Thursday, March 24, 2016

Ho Chi Minh -City Tour - Day 2 - 24/02/16


As Salam.

Pukul 7.00 pagi naik lift ke tingkat atas dan terpaksa naik 1 tingkat lagi dengan anak tangga.  Kesian my beloved hubby dan Hakim terpaksa mengangkut wheelchair dan Hazry.  Ingatkan terus ke dewan makan yang terletak di roof top.

Ruangnya agak sempit tapi dihias dengan cantik dan santai sekali.  Pihak hotel menggunakan sepenuhnya ruang yang ada,  Begitu juga dengan hotel yang bersebelahahan.  Roof top dijadikan ruangan makan tetamu hotel.

 


Kami memilih telur, roti dan juga jus oren sebagai sarapan pagi.  Tak berani nak ambil sup2 bagai.  Besar betul roti Vietnam ni.  Kosong je.  Tak ada inti apa2 pun.



Siap2 sarapan, turun semula ke lobi untuk menunggu van yang MMD dah janji sebelumnya. Kat sini juga ada disediakan 2 buah komputer.  Lagilah Hakim suka melepak kat sini. Hari  ni MMD dah dapat untuk tukarkan bilik untuk my beloved hubby hanya bersebelahan dengan bilik MMD.  Lagi senang untuk keluar masuk. 



Tepat 8.30pg yang dijanjikan, van sampai.  Ini memang betul2 menepati janji. Abaikan waktu yang tertera di gambar kerana MMD tak adjust masanya.  MMD sewa van dari Hj Halim ( Hj Ab Ha Leam +84 90 378 4045).  Menurut Hj Halim, dia pernah tinggal di Terengganu beberapa tahun sebelum balik semula ke Ho Chi Minh dengan berniaga dan membawa pelancung2 melawat di tempat2 menarik  di sini.  Sebab tu kadang2 kedengaran sleng Terengganu semasa bercakap dengannya.

Antara tempat lawatan hari ini ialah:

WAR REMNANT MUSEUM 



Alamat:  28 Vo Van Tan, in District 3, Ho Chi Minh City, Vietnam

Sampai kat sini, Hj Halim pergi bayar untuk tiket masuk dan tampal stiker di lengan baju. Kosnya VD15000 seorang ni dah termasuk di dalam pakej.   Banyak kapal terbang tentera dipamirkan di ruangan luar kawasan ni.  Oleh kerana matahari dah nak panas, MMD ajak anak2 ronda2 kawasan luar dulu,  Nanti kang dah panas terik tak best pulak.  Ianya lebih kurang macam Muzium Tentera Darat di Port Dickson juga.







Lihatlah kesan Agent Orange kepada pokok2 bakau yang begitu kuat daya tahannya juga musnah.  Begitu juga terjadi kepada mangsa2 dan ibu2 mengandung di mana anak2 yang dilahirkan dengan berbagai kecacatan.



Selepas ambil gambar sana dan sini, terus masuk ke dewan pameran yang terletak di dalam bangunan.  MMD tak pusing habis pun.  Kat bahagian atas pun tak naik.  Lea tak berani nak ikut.  Katanya ada tentera yang mati kat situ.  Hahaha kelakar sangat kau Lea.

MMD, my Mem besar dan Hakim je yang teruskan lawatan.  My beloved hubby, Lea dan Hazry lepak2 di tempat duduk di luar kawasan pameran bersama2 dengan Hj Halim.

Hj Halim berpesan agar pergi tengok penjara.  Haaaahhhh, lagilah Lea tak nak ikut. Tempat siksaan yang sungguh menggerunkan termasuk tempat potong kepala.



Besarnya peluru2!!!


Terkejut Hj Halim bila MMD kata, Ok jom ke tempat lain pulak.  Lebih kurang 30min je MMD berada di sini.  Bukan nak buat apa pun  lama2.  Dah MMD bagitahu awal2, tujuan MMD datang adalah untuk melihat serba sedikit keadaan tempat lawatan, tahu di mana tempatnya dan yang paling penting bergambar sebagai kenangan.  Kalau nak tahu lebih jelas, boleh je baca di internet.  Hj Halim ada bagitahu, ada pelancung mengambil masa lebih kurang 1-2 jam di satu2 tempat lawatan.

Ini Hj Halim tengah berborak2 dengan my Mem besar.



REUNIFICATION PALACE 


Alamat: 


Ini tempat destinasi seterusnya.  Juga dikenali sebagai Independence Palace.  Dibina di atas tapak Norodom Palace.  Ini pun hanya ambil masa tak sampai 5 minit.  Van tidak dibenarkan  parking lama2 di ruangan kosong di luar pagar.  Nak masuk ke sini pun kena bayar.  Tak kuasa nak bayar pun.  Hanya bergambar di luar pagar je. My beloved hubby dan Hazry tak turun pun dari van.

