Saturday, August 20, 2011

Telur masin ikan sardin

As Salam

Antara menu pilihan my beloved hubby di bulan puasa ni.  Dah berbulan family MMD tak makan sardin. Tiba2 je my hubby request nak makan sardin waktu berbuka.   Kebetulan masa tu kami di Econsave shopping barang2 dapur.  Ehmmmm...angkat 2 tin sardin, bu!!!!  OK. berehhhh..kata orang Terengganu.



Menu macam ni dah membuatkan my hubby & Hakim tambah nasi...syukur Alhamdulillah habis masakan MMD yg tersempoi.  Resepi orang malas sebenarnya....

As Salam.

Friday, August 19, 2011

Indahnya berbuka puasa bila.....

As Salam.

Bila ada itu dan ini dan sebagainya.....

Seperiuk besar sup tulang.

Bubur lambuk klasik gituuuu.


Sayur campur, very delicious!

Grilled chicken.

Sambal belacan...yummy!!!

Sekaya..nak kaya kena makan kuih ni banyak2.

Jangan tak caya yg my sister and my BIL yg masak semuanya ni.  Ada la juga wakil lelaki yg boleh memasak dalam keluarga MMD.  Arwah my father pun pandai memasak.  MMD je yg pening lalat memikirkan apa nak masak setiap hari.

Kuih muih  tambahan.

Yang paling seronok berbuka kali ini ialah dikelilingi oleh anak2 saudara yg semakin ramai dan semakin besar.  Ini hanya sebahagiannya saja.  Ada ramai lagi.



Kami bersila "wall to wall" lagi.  Very happening!!
Terima kasih kepada Cik Yus dan Cik Azam kerana menjadikan lawatan MMD ke Cheras pada hari cuti Nuzul Quran sunggggguuuuhhhh bermakna.

As Salam.

Monday, August 15, 2011

Jemput gergasi

As Salam

Selamat berpuasa lagi...Pejam celik pejam celik dah masuk 2 minggu kita semua berpuasa. 

Last Satuday, my beloved hubby ada special request untuk MMD masak untuknya.  Then, MMD suruhlah my hubby ke Econsave untuk beli ramuannya..kebetulan dah tak kehabisan stok dlm fridge.

Sementara my hubby ke ES, MMD pun start campurkan bahan2 dulu dan gaul rata.  Bahannya senang je...
mesti ada gandum, air, gula, garam, sedikit baking powder.  Siap di gaul2.  Biarkan dulu sementara tunggu my hubby bawa balik barang2 lain.

Nak tau apa bahan lain yg diperlukan?  Udang dan daun kucai.  Bersihkan udang dan potong2 daun kucai dan campurkan ke bahan yg dah siap digaul tadi.  Gaul rata2 dan dan boleh goreng.

Dah siap....tara....


Cekodok aka jemput-jemput je.  Saiznya, MMD buat besar2 macam gergasi yg nak makan masa buka puasa..he he he he.  Sedap di cicah dengan sos cili.

Jemput makan!

As Salam.

Wednesday, August 10, 2011

Menu sempoi on 5th Ramadhan

As Salam

Baru masuk hari ke 5 berpuasa, MMD dah naik pening memikirkan apa menu untuk dimasak.  Hari2 sebelum berpuasa pun dah memang pening tiap2 petang.

Buka peti ais, ehmmm...inilah akhirnya yg jadi.  Ayam masak lemak cili api, ikan goreng bersambal dan goreng pucuk manis.  Biasanya pucuk manis orang masak lemak kan?  MMD pernah cuba goreng dengan letak bawang putih dan perencah "secukup rasa Maggi", my beloved hubby komen...sedap juga !  Tu lah, kali ni goreng yg sama.



Untuk kuih...haaaaaaa. ini yg best sekali, kuih tunjuk-tunjuk je, pilihan by beloved hubby. MMD sebat semuanya. Tak de pantang pun.


As Salam.

Tuesday, August 9, 2011

Pool @ MPK

As Salam

Last Sunday, a day before Puasa, MMD bawak anak2 ke swimming pool kat Padang Pandamaran, owned by MPK.  Dah bertahun berhajat nak kesana, tapi ada je halangannya.  Bukannya jauh sangat dari rumah MMD pun. Nak ke Legend KL or Palace of the Golden Horses malas....malas nak tempuh traffic jam.

Ini kolam untuk dewasa dan untuk acara2 pertandingan renang.


Ada 2 pool untuk kanak2.



Kemudahan lain yg ada kat sini sudah tentulah bilik persalinan, loker dan juga surau.

Abang Hakim boring swimming kat area orang dewasa dan akhirnya berkumpul dan melayan adik2nya.


