As Salam.
Pukul 7.00 pagi naik lift ke tingkat atas dan terpaksa naik 1 tingkat lagi dengan anak tangga. Kesian my beloved hubby dan Hakim terpaksa mengangkut wheelchair dan Hazry. Ingatkan terus ke dewan makan yang terletak di roof top.
Ruangnya agak sempit tapi dihias dengan cantik dan santai sekali. Pihak hotel menggunakan sepenuhnya ruang yang ada, Begitu juga dengan hotel yang bersebelahahan. Roof top dijadikan ruangan makan tetamu hotel.
Kami memilih telur, roti dan juga jus oren sebagai sarapan pagi. Tak berani nak ambil sup2 bagai. Besar betul roti Vietnam ni. Kosong je. Tak ada inti apa2 pun.
Siap2 sarapan, turun semula ke lobi untuk menunggu van yang MMD dah janji sebelumnya. Kat sini juga ada disediakan 2 buah komputer. Lagilah Hakim suka melepak kat sini. Hari ni MMD dah dapat untuk tukarkan bilik untuk my beloved hubby hanya bersebelahan dengan bilik MMD. Lagi senang untuk keluar masuk.
Tepat 8.30pg yang dijanjikan, van sampai. Ini memang betul2 menepati janji. Abaikan waktu yang tertera di gambar kerana MMD tak adjust masanya. MMD sewa van dari Hj Halim ( Hj Ab Ha Leam +84 90 378 4045). Menurut Hj Halim, dia pernah tinggal di Terengganu beberapa tahun sebelum balik semula ke Ho Chi Minh dengan berniaga dan membawa pelancung2 melawat di tempat2 menarik di sini. Sebab tu kadang2 kedengaran sleng Terengganu semasa bercakap dengannya.
Antara tempat lawatan hari ini ialah:
WAR REMNANT MUSEUM
Alamat:
Sampai kat sini, Hj Halim pergi bayar untuk tiket masuk dan tampal stiker di lengan baju. Kosnya VD15000 seorang ni dah termasuk di dalam pakej. Banyak kapal terbang tentera dipamirkan di ruangan luar kawasan ni. Oleh kerana matahari dah nak panas, MMD ajak anak2 ronda2 kawasan luar dulu, Nanti kang dah panas terik tak best pulak. Ianya lebih kurang macam Muzium Tentera Darat di Port Dickson juga.
Lihatlah kesan Agent Orange kepada pokok2 bakau yang begitu kuat daya tahannya juga musnah. Begitu juga terjadi kepada mangsa2 dan ibu2 mengandung di mana anak2 yang dilahirkan dengan berbagai kecacatan.
Selepas ambil gambar sana dan sini, terus masuk ke dewan pameran yang terletak di dalam bangunan. MMD tak pusing habis pun. Kat bahagian atas pun tak naik. Lea tak berani nak ikut. Katanya ada tentera yang mati kat situ. Hahaha kelakar sangat kau Lea.
MMD, my Mem besar dan Hakim je yang teruskan lawatan. My beloved hubby, Lea dan Hazry lepak2 di tempat duduk di luar kawasan pameran bersama2 dengan Hj Halim.
Hj Halim berpesan agar pergi tengok penjara. Haaaahhhh, lagilah Lea tak nak ikut. Tempat siksaan yang sungguh menggerunkan termasuk tempat potong kepala.
Besarnya peluru2!!!
Terkejut Hj Halim bila MMD kata, Ok jom ke tempat lain pulak. Lebih kurang 30min je MMD berada di sini. Bukan nak buat apa pun lama2. Dah MMD bagitahu awal2, tujuan MMD datang adalah untuk melihat serba sedikit keadaan tempat lawatan, tahu di mana tempatnya dan yang paling penting bergambar sebagai kenangan. Kalau nak tahu lebih jelas, boleh je baca di internet. Hj Halim ada bagitahu, ada pelancung mengambil masa lebih kurang 1-2 jam di satu2 tempat lawatan.
Ini Hj Halim tengah berborak2 dengan my Mem besar.
REUNIFICATION PALACE
Ini tempat destinasi seterusnya. Juga dikenali sebagai Independence Palace. Dibina di atas tapak Norodom Palace. Ini pun hanya ambil masa tak sampai 5 minit. Van tidak dibenarkan parking lama2 di ruangan kosong di luar pagar. Nak masuk ke sini pun kena bayar. Tak kuasa nak bayar pun. Hanya bergambar di luar pagar je. My beloved hubby dan Hazry tak turun pun dari van.
Nak tahu lebih lanjut, boleh je tanya En. Google.
Cepat2 ambil gambar depan pintu. Ada bas2 nak masuk bawa pelancung.
NOTRE DAME CATHEDRAL
Alamat:
Tak jauh dari situ, singgah pulak di gereja ni. Juga merupakan tempat tumpuan pelancung. MMD ke sini bukanlah kerana membanggakan agama mereka tetapi sebagai kenangan melihatkan seni bina yang begitu cantik sekali. Beberapa pasangan sedang mengambil gambar perkahwinan hingga ke tengah jalan. Hebat betul mereka.
HO CHI MINH CENTRAL POST OFFICE
Alamat:
Dibuka dari 8:00pg hingga 6:00ptg.
Bersebelah dengan Notre Dame ni, terdapat pejabat pos dengan seni bina yang tidak kurang menariknya. Masuk ke dalam dan memang ramai orang pada masa tu berurusan di kaunter2nya. Bergambar sikit dan terus keluar. Yang paling menarik pada pandangan mata MMD ialah senibina kubahnya.
SAIGON CENTRAL MOSQUE
Juga dikenali sebagai Jamia Al Muslimim. Alamatnya.