Nak tahu lebih lanjut, boleh je tanya En. Google.



Cepat2 ambil gambar depan pintu.  Ada bas2 nak masuk bawa pelancung.


NOTRE DAME CATHEDRAL 


Alamat: 
Tak jauh dari situ, singgah pulak di gereja ni.  Juga merupakan tempat tumpuan pelancung.  MMD ke sini bukanlah kerana membanggakan agama mereka tetapi sebagai kenangan melihatkan seni bina yang begitu cantik sekali.  Beberapa pasangan sedang mengambil gambar perkahwinan hingga ke tengah jalan.  Hebat betul mereka.

 


HO CHI MINH CENTRAL POST OFFICE



Alamat: 
Dibuka dari 8:00pg hingga 6:00ptg.

Bersebelah dengan Notre Dame ni, terdapat pejabat pos dengan seni bina yang tidak kurang menariknya. Masuk ke dalam dan memang ramai orang pada masa tu berurusan di kaunter2nya.  Bergambar sikit dan terus keluar.  Yang paling menarik pada pandangan mata MMD ialah senibina kubahnya.

 
 
 


SAIGON CENTRAL MOSQUE



Juga dikenali sebagai Jamia Al Muslimim.  Alamatnya.

66 Dong Du Street, Dist 1, Ho Chi Minh City, Vietnam
Tel: +84 8 3824 2903
Open hours: 08:00 AM – 08:00 PM Daily

MMD hanya singgah bergambar je kat sini.  Belum masuk waktu Zohor lagi pada masa MMD melalui kawasan ni.  Ini adalah antara masjid yang terbesar yang MMD jumpa.


Dalam perjalanan ke sini, ternampak bangunan yang cantik ni.  Namanya Diamond.  Mesti lagi cantik pada waktu malam ni dengan diamond bagai.




DANNY & TINA WHOLESALE FACTORY

Agak jauh perjalanan ke tempat yang dibawa oleh Hj Halim ni.  Lea dan Hakim siap tidur lagi dalam van.  District 5 rasanya.  Ini betul2 di kilang.  Agak usang kat luar tapi meriah dengan barangan kat dalam.  Meriah lagi duit melompat2 nak keluar dari poket.


Nampak tak kerusi2 bersusun kat luar tu?  Disediakan untuk suami2 yang terpaksa menunggu si isteri tengah rambang mata mana nak di beli dan angkut keluar dari kilang.



MMD membeli beberapa helai tudung, 2 helai telekung untuk Lea, kain untuk jubah, kain pasang untuk baju kurung.  MMD kurang berminat dengan baju yang dah siap berjahit kerana selalunya nak kena buat alteration semula.  Malaslah kerja 2 kali sebelum boleh pakai.

 


Alamatnya seperti di resit.




CHO BINH TAY @ BINH TAY MARKET 


 Alamat:

Hj Halim ada beritahu yang tidak berbaloi untuk bershopping di Binh Tay Market kerana kebanyakannya adalah jualan borong.  MMD tetap hendak ke sana kerana ingin mengetahui bagaimana keadaan tempatnya.

Anak2 tinggal dalam van bersama2 dengan Hj Halim. Agak mahal harga barangan di sini jika ingin membeli sehelai2.  Ada kedai terus bagi tahu "NO SELL ONE".  Maknanya mereka jual boronglah tu.

 


Kedai2nya masih di lot2 yang kecil tapi tidak ramai orang berbanding dengan Pasar Ben Thant.

Tak lama pun MMD, my beloved hubby dan Mem besar kat sini.  Panas ye juga.  Tiada apapun yang MMD beli.  Saja2 ronda kawasan katakan.


JAMIUL ISLAMIYAH MOSQUE



Kami berhenti solat Zohor di sini.  Juga dikenali sebagai Nancy Mosque. Ramai komuniti Muslim di kawasan sekitarnya.

459B Tran Hung Dao Street, Cau Kho Ward, District 1, Ho Chi Minh City, Vietnam
Tel: +84 8 3920 3325

Kebetulan masa kami sampai, jemaah sudahpun selesai solat berjemaah.  Tempat wuduknya bercampur untuk lelaki dan perempuan.  Cepat2 kami berwuduk dan naik ke tingkat atas untuk bersolat.

 


Betul kata my Mem besar, alangkah ruginya jika kita ke mana2 tempat orang tanpa bersolat di masjid2 mereka.  Ambillah berkat dengan bersolat di masjid2 mereka.  Tinggalkan sedikit sedekah di tabung yang disediakan semoga bermanafaat kepada yang memerlukannya.

