesan agar menunggu MMD di situ bila sudah selesai.


Laju je my Mem Besar di hadapan MMD.  huhuhu

Sebaik sahaja MMD datang semula ke kedai tersebut, my Mem Besar tidak kelihatan.  Kelam kabut MMD berpusing2 di kedai2 di situ.  Bas dah mula bergerak ke arah hadapan bagi memberi ruang kepada bas2 yang baru sampai. MMD ke bas semula kot2 my Mem Besar dah balik ke bas.  Malangnya tak ada juga.  MMD dah naik risau yang amat.  MMD pergi sekali lagi dan kali ini arah ke kedai di sebelah belakang.  Tak juga jumpa.  Masa MMD berpatah balik untuk ke bas, barulah MMD nampak my Mem Besar sedang mencari2 bas di tempat parking yang asalnya sedangkan bas dah pun bergerak parking di kawasan hadapan.

Syukur Alhamdulillah dah jumpa.  Selepas selesai urusan di sini, kami semua balik ke hotel.

Tiada lagi aktiviti dengan Ustaz dan kami buat urusan masing2.

Petang tu MMD temankan my Mem Besar untuk membeli sedikit lagi barangan untuk dibawa balik ke Malaysia.

RAUDHAH YANG DIRINDUI
Selepas solat Maghrib, MMD dan my Mem Besar balik ke hotel untuk makan malam awal kerana MMD ingin mengunjungi Raudhah sekali lagi pada malam tu.  My Mem Besar akan menumpang di bilik sebelah kerana masih bimbang untuk tinggal berseorangan di bilik akibat kejadian malam sebelumnya.  Kebetulan Nani dan Azlina juga tinggalkan mak masing2 di bilik sebelah.

Kami bertiga terus ke pintu 25 dan bersolat Isyak di situ.  Selepas solat, kami pun diminta untuk berkumpul mengikut negara masing2.  MMD sempat juga memberi sedikit tips kepada Nani dan Azlina bila berada di Raudhah nanti supaya kita dapat mengunakan sepenuhnya waktu dan kesempatan semasa berada di dalamnya.

Selepas beralih tempat berkumpul 2-3 kali, maka sampailah masa kami menjejakkan kaki kami di Raudhah.  Seperti biasa, keadaan memang berasak2 bukan sahaja sesama jemaah dari kelompok Melayu tetapi juga dengan jemaah Turki. Dalam masa yang sama berdoa agar MMD dikekalkan dalam wuduk sehingga urusan di Raudhah selesai.

MMD sudah niatkan di hati untuk mencari tempat yang paling dekat dengan bangunan/dinding berwarna hijau. Di situ ada seorang petugas wanita menjaga agar tiada perkara syirik yang jemaah lakukan.  Kebetulan ada sedikit ruang untuk bersolat, MMD beri peluang kepada Azlina dahulu sementara MMD menjadi benteng.  Selepas itu, MMD pun bersolat dan Azlina menjadi benteng.  Nani sudah tidak bersama MMD dan MMD berharap agar Nani dapat bersolat juga.

Selepas MMD selesai bersolat, MMD dan Azlina sekali lagi menjadi benteng dan memberi peluang kepada jemaah2 Melayu kita untuk bersolat dan selepas beberapa orang dapat bersolat, MMD meminta mereka mencari kawan2 yang lain untuk terus menjadi benteng.

Alhamdulillah, selepas itu, tidak MMD sangka, setiap beberapa langkah MMD diberikan ruang yang agak selesa untuk bersolat.  MMD ada bertanya jika ada jemaah yang belum bersolat bagi memberi peluang tetapi semuanya menolak.  Jadi MMD pun tidak sia2kan peluang itu.  Begitulah beberapa kali kejadian yang sama berlaku.  Selain berdoa untuk kesejahteraan dunia dan akhirat, dapat juga melakukan beberapa solat sunat mutlak, solat hajat, solat taubat, qada solat Subuh.

MMD bersyukur tidak terkira kerana merasakan inilah rezeki dari Allah yang Allah gantikan kepada MMD kerana keuzuran MMD sebelum ini.  Rasanya inilah rezeki tunai yang MMD dapat.

Sehinggalah MMD berjumpa semula dengan Nani dan Azlina dan berkeputusan, cukuplah dengan peluang yang cukup banyak Allah berikan kepada kami pada malam tersebut.  Azlina pun begitu teruja kerana dapat bersolat banyak kali.  Gembiranya mereka berdua kerana pada kali pertama menziarahi Raudhah pada hari pertama di Madinah sebelum ni, mereka hanya dapat bersolat 2 rakaat sahaja.

Kami bertiga  berjalan balik ke hotel dengan kegembiraan yang sukar diucapkan dengan pengalaman berada di Raudhah kali ini.

Tiada ucapan yang paling sesuai untuk diucapkan selain dari ALHAMDULILLAH Ya Allah.

MMD menjemput my Mem Besar dari bilik sebelah dan balik ke bilik untuk tidur dan berehat.

Sekian.  Jumpa  lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...