Thursday, May 11, 2017

Umrah 2017 - Raudhah yang ku tunggu (part 6)

As Salam semua.

Hari ke-lapan (05/02/2017)

Bangun pagi ni dengan semangat berkobar2 untuk mengunjungi makam Baginda Rasulullah.  Dimulai dengan solat pertama di Masjid Nabawi bersama2 dengan ibunda tercinta, my Mem Besar.

Sujud syukur kerana diberi kesempatan sekali lagi menjejakkan kaki di bumi Allah yang penuh barakah ini.

Gambar My Mem Besar di depan banner salah seorang pemilik Andalusia Travel.



Sejuk hari ini di bumi Madinah. Menunaikan solat Subuh pertama di masjid ini dengan penuh rasa kesyukuran dan rasa begitu kerdil sekali.



Selepas solat, balik semula ke hotel.  Kedudukan hotel yang agak dekat dengan pagar masjid melalui pintu 15 berwarna oren.

Kemudian berkumpul semula di lobi untuk mengikuti rombongan ustazah Su ke Raudhah.  Awalnya berbaris dalam lima barisan, bila dah tengah2 jalan, semuanya berterabur.  Kih Kih Kih.

Suasana pagi.  Payung tetap kuncup sehinggalah MMD balik ke Malaysia.  Katanya ada jentera yang rosak. Dalam perjalanan untuk ke Raudhah.


Ustazah Su mengarahkan agar kumpulan kami berkumpul dalam satu kumpulan dan jangan berpecah.  Rasanya dalam 3 kali bertukar tempat hinggalah di depan pintu masuk Raudhah.  Beliau juga ada membuat permintaan pada petugas Arab di situ untuk masuk kumpulan terakhir agar jemaah dapat lebih masa untuk bersolat dan berdoa.

Masa menunggu tidak disia-siakan sambil menunaikan solat2 sunat serta membaca Al Quran.

Bergambar dengan Ustazah Su.  Kumpulan kami adalah kumpulan terakhir di bawah bimbingannya kerana selepas itu beliau akan balik ke Malaysia.







Di bawah kubah hijau itulah terletaknya Makam Rasulullah bersama2 dengan 2 sahabat.  Sabar menanti dengan meneruskan zikir2 bersama2 dengan ustazah.

Akhirnya kumpulan kami di panggil oleh petugas, maka berpusu2lah kami semua mencari tempat yang kosong untuk bersolat dan berdoa. MMD mulai dengan memberi salam dan menyampaikan salam ahli keluarga serta kawan2 kepada Baginda Rasulullah serta sahabatnya.

Ahamdulillah, walaupun begitu ramai lagi jemaah di dalam kawasan Raudhah yang berkarpet hijau, tetap ada ruang untuk MMD serta my Mem Besar untuk bersolat.  Selain memohon diberikan nikmat dunia, nikmat akhirat juga diminta selain dari bersolat sunat, solat hajat, solat taubat dan ustazah juga ada menyarankan jika ada masa, boleh qada solat Subuh.  Alhamdulillah, semuanya MMD dan my Mem Besar dapat peluang tersebut walaupun di kawasan yang berbeza di dalam Raudhah.

Yang paling akhir dan sungguh bermakna bila kami berdua dapat solat di barisan paling depan tanpa diganggu dan dihimpit oleh jemaah lain.  Kebetulan petugas sedang mengarahkan untuk mengosongkan ruangan Raudhah untuk solat Zohor bagi jemaah lelaki.  Ruangan itu akan dibuka bagi jemaah lelaki pada setiap waktu solat fardhu.

Selesai saja solat, MMD mengucapkan terima kasih pada petugas yang berada di tepi MMD kerana membenarkan kami berdua bersolat dengan tenang.

Sebaik sahaja keluar dari kawasan Raudhah, my Mem Besar menyatakan kegembiraannya dan berpuas hati kerana dapat berdoa dan bersolat hingga 5 kali solat.  My Mem Besar ada menceritakan pada MMD waktu ke sini dahulu, agak susah untuk pembimbingnya membawa masuk ke Raudhah sedangkan kali ini agak mudah dan teratur. Sebenarnya, jika kita mengetahui waktu2 yang dibenarkan masuk, Insya Allah, Allah buka peluang tersebut.


Selesai sudah urusan di Raudhah.  Syukur yang amat.

Kami berkumpul sekali lagi bagi mendengar penerangan dan berdoa di kawasan luar masjid bagi penghuni di perkuburan Baqi dan selepas itu bolehlah buat urusan masing2.  Kami berdua ada juga pergi dan melalui kawasan untuk ke perkuburan Baqi tapi tidak sampai ke penghujung jalan.  Di belakang MMD tu ada pagar masuk ke tanah perkuburan Baqi.





Kami berdua berkeputusan untuk terus berada di masjid kerana waktu Zohor akan masuk tidak lama lagi. My Mem Besar beri isyarat salam bagi anak2 dan cucu2 yang berada di Malaysia. Kami ke tandas dahulu sebelum masuk semula ke masjid mengunakan pintu yang berhampiran dengan pagar 15 oren supaya cepat sampai ke hotel selepas solat nanti.


Sempat membaca beberapa helai dari naskah Al Quran sebelum tiba waktu solat Zohor.  Alhamdulillah.  Balik ke hotel dan makan tengahari dengan lauk yang agak sedap juga dengan citarasa tekak MMD.

MMD berhenti dahulu di sini. Jumpa lagi di lain entry.

As Salam.






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...