Kalau diikutkan senarai tempat yang MMD nak pergi tu banyak lagi tapi Hj Halim kata tempat2 tu boleh berjalan kaki sahaja dari hotel.  Lagipun susah untuk parking kereta lama2 di kawasan sesak tu.  OK lah jika dah diberitahu begitu,

Kami suruh Hj Halim hantarkan kami ke Malaysian Street agar senang untuk terus makan tengahari walaupun dah agak lewat juga. MMD sepatutnya membayar USD80 untuk trip ni tapi MMD sengaja bayar RM320 je.  Jimat pertukaran wang huhuhu.

RESTORAN HALAL AMIN



Alamat: 

Kami masuk dan makan di sini pulak kali ni.  MMD minta 1 mangkuk kosong dan juga air suam untuk MMD bancuh bubur segera untuk Hazry.  Hazry dah siap makan semua barulah makanan untuk kami sampai.

Antara makanan yang dipesan.  Boleh dikatakan harga di restoran ini agak murah berbanding dengan yang lain.  Bagaimanapun Pho masih lagi sedap di The Daun.

 
 
 
 
 


Balik ke hotel untuk berehat sebentar dan solat Asar.  Kemudian terjah Pasar Ben Thant lagi dan kawasan sekitarnya.  Antara yang dibeli kali ini ialah kasut untuk Hazry, 2 seluar jeans untuk Hakim RM70 sehelai.  Seluar kain khaki untuk MMD.  Sebelum ini, ramai peniaga offer RM30 sehelai, tapi MMD dapat RM20 sehelai dan terus borong beberapa helai kat kedai tu.  Kedai mana satu?   Jangan tanya.  Dah lupa.

MMD dapati, harga kasut sukan tidaklah begitu murah.  Kasut untuk Lea dan Hazry dalam lingkungan RM60-RM80 juga. 

Kali ini pergi cari kopi ais lagi di depan Rohani Collection.  Aikkkk...macam ketagih dah tuuu.



Malamnya tak makan di mana2 pun kerana semua dah kenyang bila makan tengahari agak lewat.  Hakim dan Lea saja yang makan Maggi mee yang MMD bawa dari rumah.

Nooooo. Ada orang pergi makan sorang2 lewat malam kat Halal Amin lagi.  Siapa tu?  My beloved hubby lahhh.  Siap shopping T-shirt untuk diri sendiri.

Tamat sudah hari ke-2 di Ho Chi Minh.  Esok jalan2 lagi.

Monday, March 21, 2016

Percutian ke Ho Chi Minh - Day 1 - 23/02/16

As Salam

Sekarang ni ialah misi untuk menyudahkan entry mengenai misi bershopping di Ho Chi Minh pada 23-27/02/16.  MMD berada di HCM selama 5H4M.  Selain MMD sekeluarga, kali ini Mem Besar pun ikut sekali.  Mana boleh pergi ke tempat shopping tanpanya.  Harus kena bebel 2 tahun tak habis nanti.  Ha Ha Ha.  Memang dah berniat untuk membawa Mem Besar sejak setahun yang lalu semasa book tiket dengan Air Asia.

Adik Nurul menghantar Mem Besar dari Cheras ke rumah MMD pada petang Isnin 22/03/16.  Perjalanan MMD bermula dari rumah lebih kurang pukul 6pg juga pada 23/02/16.  Sepatutnya ikut rancangan pada pukul 5.30pg supaya tidak terkejar2 untuk solat Subuh di airport.

 
Selepas parking di petak OKU, cepat2 kami ke terminal berlepas.  Semasa kami sibuk meninjau billboard flight, tiba2 Lea tidak kelihatan.  Ah sudah....melilau pulak kami mencarinya.  Dalam 10min barulah berjumpa dengannya.  Mukanya dah macam orang risau.  Kami lagilah risau.

Di bahagian scan passport, my beloved hubby bersama2 dengan Hazry untuk laluan manual manakala yang lain melalui gate otomatik.  Ada pegawai yang menguruskan Lea yang berada di sebelah kanan MMD.  Masa tu MMD tengah scan jari dan bila selesai saja, MMD dah tidak dapat mencari Lea.  Begitu juga dengan my beloved hubby dan Hazry.

