Tuesday, July 11, 2017

Umrah 2017 - Ziarah luar dan Allah gantikan secara tunai (part 9)

As Salam.

Hari ke sembilan (06/02/2017).

Selepas solat Subuh, kami semua berkumpul semula di lobi untuk berziarah lagi kali ini.

MASJID QUBA
Berwuduk di rumah/hotel dan bersolat di Masjid Quba mendapat pahala seperti mengerjakan satu umrah. Begitulah sayangnya Allah kepada penduduk Madinah yang tidak dapat menunaikan umrah kerana jarak yang agak jauh dengan Kota Mekah.


Sampai agak awal di sini. Pun begitu, ruangan bawah telah penuh dengan jemaah dari Turki terutamanya.  Penjaga wanita di situ mengarahkan kami untuk naik ke tingkat satu dan selesa dengan ruangan yang masih kosong.  Dapat bersolat dengan tenang di sini.  Alhamdulillah.


Selesai solat, MMD dan my Mem Besar turun semula untuk menuju ke bas yang di park tidak jauh dari situ. Keluar saja dari kawasan masjid, MMD di tahan oleh seseorang dan menghulurkan air yogurt kepada MMD.  MMD tanya berapa harganya.  Katanya "HALAL".  Ucapan terima kasih MMD kepada pemuda tersebut dan MMD minta satu lagi untuk my Mem Besar.  Sedap betul air ni.

 

Bila MMD sampai ke bas, beberapa jemaah pun turut mencari pemuda tersebut untuk mendapatkan air yogurt juga. Rezeki jangan ditolak.

LADANG KURMA
Perjalanan yang agak singkat untuk sampai ke sini dari Masjid Quba. MMD tak shopping pun di sini.  Hanya my Mem Besar je ada beli sedikit kurma dan coklat.  Macam biasa dapat merasa kurma2 serta coklat2 di sini.  Kat sini MMD dipaksa merasa buah bidara dan kurma yang masih muda.  Hahahaha.


JABAL UHUD
Seterusnya persinggahan kami hanya sebentar di Jabal Uhud.  Selepas mengaminkan doa yang dibacakan oleh Ustaz, kami pun beredar tanpa diberi kesempatan untuk meninjau2 kawasan tersebut atau mencuci mata dengan barangan yang dijual di situ.

Di bawah ni adalah bukit pemanah, perkuburan syuhada' serta banjaran Bukit Uhud.



Kesian pulak ada jemaah ni hampir tertinggal bila dia pergi membeli jubah atau buah2an tanpa memberitahu kepada suami atau Ustaz.  Bila bas mula bergerak, barulah suaminya memberitahu Ustaz yang isterinya tiada di bas. Hampir 20minit juga menunggu hinggalah kelihatan jemaah tersebut melilau2 mencari bas.  Alhamdulillah, segalanya selamat.

PASAR KURMA
Destinasi seterusnya adalah di pasar kurma.  Kat sini MMD ada membeli sedikit coklat dan kurma.  MMD tinggalkan my Mem Besar yang sedang memilih2 kurma di salah sebuah kedai yang dimiliki oleh syarikat Andalusia.  MMD dah pesan agar menunggu MMD di situ bila sudah selesai.


Laju je my Mem Besar di hadapan MMD.  huhuhu

Sebaik sahaja MMD datang semula ke kedai tersebut, my Mem Besar tidak kelihatan.  Kelam kabut MMD berpusing2 di kedai2 di situ.  Bas dah mula bergerak ke arah hadapan bagi memberi ruang kepada bas2 yang baru sampai. MMD ke bas semula kot2 my Mem Besar dah balik ke bas.  Malangnya tak ada juga.  MMD dah naik risau yang amat.  MMD pergi sekali lagi dan kali ini arah ke kedai di sebelah belakang.  Tak juga jumpa.  Masa MMD berpatah balik untuk ke bas, barulah MMD nampak my Mem Besar sedang mencari2 bas di tempat parking yang asalnya sedangkan bas dah pun bergerak parking di kawasan hadapan.

