Monday, March 21, 2016

Percutian ke Ho Chi Minh - Day 1 - 23/02/16

As Salam

Sekarang ni ialah misi untuk menyudahkan entry mengenai misi bershopping di Ho Chi Minh pada 23-27/02/16.  MMD berada di HCM selama 5H4M.  Selain MMD sekeluarga, kali ini Mem Besar pun ikut sekali.  Mana boleh pergi ke tempat shopping tanpanya.  Harus kena bebel 2 tahun tak habis nanti.  Ha Ha Ha.  Memang dah berniat untuk membawa Mem Besar sejak setahun yang lalu semasa book tiket dengan Air Asia.

Adik Nurul menghantar Mem Besar dari Cheras ke rumah MMD pada petang Isnin 22/03/16.  Perjalanan MMD bermula dari rumah lebih kurang pukul 6pg juga pada 23/02/16.  Sepatutnya ikut rancangan pada pukul 5.30pg supaya tidak terkejar2 untuk solat Subuh di airport.

 
Selepas parking di petak OKU, cepat2 kami ke terminal berlepas.  Semasa kami sibuk meninjau billboard flight, tiba2 Lea tidak kelihatan.  Ah sudah....melilau pulak kami mencarinya.  Dalam 10min barulah berjumpa dengannya.  Mukanya dah macam orang risau.  Kami lagilah risau.

Di bahagian scan passport, my beloved hubby bersama2 dengan Hazry untuk laluan manual manakala yang lain melalui gate otomatik.  Ada pegawai yang menguruskan Lea yang berada di sebelah kanan MMD.  Masa tu MMD tengah scan jari dan bila selesai saja, MMD dah tidak dapat mencari Lea.  Begitu juga dengan my beloved hubby dan Hazry.

Lama juga MMD, Hakim dan Mem Besar menunggu berhampiran dengan kaunter pertanyaan selepas scan beg2.  MMD bertanya dengan pegawai di situ jika terpandang penumpang berkerusi roda tapi mereka pun tak perasan. Hampir 15 minit juga di situ, akhirnya MMD pun teruskan ke gate yang sepatutnya dan selepas melepasi scan kastam, terus ke boarding hall.  Kat situ MMD pun masih tidak menemui mereka bertiga jika mereka dah check-in.  MMD berpatah balik ke area kaunter kastam dan akhirnya dapat menghubungi my beloved hubby.

Agak kecoh juga la situasi tu dan akhirnya sebaik sahaja semua berkumpul, semua penumpang diminta untuk masuk ke flight.  Alhamdulillah.  Jika tidak, harus ada yang tak pergi ke HCM ni.  Misteri betul kejadian ni.   Akibatnya kami semua terlepas untuk solat Subuh di airport.

Flight berlepas pada pukul 8.00pg dan sampai pada pukul 9am waktu HCM.  HCM lewat 1 jam di belakang Malaysia.  Teksi yang MMD tempah dah siap menunggu kami dan terus ke Ngan Ha Hotel di alamat 190 Le Thant Ton, District 1. Hotel ni MMD book melalui member club exchange nite.  So MMD tak perlu nak bayar apa2 lagi selain deduct available nights yang MMD ada.  2 bilik di tempah.  Total 8 exchange nites.  Teksi ni MMD bayar RM40 untuk airport transfer dan berjanji untuk city tour pada keesokan harinya.

Sampai saja di hotel, urusan check in cepat juga walaupun MMD ada meminta untuk bilik berhadapan untuk senang MMD uruskan anak2 MMD.  Malangnya, MMD dapati hotel di HCM ni agak menegak ke atas dan bukan melebar, jadinya MMD dapat bilik selang sebilik di tingkat 3.  Okay je. Hotel ni berada di tengah2 simpang 3 arah utara pasar Benh Thant.

Passport kami kecuali Lea dan Hazry dipegang oleh pihak hotel. Ini bilik untuk MMD, Mem besar dan Lea.

 
 


Yang ni pulak untuk my beloved hubby, Hakim dan Hazry yang selang satu pintu.



Selepas bersihkan badan dan qada' solat Subuh dan rehatkan badan, terus sambung dengan solat Zohor. Misi mengisi perut kerana dari pagi tadi tak makan apa2 pun.