Lama juga MMD, Hakim dan Mem Besar menunggu berhampiran dengan kaunter pertanyaan selepas scan beg2.  MMD bertanya dengan pegawai di situ jika terpandang penumpang berkerusi roda tapi mereka pun tak perasan. Hampir 15 minit juga di situ, akhirnya MMD pun teruskan ke gate yang sepatutnya dan selepas melepasi scan kastam, terus ke boarding hall.  Kat situ MMD pun masih tidak menemui mereka bertiga jika mereka dah check-in.  MMD berpatah balik ke area kaunter kastam dan akhirnya dapat menghubungi my beloved hubby.

Agak kecoh juga la situasi tu dan akhirnya sebaik sahaja semua berkumpul, semua penumpang diminta untuk masuk ke flight.  Alhamdulillah.  Jika tidak, harus ada yang tak pergi ke HCM ni.  Misteri betul kejadian ni.   Akibatnya kami semua terlepas untuk solat Subuh di airport.

Flight berlepas pada pukul 8.00pg dan sampai pada pukul 9am waktu HCM.  HCM lewat 1 jam di belakang Malaysia.  Teksi yang MMD tempah dah siap menunggu kami dan terus ke Ngan Ha Hotel di alamat 190 Le Thant Ton, District 1. Hotel ni MMD book melalui member club exchange nite.  So MMD tak perlu nak bayar apa2 lagi selain deduct available nights yang MMD ada.  2 bilik di tempah.  Total 8 exchange nites.  Teksi ni MMD bayar RM40 untuk airport transfer dan berjanji untuk city tour pada keesokan harinya.

Sampai saja di hotel, urusan check in cepat juga walaupun MMD ada meminta untuk bilik berhadapan untuk senang MMD uruskan anak2 MMD.  Malangnya, MMD dapati hotel di HCM ni agak menegak ke atas dan bukan melebar, jadinya MMD dapat bilik selang sebilik di tingkat 3.  Okay je. Hotel ni berada di tengah2 simpang 3 arah utara pasar Benh Thant.

Passport kami kecuali Lea dan Hazry dipegang oleh pihak hotel. Ini bilik untuk MMD, Mem besar dan Lea.

 
 


Yang ni pulak untuk my beloved hubby, Hakim dan Hazry yang selang satu pintu.



Selepas bersihkan badan dan qada' solat Subuh dan rehatkan badan, terus sambung dengan solat Zohor. Misi mengisi perut kerana dari pagi tadi tak makan apa2 pun.

Restoran pertama kami singgah ialah The Daun.  Pemiliknya orang Singapore.  Harganya agak mahal tetapi portion makanannya agak besar.  Pho nya sangat sedap berbanding dengan restoran2 lain yang pernah MMD cuba selama berada di HCM. Restoran ini hanya selang sepintu dari hotel.  Tiada tetamu lain masa MMD sampai.  Hakim malas nak ikut,  bungkus je makanan untuknya ke bilik.  Hazry pun tak ikut.  Dah siap2 MMD suapkan bubur segera sebelum kami turun untuk makan.



Kami dihidangkan dengan teh ais yang tawar seakan2 teh cina.  Yang penting, air sejuk!  Dahaga punya pasal.

 
 
 
 
Ini dia Pho (sebutan Fer).  Yang menjadikannya istimewa adalah kerana bauan daun selasih dan satu lagi daun tak ingat pulak MMD apa namanya bila diberitahu oleh tokey kedai yang hanya terdapat di Vietnam.  Lagi sedap bila ditambah dengan sedikit kicap.  Katanya lagi, mereka memasak sup selama 4 jam.  Lama tuuuu.



Selesai brunch, misi menyerang pasar Benh Thant bermula.  Ronda2 kiri kanan lot2 kedai yang kecil2 dan padat tu. MMD singgah membeli kain pasang beberapa helai.  Katanya Italian cotton.  Entahlah, MMD bukannya kenal jenis kain.  Yang penting, tak keras sangat dan tak jarang.  Kalau kain yang jarang2 ni memang MMD reject awal2 kerana tak suka kena pakai alas.  Rimas.  Lagipun kena bayar double bila upah jahit nanti.  Hahaha.  Nampak tak MMD kedekut kat situ !!


Pasar ni terbahagi kepada beberapa bahagian.  Ada pasar basah dan kering.  Ada kedai yang harga tetap dan kedai yang kena tawar gila2 untuk dapatkan harga terbaik.  Kata orang biar win-win.  Kalau peniaga tak bagi, tak mengapa.  Banyak lagi kedai yang menjual dengan barangan yang sama.

Bak kata my beloved hubby, tergugat iman bila berada kat dalam pasar ni.  Bukan saja peniaga yang berpakaian tak cukup kain malah mereka suka tarik2 tangan pengunjung untuk singgah ke kedai mereka.

