Wednesday, May 10, 2017

Umrah 2017 - Pilu (part 5)

As Salam.

Hari ke-tujuh (04/02/2017)

Sekejap sangat rasanya masa berlalu. Hari ini adalah hari terakhir buat masa ini MMD berada di bumi Mekah.  Dari awal pagi sudah terasa hiba dan pilu. Rasanya tak cukup lagi ibadah dan amalan2 yang MMD ingin lakukan. MMD mohon agar ini bukanlah kali terakhir MMD menjejakkan kaki di sini.

Impian MMD untuk bersolat di hadapan Kaabah pada hari terakhir termakbul juga.  Selesai sahaja tawaf sunat, MMD terus mencari lokasi yang sesuai.  Hanya perlu mencari kumpulan jemaah wanita berkumpul.  MMD pun mengambil tempat masing2 bersama2 dengan my Mem Besar.

Ada kalanya petugas masjid akan mengarahkan jemaah wanita untuk masuk ke bahagian bawah bangunan di tempat solat wanita.  Kali ini MMD bernasib baik sekali lagi.  Syukur.   Alhamdulillah.

Seperti biasa, solat Subuh di masjid dan kembali ke hotel untuk bersarapan. 

Dapat lihat MMD berada di barisan hadapan selepas barisan jemaah lelaki.  Terasa amat dekat dengan Kaabah.


 Selesai solat Subuh, bergambar dengan my Mem Besar buat kali penghabisan.  Selepas ini, tiada lagi gambar semasa/selepas tawaf wida'.


Berehat sebentar di bilik sebelum keluar semula untuk melakukan tawaf wida' dalam pukul 10 pagi.
Air mata tak dapat ditahan2 lagi semasa melakukan tawaf ini.  Rasa amat sedih, pilu dan gembira pun ada.  Gembira kerana telah diberikan peluang untuk datang ke sini bukan sahaja dengan my Mem Besar yang MMD hajatkan sebelum ini, malah dalam tempoh yang agak singkat selepas umrah pertama MMD pada akhir tahun 2015.

Bersolat sunat selepas selesai tawaf wida' dan berdoa seketika.  Antara doa MMD ialah bagi mohon agar dijemput lagi datang ke sini.  Selesai urusan pada pukul 11 pagi.  Kembali ke hotel untuk makan tengahari dan seterusnya bersolat jamak Zuhur/Asar di bilik hotel saja.

Beg2 telah MMD hantar turun sebelum tawaf wida' lagi.  Hanya tinggal beg sandang kecil untuk keperluan peribadi.  Terus berkumpul di lobi untuk menunggu bas yang akan membawa kami ke Kota Madinah.

Kali ini bas kami tiba agak lewat disebabkan kesesakan di jalan raya.  Terus menaiki bas dan terpaksa menunggu agak lama.  Kesian juga ada isteri jemaah tidak sampai2 dari masjid.  Masing2 agak risau dan berdoa agar tidak berlaku apa2 yang buruk pada isteri jemaah tersebut. Akhirnya isteri jemaah sampai dan meminta maaf kerana kelewatan beliau akibat kesesakan sewaktu menunaikan tawaf wida yang dilakukannya selepas solat Zuhur.   Ustaz ada mencadangkan agar menunaikan tawaf wida' sebelum solat zuhur kerana kesesakan mungkin berlaku selepas selesai solat.

Maka bergeraklah kami ke arah Madinah dan singgah di Wadi Kude untuk menjamu selera dengan Nasi Arab.  Duduk santai sambil menunggu giliran.  Kat dalam restoran tengah penuh dengan jemaah dari bas2 yang lain.



Kali ini MMD dapat merasai hidangan di dalam bilik dan bukannya di tempat terbuka. Satu kumpulan berlima.  Alhamdulillah.  Kenyang.


Now you see....

Now you dont'...


Selamat tinggal wahai Kota Mekah....


Akhirnya kami sampai di hotel di Madinah pada waktu malam.  Hotel Mawaddah Al Waha yang agak selesa berbanding dengan hotel di Mekah.  Kelengkapan dan suasana yang agak moden.  Selepas solat jamak Isyak/Maghrib, terus tidur dan rehatkan badan untuk aktiviti keesokan harinya.

Sekian.  Jumpa lagi.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...