Restoran pertama kami singgah ialah The Daun.  Pemiliknya orang Singapore.  Harganya agak mahal tetapi portion makanannya agak besar.  Pho nya sangat sedap berbanding dengan restoran2 lain yang pernah MMD cuba selama berada di HCM. Restoran ini hanya selang sepintu dari hotel.  Tiada tetamu lain masa MMD sampai.  Hakim malas nak ikut,  bungkus je makanan untuknya ke bilik.  Hazry pun tak ikut.  Dah siap2 MMD suapkan bubur segera sebelum kami turun untuk makan.



Kami dihidangkan dengan teh ais yang tawar seakan2 teh cina.  Yang penting, air sejuk!  Dahaga punya pasal.

 
 
 
 
Ini dia Pho (sebutan Fer).  Yang menjadikannya istimewa adalah kerana bauan daun selasih dan satu lagi daun tak ingat pulak MMD apa namanya bila diberitahu oleh tokey kedai yang hanya terdapat di Vietnam.  Lagi sedap bila ditambah dengan sedikit kicap.  Katanya lagi, mereka memasak sup selama 4 jam.  Lama tuuuu.



Selesai brunch, misi menyerang pasar Benh Thant bermula.  Ronda2 kiri kanan lot2 kedai yang kecil2 dan padat tu. MMD singgah membeli kain pasang beberapa helai.  Katanya Italian cotton.  Entahlah, MMD bukannya kenal jenis kain.  Yang penting, tak keras sangat dan tak jarang.  Kalau kain yang jarang2 ni memang MMD reject awal2 kerana tak suka kena pakai alas.  Rimas.  Lagipun kena bayar double bila upah jahit nanti.  Hahaha.  Nampak tak MMD kedekut kat situ !!


Pasar ni terbahagi kepada beberapa bahagian.  Ada pasar basah dan kering.  Ada kedai yang harga tetap dan kedai yang kena tawar gila2 untuk dapatkan harga terbaik.  Kata orang biar win-win.  Kalau peniaga tak bagi, tak mengapa.  Banyak lagi kedai yang menjual dengan barangan yang sama.

Bak kata my beloved hubby, tergugat iman bila berada kat dalam pasar ni.  Bukan saja peniaga yang berpakaian tak cukup kain malah mereka suka tarik2 tangan pengunjung untuk singgah ke kedai mereka.

Selepas berpeluh2 kat dalam tu, kami pun keluar dan pusing keliling kawasan luar pasar dan singgah beberapa kedai di kiri dan kanan pasar.  Survey market kata orang.  Akhir sekali kami singgah di kedai Rohani Collection dan my Mem besar membeli sehelai telekung kat situ.  MMD tengok2 harga dulu. 

Sebelum masuk ke kedai, pekena dulu kopi ais Vietnam yang tersohor tu di depan kedai Rohani Collection. Kedai berwarna kuning tu Rohani Collection. Memang sedap!  Tak tipu Okay...  Harganya RM3.00 segelas.



Kedai ni kiranya sederet je dengan hotel yang MMD tinggal selama 4 malam tu.  Lepas tu balik ke hotel untuk berehat sementara misi ke pasar malam pula.

Selepas solat Isyak, kami semua turun untuk ke pasar malam.  Peniaga2 di pasar malam adalah juga peniaga di dalam pasar Benh Thant pada siang hari.  Harga waktu malam lebih baik sedikit dibandingkan pada waktu siang. 

Kami juga singgah juga di Kedai Hjh Basiroh yang sangat terkenal di kalangan warga Malaysia dan membeli beberapa helai tudung yang dipesan oleh adik MMD.  Kedainya terletak di Jalan Nyugen Anh Ninh yang juga dikenali sebagai Malaysian Street. Selain kedai pakaiannya, setentang dengannya adalah restorannya.



Kat sini memang banyak kedai2 makanan halal di kiri kanan jalan.  Hanya tunggu pilih, masuk, makan dan bayar je.  Kebanyakan harga makanan di sini boleh dikatakan mahal berbanding dengan di Malaysia.

Berkenan betul MMD dengan topi keledar ni.  Tapi tak boleh digunakan oleh penunggang motosikal.  Setakat naik basikal boleh lah.. MMD tak beli pun.



Waktu malam tu habis dengan pusing keliling pasar malam dan balik ke hotel berehat dan tidur.  Esok ada urusan awal pagi.

Jumpa lagi di lain entry.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...