Selepas berpeluh2 kat dalam tu, kami pun keluar dan pusing keliling kawasan luar pasar dan singgah beberapa kedai di kiri dan kanan pasar.  Survey market kata orang.  Akhir sekali kami singgah di kedai Rohani Collection dan my Mem besar membeli sehelai telekung kat situ.  MMD tengok2 harga dulu. 

Sebelum masuk ke kedai, pekena dulu kopi ais Vietnam yang tersohor tu di depan kedai Rohani Collection. Kedai berwarna kuning tu Rohani Collection. Memang sedap!  Tak tipu Okay...  Harganya RM3.00 segelas.



Kedai ni kiranya sederet je dengan hotel yang MMD tinggal selama 4 malam tu.  Lepas tu balik ke hotel untuk berehat sementara misi ke pasar malam pula.

Selepas solat Isyak, kami semua turun untuk ke pasar malam.  Peniaga2 di pasar malam adalah juga peniaga di dalam pasar Benh Thant pada siang hari.  Harga waktu malam lebih baik sedikit dibandingkan pada waktu siang. 

Kami juga singgah juga di Kedai Hjh Basiroh yang sangat terkenal di kalangan warga Malaysia dan membeli beberapa helai tudung yang dipesan oleh adik MMD.  Kedainya terletak di Jalan Nyugen Anh Ninh yang juga dikenali sebagai Malaysian Street. Selain kedai pakaiannya, setentang dengannya adalah restorannya.



Kat sini memang banyak kedai2 makanan halal di kiri kanan jalan.  Hanya tunggu pilih, masuk, makan dan bayar je.  Kebanyakan harga makanan di sini boleh dikatakan mahal berbanding dengan di Malaysia.

Berkenan betul MMD dengan topi keledar ni.  Tapi tak boleh digunakan oleh penunggang motosikal.  Setakat naik basikal boleh lah.. MMD tak beli pun.



Waktu malam tu habis dengan pusing keliling pasar malam dan balik ke hotel berehat dan tidur.  Esok ada urusan awal pagi.

Jumpa lagi di lain entry.

Tuesday, March 15, 2016

Pengalaman berkhatan di Poliklinik Zailina, Klang - 12/03/16

As Salam semua.

Dah sebulan lebih MMD tak update apa2 kejadian di blog kecil MMD ni.  Ada beberapa cerita yang pending.  Itu akan MMD usahakan secepat mungkin.

Sekolah dah bermula cuti kan?  MMD pun ikut bercuti juga selama 2 hari hingga entry ni terbit.

Cerita MMD bermula dengan pencarian klinik swasta untuk berkhatan anak istimewa MMD iaitu Hazry.  Sebelum ini, beberapa doktor dan Ustaz2 yang MMD temui ada menyarankan agar tangguhkan dulu niat untuk berkhatan kerana keadaan fizikal Hazry.  Lagipun ianya tidak jatuh hukum wajib ke atasnya. 

Dua minggu sebelum bercuti, pencarian bermula dengan bantuan En. Google.  Banyak tempat juga MMD hubungi dan ada yang menyediakan khidmat tersebut dan ada yang tidak.  Ada juga yang tidak berani untuk mengambil risiko berkhatankan anak istimewa kerana memikirkan Hazry perlu untuk dibius seluruh badan.

Harga untuk bius seluruh badan hanya disediakan di hospital2 saja.  Kosnya antara RM3000-RM3500 di beberapa hospital swasta yang MMD hubungi.

MMD ada juga mengunjungi Klinik Aliya di Persiaran Raja Muda Musa dan bertemu dengan salah seorang doktor dan setkan temujanji pada 12/03/16 untuk berkhatan.

Dengan kadar segera MMD terus hubungi caterer yang biasa MMD tempah makanan untuk buat sedikit majlis tahlil dan doa selamat untuk diadakan pada hari Jumaat 11/03/16 malamnya.

Pada keesokan harinya, hari Selasa 08/03/16 staffnya hubungi MMD dan beritahu yang doktor yang akan berkhatankan Hazry tidak berani untuk berkhatankan anak2 istimewa.

Dangggggg!!!.  Berita sedih MMD sampaikan pada my beloved hubby. Terus MMD sambung pencarian. Pencarian terakhir MMD ialah Poliklinik Zailina yang terletak di Taman Sri Andalas.  Ini adalah dari rujukan staff dari Klinik Bersalin Razif yang terletak tidak jauh dari situ.  Thanks pada akak yang menjawab panggilan MMD.  Lupa pula nak tanya namanya.