Syukur Alhamdulillah dah jumpa.  Selepas selesai urusan di sini, kami semua balik ke hotel.

Tiada lagi aktiviti dengan Ustaz dan kami buat urusan masing2.

Petang tu MMD temankan my Mem Besar untuk membeli sedikit lagi barangan untuk dibawa balik ke Malaysia.

RAUDHAH YANG DIRINDUI
Selepas solat Maghrib, MMD dan my Mem Besar balik ke hotel untuk makan malam awal kerana MMD ingin mengunjungi Raudhah sekali lagi pada malam tu.  My Mem Besar akan menumpang di bilik sebelah kerana masih bimbang untuk tinggal berseorangan di bilik akibat kejadian malam sebelumnya.  Kebetulan Nani dan Azlina juga tinggalkan mak masing2 di bilik sebelah.

Kami bertiga terus ke pintu 25 dan bersolat Isyak di situ.  Selepas solat, kami pun diminta untuk berkumpul mengikut negara masing2.  MMD sempat juga memberi sedikit tips kepada Nani dan Azlina bila berada di Raudhah nanti supaya kita dapat mengunakan sepenuhnya waktu dan kesempatan semasa berada di dalamnya.

Selepas beralih tempat berkumpul 2-3 kali, maka sampailah masa kami menjejakkan kaki kami di Raudhah.  Seperti biasa, keadaan memang berasak2 bukan sahaja sesama jemaah dari kelompok Melayu tetapi juga dengan jemaah Turki. Dalam masa yang sama berdoa agar MMD dikekalkan dalam wuduk sehingga urusan di Raudhah selesai.

MMD sudah niatkan di hati untuk mencari tempat yang paling dekat dengan bangunan/dinding berwarna hijau. Di situ ada seorang petugas wanita menjaga agar tiada perkara syirik yang jemaah lakukan.  Kebetulan ada sedikit ruang untuk bersolat, MMD beri peluang kepada Azlina dahulu sementara MMD menjadi benteng.  Selepas itu, MMD pun bersolat dan Azlina menjadi benteng.  Nani sudah tidak bersama MMD dan MMD berharap agar Nani dapat bersolat juga.

Selepas MMD selesai bersolat, MMD dan Azlina sekali lagi menjadi benteng dan memberi peluang kepada jemaah2 Melayu kita untuk bersolat dan selepas beberapa orang dapat bersolat, MMD meminta mereka mencari kawan2 yang lain untuk terus menjadi benteng.

Alhamdulillah, selepas itu, tidak MMD sangka, setiap beberapa langkah MMD diberikan ruang yang agak selesa untuk bersolat.  MMD ada bertanya jika ada jemaah yang belum bersolat bagi memberi peluang tetapi semuanya menolak.  Jadi MMD pun tidak sia2kan peluang itu.  Begitulah beberapa kali kejadian yang sama berlaku.  Selain berdoa untuk kesejahteraan dunia dan akhirat, dapat juga melakukan beberapa solat sunat mutlak, solat hajat, solat taubat, qada solat Subuh.

MMD bersyukur tidak terkira kerana merasakan inilah rezeki dari Allah yang Allah gantikan kepada MMD kerana keuzuran MMD sebelum ini.  Rasanya inilah rezeki tunai yang MMD dapat.

Sehinggalah MMD berjumpa semula dengan Nani dan Azlina dan berkeputusan, cukuplah dengan peluang yang cukup banyak Allah berikan kepada kami pada malam tersebut.  Azlina pun begitu teruja kerana dapat bersolat banyak kali.  Gembiranya mereka berdua kerana pada kali pertama menziarahi Raudhah pada hari pertama di Madinah sebelum ni, mereka hanya dapat bersolat 2 rakaat sahaja.

Kami bertiga  berjalan balik ke hotel dengan kegembiraan yang sukar diucapkan dengan pengalaman berada di Raudhah kali ini.

Tiada ucapan yang paling sesuai untuk diucapkan selain dari ALHAMDULILLAH Ya Allah.

MMD menjemput my Mem Besar dari bilik sebelah dan balik ke bilik untuk tidur dan berehat.

Sekian.  Jumpa  lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...