As Salam.
Hari ke-empat (01/02/2017).
Pagi ni rasa macam hati berbunga2 betul. Rasa yakin yang keuzuran MMD telah bersih. Bersih yang benar2 bersih. Tidak seperti masa berada di Malaysia, biasanya meleret2 baru habis uzurnya. Alhamdulillah, Allah bagi kesempatan untuk MMD menunaikan ibadah hari ni.
Subuh pertama MMD di Tanah Haram. MMD memanjatkan syukur yang tidak terkira ke hadrat Ilahi atas ehsanNya. Sebak di hati ini tidak terkira semasa menunaikan solat Fardhu. MMD juga ambil kesempatan menunaikan solat2 sunat serta solat2 qada' sebanyak yang mungkin.
Selepas solat, balik ke hotel untuk bersarapan dan bersiap2 untuk ke Masjid Tanaeem untuk pasang niat lagi hari ini.
Masa turun dari bilik, ramai rakan jemaah mengucapkan syukur dan tahniah pada MMD kerana akhirnya dapat menunaikan umrah wajib MMD. Pada yang lain, mereka sudah kali ke3 menunaikan umrah.
Sampai ke masjid dalam pukul 8pagi dan antara bas yang terawal dan masih lengang lagi. Petugas masjid mengarahkan untuk naik ke tingkat atas untuk bersolat. Kat bawah memang penuh dengan warga2 Turkey. Maka tak perlulah berebut2 tempat dengan mereka. Alhamdulillah... selesa sangat2 bersolat di tingkat atas.
Selesai solat, terus menuju ke bas. Syukur kerana jemaah kumpulan MMD ni memang tepat pada waktu. Setakat ni, tiada yang tersangkut membeli belah selepas solat.
Balik semula ke Tanah Haram. Bas berhenti di bawah terowong dan naik escalator ke dataran. Berhenti sebentar bagi peluang kepada sesiapa yang nak ke tandas.
Maka bermulalah perjalanan umrah wajib MMD. Kami semua mengikuti ustaz dengan tenang dan menunaikan setiap ibadah dengan khusyuk.
Semasa melakukan ibadah tawaf, seolah2 lengang walaupun jemaah lain begitu ramai seperti waktu musim haji. MMD dan my Mem Besar sentiasa berada di belakang ustaz. Selepas tawaf, solat sunat dan minum air zam zam, kami bergerak untuk bersaie pulak.
Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar. Setiap kali selepas lampu hijau, ustaz dan jemaah lelaki yang berlari2 anak sebelum ini akan memperlahankan langkah bagi memberi peluang jemaah wanita untuk kembali turut serta dalam satu kumpulan.
Masa tahun 2015, mutawwif membawa kami untuk bersaie di tingkat atas. Tapi kali ini, impian MMD untuk bersaie di tingkat yang ada batu2 tercapai.
Selepas selesai 7 pusingan, maka sempurnalah saie kami dan diakhiri dengan doa yang dibacakan oleh ustaz. Ustaz mengajak kami semua untuk berdiri di atas batu sambil mengaminkan doa yang dibacanya.
Di belakang MMD ialah tempat lampu hijau di mana jemaah lelaki disunatkan untuk berlari2 anak.
Ibadah kami diakhiri dengan bertahallul dan solat sunat. Alhamdulillah. Semuanya selesai pada pukul 11pagi.
MMD dan my Mem Besar berkeputusan untuk tidak balik ke hotel. Terus berada di masjid untuk solat Zuhur. Syukurnya MMD kerana harapan MMD untuk bersolat di depan Kaabah tercapai. Masa umrah sebelum ni, jemaah wanita akan diarahkan untuk meninggalkan dataran Kaabah apabila hampir waktu solat Fardhu.
Dapat ruangan di kalangan jemaah Turki dan MMD serta my Mem Besar pun duduk sementara menunggu masuknya waktu Zohor.
Selepas solar Zohor, kami balik ke hotel untuk makan tengahari dan my Mem Besar hanya nak bersolat di bilik hotel saja untuk waktu Asar supaya dapat berehat dengan secukupnya. MMD ikut saja permintaan my Mem Besar. Ye la...my Mem Besar pun bukannya bertenaga sangat.
Untuk solat Maghrib dan Isyak, kami ke masjid seperti biasa.
Okay. Jumpa lagi di lain entry.

No comments:
Post a Comment