Staff di Poliklinik Zailina meminta MMD bawakan Hazry dan berpesan untuk bawakan sekali kain pelikat pada 12/03/16 di mana doktor yang akan berkhatankan Hazry perlu memeriksa Hazry terlebih dahulu.  Jika semuanya OK, bolehlah diteruskan.  Lega hati MMD seketika itu.  Alhamdulillah.

Jumaat malamnya acara bacaan tahlil dan doa selamat diadakan seperti yang dirancangkan di Surau As Sajidin.  Ramai juga ahli jemaah surau yang hadir.  Masing2 juga ada membawa balik juadah kerana seperti biasa caterer ni selalu sediakan makanan lebih dari yang MMD tempah.  Kali ini  MMD tempah nasi tomato, daging masak hitam, sambal sotong dan juga ayam kari kuah pekat.

Tibalah masa untuk berangkat ke klinik pada 12/03/16.  Semua anak2 MMD ikut. Dekat saja klinik ni dengan rumah MMD.  Dalam 15-20min je. Sampai di sana, doktor sedang mengkhatankan seorang budak.  MMD tunggu sebentar.  Memang tak lama pun.  Giliran Hazry pun tiba.  Masuk ke bilik Doktor Anuar.  Peramah orangnya.  Staff2nya pun ceria.  Selepas membuat pemeriksaan especially tentang saluran kencingnya, doktor bersetuju untuk teruskan operasi dan menasihati MMD untuk lebih teliti tentang penjagaannya kerana Hazry masih memakai diaper 24jam.  Jangan biarkan diaper basah berlebihan dengan air kencingnya agar tiada jangkitan kuman.



Alhamdulillah....Hazry hanya merengek seketika semasa suntikan ubat bius.  MMD pun keluar seketika semasa urusan "pemotongan".  Masuk semula semasa urusan menjahit.  Hazry gelak2 lagi semasa melihat tangan doktor ke atas ke bawah semasa menjahit.  Semua orang dalam bilik tu pun gelak2 sama.  Tak sampai pun 30min semua urusan selesai.  Selepas mengambil ubat, terus balik ke rumah.

Ni dia, budak baiknya.  Gambar selepas selesai urusan.


Pada petang hari pertama, Hazry menangis teresak2 dengan sedih dan pilu sekali.  Rasa sakit selepas ubat bius dah habis agaknya. Air mata tak banyak tapi air liur yang banyak keluar.  Bengkak bibir2nya.  Pelik kan?

Hari ini sudah masuk hari ke 4.  Jahitannya dah agak kering tapi di bahagian kulit bawah ada lagi sedikit kesan berdarah. Hazry pun dah tak berapa nak baring2 lagi.  Dah naik ke sofa sendiri dan mengesok sampai ke dapur mencari MMD.  Selama 4 hari ni, MMD lah yang membersih lukanya. Masa berkhatan  Hakim, my beloved hubby yang uruskan segalanya.

MMD pun tak adalah rasa takut ke apa kerana dah ada pengalaman membersih luka selepas beberapa operation ke atas Hazry sebelum ni semasa dia kecil dulu.

Antara ubat yang diberikan dan alamat Poliklinik Zailina.


Happy Hazry dilayan sebagai raja. HuHuHu.  Tidur pun di tengah2 ruang tamu.


Sekian pengalaman berkhatan untuk Hazry.  Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan olehNya.

Jumpa lagi di lain entry.






Tuesday, February 2, 2016

Jom merentas

As Salam

Hari Sabtu lepas, 30/01/16, awal2 pagi MMD kejutkan Lea. Sehari sebelum tu MMD dah sign surat kebenaran untuk dihantar ke sekolahnya.  Malangnya MMD terlepas pandang akan waktunya.

Terkebil2lah si budak Lea bangun tapi bersemangat betul.  Tak perlu nak kejutkan banyak kali untuk bangun dari katil. 

Siap sarapan dan my beloved hubby dah siap2 untuk hantarnya ke sekolah.  Jam masa tu pukul 7.30pagi.

Macam biasa, hari Sabtu MMD tidak bertugas.  Hanya tukar profession jadi suri rumah tangga sepenuh masa pada hujung minggu.

Dah pukul 9.00pagi, my beloved hubby belum balik2 lagi.  Ehmmmm.  Apa yang terjadi ni?  Lama betul menghantar Lea.

Pukul 9.30pagi barulah my belvoed hubby muncul.  Katanya Lea siap tidur lagi dalam kereta sementara menunggu acara bermula.  Rupa2nya senamrobik bermula pada pukul 8.30pagi dan acara merentas desa bermula pukul 9-9.30pg.  Ohhhh...patutlah.