66 Dong Du Street, Dist 1, Ho Chi Minh City, Vietnam
Tel: +84 8 3824 2903
Open hours: 08:00 AM – 08:00 PM Daily
MMD hanya singgah bergambar je kat sini. Belum masuk waktu Zohor lagi pada masa MMD melalui kawasan ni. Ini adalah antara masjid yang terbesar yang MMD jumpa.
Dalam perjalanan ke sini, ternampak bangunan yang cantik ni. Namanya Diamond. Mesti lagi cantik pada waktu malam ni dengan diamond bagai.
DANNY & TINA WHOLESALE FACTORY
Agak jauh perjalanan ke tempat yang dibawa oleh Hj Halim ni. Lea dan Hakim siap tidur lagi dalam van. District 5 rasanya. Ini betul2 di kilang. Agak usang kat luar tapi meriah dengan barangan kat dalam. Meriah lagi duit melompat2 nak keluar dari poket.
Nampak tak kerusi2 bersusun kat luar tu? Disediakan untuk suami2 yang terpaksa menunggu si isteri tengah rambang mata mana nak di beli dan angkut keluar dari kilang.
MMD membeli beberapa helai tudung, 2 helai telekung untuk Lea, kain untuk jubah, kain pasang untuk baju kurung. MMD kurang berminat dengan baju yang dah siap berjahit kerana selalunya nak kena buat alteration semula. Malaslah kerja 2 kali sebelum boleh pakai.
Alamatnya seperti di resit.
CHO BINH TAY @ BINH TAY MARKET
Hj Halim ada beritahu yang tidak berbaloi untuk bershopping di Binh Tay Market kerana kebanyakannya adalah jualan borong. MMD tetap hendak ke sana kerana ingin mengetahui bagaimana keadaan tempatnya.
Anak2 tinggal dalam van bersama2 dengan Hj Halim. Agak mahal harga barangan di sini jika ingin membeli sehelai2. Ada kedai terus bagi tahu "NO SELL ONE". Maknanya mereka jual boronglah tu.
Kedai2nya masih di lot2 yang kecil tapi tidak ramai orang berbanding dengan Pasar Ben Thant.
Tak lama pun MMD, my beloved hubby dan Mem besar kat sini. Panas ye juga. Tiada apapun yang MMD beli. Saja2 ronda kawasan katakan.
JAMIUL ISLAMIYAH MOSQUE
Kami berhenti solat Zohor di sini. Juga dikenali sebagai Nancy Mosque. Ramai komuniti Muslim di kawasan sekitarnya.
459B Tran Hung Dao Street, Cau Kho Ward, District 1, Ho Chi Minh City, Vietnam
Tel: +84 8 3920 3325
Kebetulan masa kami sampai, jemaah sudahpun selesai solat berjemaah. Tempat wuduknya bercampur untuk lelaki dan perempuan. Cepat2 kami berwuduk dan naik ke tingkat atas untuk bersolat.
Betul kata my Mem besar, alangkah ruginya jika kita ke mana2 tempat orang tanpa bersolat di masjid2 mereka. Ambillah berkat dengan bersolat di masjid2 mereka. Tinggalkan sedikit sedekah di tabung yang disediakan semoga bermanafaat kepada yang memerlukannya.
Kalau diikutkan senarai tempat yang MMD nak pergi tu banyak lagi tapi Hj Halim kata tempat2 tu boleh berjalan kaki sahaja dari hotel. Lagipun susah untuk parking kereta lama2 di kawasan sesak tu. OK lah jika dah diberitahu begitu,
Kami suruh Hj Halim hantarkan kami ke Malaysian Street agar senang untuk terus makan tengahari walaupun dah agak lewat juga. MMD sepatutnya membayar USD80 untuk trip ni tapi MMD sengaja bayar RM320 je. Jimat pertukaran wang huhuhu.
RESTORAN HALAL AMIN
Alamat:
Kami masuk dan makan di sini pulak kali ni. MMD minta 1 mangkuk kosong dan juga air suam untuk MMD bancuh bubur segera untuk Hazry. Hazry dah siap makan semua barulah makanan untuk kami sampai.
Antara makanan yang dipesan. Boleh dikatakan harga di restoran ini agak murah berbanding dengan yang lain. Bagaimanapun Pho masih lagi sedap di The Daun.
Balik ke hotel untuk berehat sebentar dan solat Asar. Kemudian terjah Pasar Ben Thant lagi dan kawasan sekitarnya. Antara yang dibeli kali ini ialah kasut untuk Hazry, 2 seluar jeans untuk Hakim RM70 sehelai. Seluar kain khaki untuk MMD. Sebelum ini, ramai peniaga offer RM30 sehelai, tapi MMD dapat RM20 sehelai dan terus borong beberapa helai kat kedai tu. Kedai mana satu? Jangan tanya. Dah lupa.
MMD dapati, harga kasut sukan tidaklah begitu murah. Kasut untuk Lea dan Hazry dalam lingkungan RM60-RM80 juga.
Kali ini pergi cari kopi ais lagi di depan Rohani Collection. Aikkkk...macam ketagih dah tuuu.
Malamnya tak makan di mana2 pun kerana semua dah kenyang bila makan tengahari agak lewat. Hakim dan Lea saja yang makan Maggi mee yang MMD bawa dari rumah.
Nooooo. Ada orang pergi makan sorang2 lewat malam kat Halal Amin lagi. Siapa tu? My beloved hubby lahhh. Siap shopping T-shirt untuk diri sendiri.
Tamat sudah hari ke-2 di Ho Chi Minh. Esok jalan2 lagi.
2 comments:
replica bags near me replica bags in gaffar market replica bags bangkok
j0m88b6x88 v0r46i8w35 v6s76k6q41 f8m80v2p16 y0e04i5o22 a4r80b2k77
Post a Comment