Harga untuk masuk kat sini?  Ehmmmm...murah yg amat.  Budak2 RM1.50, dewasa jika nak mandi RM3.00, kalau tak nak mandi RM1.50 je.  Murahkan??  Kolamnya pun bersih dan luas.  Ada tempat untuk rehat2 di bawah pokok2 kat situ.



Yang bestnya, ada ladies special day pulak tu.  Hari Jumaat start pukul 4:15pm hingga 6pm, khas untuk ladies.  Tengok jadual kat bawah ni.


Jom swimming ramai2 kat sini.

As Salam.

Monday, August 8, 2011

Salah sangka....

As Salam

Di suatu pagi yg dingin dengan hujan yg sesekali turun dengan lebatnya dan berhenti tiba2 dan berulang dengan beberapa kali, MMD yg sibuk di dapur menyediakan sarapan untuk keluarga buat kali terakhir sebelum Ramadhan tiba, dengan tidak disangka air panas untuk di buat teh telah meretakkan jug MMD dengan sekali "tang!" je.

MMD lupa yg jug tu tak tahan dengan air yg baru je masak.  Inilah jadinya.


Apa nak buat....nasib badan. Yang penting, sarapan mee hoon goreng siap terhidang di meja untuk santapan keluarga.


Jemput makan...opppsssss, puasa lah pulak sekarang nooooo.

As Salam.

Saturday, August 6, 2011

Friday, August 5, 2011

Ais krim bougainvillea

As Salam

Ini adalah koleksi terbaru MMD.  Inilah yg MMD cari di nursery tempoh hari.  Dah banyak tempat yg MMD pergi, selalunya kehabisan stok.


MMD selalu juga berkunjung ke nursery yg bersebelah dengan Glenmarie Cove, Teluk Gong.  Nasib MMD baik kali ini,  stok baru je sampai, masih belum tersusun pun  lagi.  Terus MMD ambil sepokok.  Harga?  Memang murah...RM9.00 je.  Kalau kat tempat lain, maunya RM15.00 ke atas.

Orang Malaysia panggil bunga kertas.  Yang kat atas tu dipanggil bunga kertas ais krim kerana tompokan merah jambu di atas base putihnya tak sekata.

Ini yg MMD sebat juga.


Pokok daun putih tu MMD tak tau namanya.  Harganya RM8.00 je, siap ada 2 pokok dalam polybag tu. Tapi yg berdaun hijau tu namanya Ixora.  Macam nama Exora kan? Harganya RM2.00 sepokok.  MMD ambil 3 pokok.  Semuanya untuk di tanam di di luar pagar rumah.  Yang bunga kertas tu, sememangnya MMD tanam dalam pasu di laman dalam.

Antara koleksi bunga kertas MMD...penyeri rumah !!!

Ada campuran pink juga tapi bukan ais krim.

Kuning


Putih bersih

Merah, hampir ke warna oren

Seingat MMD, baru hanya sekali pokok ni berbunga, itu pun keluar 2 kuntum je.  Sikit punya susah nak berbunga.  Tapi bunganya merah/purple yg cukup pekat warnanya.  Betul lah apa yg nursery tu pesan kat MMD masa beli dulu.
Ada beberapa lagi pokok bunga kertas dalam simpanan MMD.  Kebetulan masa MMD snap photos ni, baru je habis berbunga.  Tunggu dia berbunga lagi.  Pokok ni berbunga sepanjang tahun.  Itu yg bestnya.

Lea pun dah pandai dan rajin tolong MMD siram pokok bunga petang2 sejak my helper dah tak ada.

As Salam.

Thursday, August 4, 2011

Princess of Tangled Hair

As Salam

Inilah jadinya bila Lea minta untuk shampookan dan keringkan rambutnya sendiri. Menjerit MMD bila dia keluar dari bilik air.


Kusut masai!!!

As Salam.

Wednesday, August 3, 2011

Lea and KFC...

As Salam

Hari Jumaat lepas, MMD sengaja keluar dari office awal.  Nak spend masa sekejab kat kedai bunga.  Poyo je kan MMD ni?  Nak cari pokok yg dah lama di idam2kan selama ni.

Balik dari nursery, sementara tunggu Hakim balik dari sekolahnya, MMD sekeluarga masuk Giant dulu, cuci mata je. Tak plan nak beli apa2 pun.  Lagipun, dalam Giant ada tempat untuk Lea bermain2 slide kat Food Courtnya.

Dah melepak kat situ, terus fikir makan je la terus sebelum balik ke rumah. Ada banyak pilihan fast food kat situ.  Kami pilih KFC la bcoz Lea dah beberapa hari ni, dok asyik sebut2 je nak ayam KFC.


Arrrrr...bukak luas2 mulut tu...

Snack plate for Lea.  At last,  makan ayam seketul, satu lagi bungkus bawak balik. 
Dah start berpuasa tu..jangan terliur pulak tengok Lea makan tu!!  Kurang pahala puasa pulak.

As Salam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...