Pukul 11pagi my beloved hubby pergi semula ke sekolah untuk menjemput Lea balik.  Dari dalam kereta, Lea bermuka sedih.  Ni mesti kalah, berkata MMD dalam hati.  Biasanya Lea kalau dia tak menang apa2 hadiah dalam apa2 acara, mukanya nampak sedih tu berlipat kali ganda.

Tiba2 dia tunjukkan medalnya.  Wahhhhhh, dapat tempat ke-7 untuk acara merentas desa bagi darjah 3 bahagian pelajar perempuan.  Tahniah ye Lea sayang....
 

Hari ni, medalnya dah siap2 tergantung di dalam biliknya.  Tersusun cantik bersama2 dengan medal2nya yang dimenanginya sejak dari tadika.

Sekian cerita merentas desa anak dara MMD untuk kali ini.

Jumpa lagi di lain siaran.

Monday, February 1, 2016

Tak nak balik rumah! Jom ke Hotel Seri Malaysia, Bagan Lalang 02-03/01/16

As Salam.

Perjalanan balik dari Lukut masih melalui laluan yang sama semasa datang iaitu melalui Sepang.  Anak2 semua dah tidur akibat kepenatan dan kepanasan.  Dalam dok berborak dengan dengan my beloved hubby, tau apa yang my beloved hubby tanya?

Nak singgah Labu Johnson semula ke nak singgah Avani Sepang Gold Coast? Aikkkk!!!!  Tak puas holiday lagi?  Katanya sebab Lea kempunan tak dapat mandi pool di apartment tadi.  MMD dok berfikir sendiri, kita cari chalet2 yang murah2 je la.  Boleh mandi kat pool di Avani.  Boleh tunjuk membership card je.

Bila dah nak sampai ke simpang samada terus ke Sepang atau ke kanan untuk ke Labu Johnson/KL, my beloved hubby tanya lagi.  MMD pun jawab, terserah lah.......  my beloved hubby terus je perjalanan untuk ke Sepang.  Hahahahaha.

Dalam duduk tengok2 chalet di tepi2 jalan yang kecil menghala ke Avani tu, my beloved hubby terus je tanpa perlahankan kereta.  Nampak gaya macam nak ke Avani je ni dalam hati MMD.  Bila sampai kat area pantai,  mak aiiiii.  Banyaknya kereta dan ramainya manusia.  Malas nak masuk Avani untuk tanya.  Sure dah penuh ni.  Lagi2 bila walk in last minute macam ni.  Terus belok ke kiri untuk ke Hotel Seri Malaysia. 

Alamatnya:

Lot 979 & 980, Pantai , Sg Pelek 43950 Bagan Lalang Sepang Malaysia, Malaysia  
 
Ada bilik deluxe yang terakhir tapi kat 1st floor. Nasib baik ada family room di ground floor.  RM236.00.  Mahal sikit dah tentu.  Ok.  Check in.  Orang yang paling gembira sudah tentulah Lea.  Cepat2 dia suruh my beloved hubby bukakan pintu kereta belakang dan keluarkan kotak yang berisi peralatan2 renangnya.  


Masuk je ke bilik, Lea cepat2 sarung baju renangnya dan minta my beloved hubby temankannya ke pool.  MMD selesaikan urusan dengan Hazry dan diri sendiri dulu.  Lepas tu barulah MMD ke pool, take over dari my beloved hubby.  Kena alihkan meja untuk bersolat.  Baru lega sikit ruangnya.

Macam biasa, Lea dan Hakim memang tak akan lepaskan peluang untuk mandi di pool.  Ramai juga pengunjung di sini.  Dah petang, apa lagi nak di buat.  Dah tentu terjun masuk pool lahhh. Layan anak2. Hazry menjadi peneman setia MMD.  Sesekali menjerit2 bila dia tengok Lea dan Hakim bergembira dalam pool.  Hakim ni kuat mengusik Lea.  Lea pulak kuat mengadu pada MMD dan kuat merajuk.  Kejab lagi baik pulak dengan abangnya.  MMD tak hairan pun bila dia mengadu pada MMD.  Ye la Ye la.  Biasa macam tu la MMD cakap.


My beloved hubby ada ronda2 kat dalam kawasan hotel ni.  Kat dewan makan ada juga menyediakan masakan panas jika ada orang order.  Dah petang pun dan anak2 sibuk mandi.  Dah tak ingat nak makan pun mereka.  Lagipun malam nanti nak keluar jugak.

Lepas Maghrib, kami pun keluar dan arah ke pantai.  Kiri dan kanan banyak kedai2 makan makanan laut.  Kali ini kami ke arah kanan, kalau ke kiri ke arah Avani.  Pernah makan di restoran yang di sebelah kiri.  Kami makan di RM Serai D Bagan.  Harganya pun berpatutan.  Masakannya pun sedap.  Antara masakan yang MMD order kat bawah ni.

