Tuesday, March 15, 2016

Pengalaman berkhatan di Poliklinik Zailina, Klang - 12/03/16

As Salam semua.

Dah sebulan lebih MMD tak update apa2 kejadian di blog kecil MMD ni.  Ada beberapa cerita yang pending.  Itu akan MMD usahakan secepat mungkin.

Sekolah dah bermula cuti kan?  MMD pun ikut bercuti juga selama 2 hari hingga entry ni terbit.

Cerita MMD bermula dengan pencarian klinik swasta untuk berkhatan anak istimewa MMD iaitu Hazry.  Sebelum ini, beberapa doktor dan Ustaz2 yang MMD temui ada menyarankan agar tangguhkan dulu niat untuk berkhatan kerana keadaan fizikal Hazry.  Lagipun ianya tidak jatuh hukum wajib ke atasnya. 

Dua minggu sebelum bercuti, pencarian bermula dengan bantuan En. Google.  Banyak tempat juga MMD hubungi dan ada yang menyediakan khidmat tersebut dan ada yang tidak.  Ada juga yang tidak berani untuk mengambil risiko berkhatankan anak istimewa kerana memikirkan Hazry perlu untuk dibius seluruh badan.

Harga untuk bius seluruh badan hanya disediakan di hospital2 saja.  Kosnya antara RM3000-RM3500 di beberapa hospital swasta yang MMD hubungi.

MMD ada juga mengunjungi Klinik Aliya di Persiaran Raja Muda Musa dan bertemu dengan salah seorang doktor dan setkan temujanji pada 12/03/16 untuk berkhatan.

Dengan kadar segera MMD terus hubungi caterer yang biasa MMD tempah makanan untuk buat sedikit majlis tahlil dan doa selamat untuk diadakan pada hari Jumaat 11/03/16 malamnya.

Pada keesokan harinya, hari Selasa 08/03/16 staffnya hubungi MMD dan beritahu yang doktor yang akan berkhatankan Hazry tidak berani untuk berkhatankan anak2 istimewa.

Dangggggg!!!.  Berita sedih MMD sampaikan pada my beloved hubby. Terus MMD sambung pencarian. Pencarian terakhir MMD ialah Poliklinik Zailina yang terletak di Taman Sri Andalas.  Ini adalah dari rujukan staff dari Klinik Bersalin Razif yang terletak tidak jauh dari situ.  Thanks pada akak yang menjawab panggilan MMD.  Lupa pula nak tanya namanya.

Staff di Poliklinik Zailina meminta MMD bawakan Hazry dan berpesan untuk bawakan sekali kain pelikat pada 12/03/16 di mana doktor yang akan berkhatankan Hazry perlu memeriksa Hazry terlebih dahulu.  Jika semuanya OK, bolehlah diteruskan.  Lega hati MMD seketika itu.  Alhamdulillah.

Jumaat malamnya acara bacaan tahlil dan doa selamat diadakan seperti yang dirancangkan di Surau As Sajidin.  Ramai juga ahli jemaah surau yang hadir.  Masing2 juga ada membawa balik juadah kerana seperti biasa caterer ni selalu sediakan makanan lebih dari yang MMD tempah.  Kali ini  MMD tempah nasi tomato, daging masak hitam, sambal sotong dan juga ayam kari kuah pekat.

Tibalah masa untuk berangkat ke klinik pada 12/03/16.  Semua anak2 MMD ikut. Dekat saja klinik ni dengan rumah MMD.  Dalam 15-20min je. Sampai di sana, doktor sedang mengkhatankan seorang budak.  MMD tunggu sebentar.  Memang tak lama pun.  Giliran Hazry pun tiba.  Masuk ke bilik Doktor Anuar.  Peramah orangnya.  Staff2nya pun ceria.  Selepas membuat pemeriksaan especially tentang saluran kencingnya, doktor bersetuju untuk teruskan operasi dan menasihati MMD untuk lebih teliti tentang penjagaannya kerana Hazry masih memakai diaper 24jam.  Jangan biarkan diaper basah berlebihan dengan air kencingnya agar tiada jangkitan kuman.



Alhamdulillah....Hazry hanya merengek seketika semasa suntikan ubat bius.  MMD pun keluar seketika semasa urusan "pemotongan".  Masuk semula semasa urusan menjahit.  Hazry gelak2 lagi semasa melihat tangan doktor ke atas ke bawah semasa menjahit.  Semua orang dalam bilik tu pun gelak2 sama.  Tak sampai pun 30min semua urusan selesai.  Selepas mengambil ubat, terus balik ke rumah.

Ni dia, budak baiknya.  Gambar selepas selesai urusan.


Pada petang hari pertama, Hazry menangis teresak2 dengan sedih dan pilu sekali.  Rasa sakit selepas ubat bius dah habis agaknya. Air mata tak banyak tapi air liur yang banyak keluar.  Bengkak bibir2nya.  Pelik kan?

Hari ini sudah masuk hari ke 4.  Jahitannya dah agak kering tapi di bahagian kulit bawah ada lagi sedikit kesan berdarah. Hazry pun dah tak berapa nak baring2 lagi.  Dah naik ke sofa sendiri dan mengesok sampai ke dapur mencari MMD.  Selama 4 hari ni, MMD lah yang membersih lukanya. Masa berkhatan  Hakim, my beloved hubby yang uruskan segalanya.

MMD pun tak adalah rasa takut ke apa kerana dah ada pengalaman membersih luka selepas beberapa operation ke atas Hazry sebelum ni semasa dia kecil dulu.

Antara ubat yang diberikan dan alamat Poliklinik Zailina.


Happy Hazry dilayan sebagai raja. HuHuHu.  Tidur pun di tengah2 ruang tamu.


Sekian pengalaman berkhatan untuk Hazry.  Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan olehNya.

Jumpa lagi di lain entry.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...