Sejak dari hari ni, Lea dah mulai menyukai makanan laut.  Biasanya dia makan ikan saja.  Sekarang dah pandai & suka makan lala, pepahat, sotong, kerang.  Semua ni MMD bagitahu kat dia yang adik-beradik kerang tapi lain2 bentuk.  Tiap kali pergi beli barang dapur, mesti diingatkan pada MMD agar belikan sekali makanan kesukaan barunya tu.


Selepas sarapan pagi keesokan harinya, Lea dan Hakim terjun pool lagi.  MMD layan tengok TV dengan Hazry.  Dah pukul 12tgh barulah mereka berdua balik ke bilik.  My beloved hubby kata, hanya tinggal mereka berdua je kat pool.  Apa tidaknya, orang dah check out.  Lepas siap2, kami pun beransur untuk check out juga.  Tengok parking lot kat luar.....wahhhhh...kosooooooooong!!!  Ada 3-4buah kereta je. Patutlah receptionist tak kejar kami untuk check out.  Dah tak ada pengunjung pun.  Esok kan dah mula bersekolah.
 
 

Tengok muka Lea yang dah gelap.  Lepas mandi laut sehari sebelum tu, sekarang mandi kat pool pulak hingga tengahari.

Puas hati melayan anak2.  Tamatlah sudah 3H2M kami dari Port Dickson hingga ke Sepang pada awal tahun 2016.  Tunggu lawatan kami ke negara jiran pulak pada akhir Feb 2016 nanti.

Selamat melayari bahtera persekolahanlah pulak ye Cik Lea.  

As Salam.  Jumpa lagi nanti.  Jangan lupa terus menyokong blog MMD ni.


Sunday, January 31, 2016

Lawatan ke Kota Dan Muzium Lukut - 02/01/16

As Salam

Masa arah ke PD semalam, kami dah terlepas simpang ke Lukut ni.  Jadi MMD dah pesan awal2 pada my beloved hubby agar perlahan2 bila nak sampai supaya tidak terlepas simpangnya lagi dalam perjalanan balik dari PD. 

Lukut ini ada sejarahnya yang tersendiri.  MMD cedok info dari Wikipedia, ensiklopedia bebas.  Antaranya ialah:



Kota Lukut ialah sebuah kota di Lukut, Negeri Sembilan yang dibina oleh Raja Jumaat ibni Raja Jaafar pada 1847 ketika pemerintahan Sultan Selangor yang ketiga iaitu Sultan Muhammad Shah (1826-1857). Kota ini terletak di atas bukit yang dinamakan Bukit Gajah Mati atau disebut juga sebagai "Bukit Raja", ketika itu dalam pemerintahan Selangor.[1]
Kota yang berbentuk empat segi bujur yang berukuran lebih kurang 200 meter panjang dan 170 meter lebar ini dikelilingi parit yang dipasang dengan ranjau yang mempunyai kedalaman di antara tiga hingga lima meter dalam. Dari atas kota, boleh dilihat pemandangan Sungai Lukut, Selat Melaka dan kawasan sekitarnya.
Semasa Raja Bot bin Raja Jumaat memerintah, banyak tentangan dihadapi daripada musuh terutama daripada Raja Sulaiman (Sungai Raya) yang enggan tunduk kepadanya. Kota Lukut diperbesarkan dan diperkuatkan dengan kawalan 30 orang askar Arab bagi menghadapi sebarang serangan musuh.
Kegawatan politik dan kekacauan yang berlaku ketika itu akhirnya melemahkan kewangan Lukut dan sedikit demi sedikit menghakis kemasyhuran Lukut.
Kini terdapat sebuah muzium di kaki bukit berhampiran kota ini yang dinamakan Muzium Lukut.  

Pada mulanya, MMD dan Lea saja yang panjat bukit tu.  Berposing sana sini.  Panas mentari terik di atas kepala.  Berkerut2 dahi.  MMD hanya berpusing2 kat area situ je.  Tak pergi pun ke bangunan muziumnya.




Lea ajak bermain sebentar di playground kat situ.  Oh dearrrrr, panas ni. Demam kang nanti.



Tiba2.....datang seorang jejaka sado dan menegur MMD.  Terkejut MMD dengan kesadoannya.  Hahahahha....jangan gelak tau....anak MMD, Hakim datang menjemput MMD dan Lea balik.  My beloved hubby dah siap tunggu kat tangga paling bawah tu....


Sekian dulu lawatan terpendek yang pernah MMD buat.  Jumpa lagi yerrrr.

As salam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...