Saturday, May 19, 2012

CCM - Breakfast & Dinner

As salam.

Dek kerana laptop yg terencat kena kejutan air tu, pihak hotel telah menawarkan 3 voucher percuma, 2 x breakfast dan 1x dinner. Terima kasihlah Legends yea...

Tapi yg paling menggembirakan MMD ialah laptop MMD baik seperti sediakala selepas digodek2 oleh my beloved hubby.  Alhamdulillah. 

MMD saja2 je letak gambar makanan banyak2 kat bawah ni....makan biasa2 je...








Sebenarnya pihak Legends ada menawarkan 1 day extra stay.  Tapi memikirkan dah agak kebosanan dek bercuti dalam hujan di Pahang tu, MMD tolak tawaran mereka dan menggantikannya dengan buffet breakfast dan dinner. Kalau MMD ambil extra stay tu dan lanting2 kat kawan2, rasanya tak berbaloi kot...tak puas stay kat Legends dan keesokannya dah nak check out.

Ada satu kali tu, MMD siap tapau sebekas nasi lemak untuk my beloved hubby.  My beloved hubby demam.  Ha ha ha, deman dalam bercuti. Kerja keras menggodek laptop!!!

As salam.

Friday, May 18, 2012

CCM - Fiesta Nenas

As salam

Dek kerana terpandang signboard besar di tepi jalan semasa ke bandar Kuantan sebelum ni, MMD dah berpesan pada my beloved hubby untuk singgah kat situ dalam berjalan balik ke hotel.



Nenas disusun cantik.  Dari jauh dah nampak deretan nenas.  MMD tak lepaskan peluang posing kat situ..he he he.


Dah alang2 singgah, MMD pun pilihlah selonggok nenas, 5 biji RM10.00.  Tak de murah pun...Sama je harganya kalau beli kat Econsave dekat rumah MMD di Port Klang.

Sampai di hotel, terus potong dan bersihkan 2 biji.  Tak larat nak makan banyak2.  Takut perut meragam pulak.

Sebenarnya, 3 biji lagi di bawa balik ke Trg dan akhirnya 2 biji lagi di bawa balik ke Port Klang.  Jauh betul perjalanan nenas ni.  Keluar masuk 3 negeri gitu.

As salam.

Thursday, May 17, 2012

CCM - Pantai Peranginan Balok

As Salam



Selepas meninggalkan PTC, kami menuju ke Pantai Peranginan Balok.  Nasib baik masa kami sampai, cuaca OK.  Redup2 je.  Tak ramai pengunjung pun, adalah 2-3 keluarga je.  Maklumlah dah tengah hari dan mungkin juga kerana waktu bekerja ibu bapa walaupun musim cuti sekolah.

Posing sana sini dan berangkat balik ke hotel.




Dalam berjalanan balik, hujan dah mula rintik2.  Hujan lagi....Bumi Pahang memang sejuk kala ni.

As salam.

Wednesday, May 16, 2012

CCM - Ronda2 Kuantan

As Salam

Hari ni cuaca OK. Terang dan belum hujan.  Terus siap2 anak2 untuk meronda bandar Kuantan.  Actually ada tugas yg perlu di buat di bandar Kuantan.  So, 2 in 1 la project ni.

Sampai di office yg perlu MMD singgah di bandar Kuantan,submit apa yg patut dan hujan dah start rintik2 dan hujan lagi..... Tak lama kat situ dan MMD beredar.  Nak ke mana di Kuantan ni dalam hujan?  So, kami decided singgah ke Pantai Teluk Cempedak. 

Berubah wajah betul PTC ni.  Last sekali MMD datang PTC ni masa rombongan mak kiah masa MMD di UITM Shah Alam.  Itu dah about 22 years ago.  Masih dalam hujan.  Apalah cerita MMD ni,  asyik2 cerita dalam hujan.  Apa nak buat...dah holiday dalam hujan !

Pusing 2 round kat situ.  Restoran fast food pun dah ada kat situ.  Kami semua tak turun pun.  Maklumlah hujan.

Tak snap gambar2 pun masa ni...so, tak de la gambar yea...
As Salam.

Tuesday, May 15, 2012

CCM - Laptop pun bermain air!

As Salam

Sejak dari malam lagi hujan mencurah2 di bumi Cherating hinggalah ke petang.  Memang tak ke mana2 pun.  Anak2 MMD yg nak mandi di pool pun tak dibenarkan oleh pool guard.  Hujan lebat sangat.

Kebetulan MMD di Legend, MMD dah set appointment untuk jumpa client MMD kat lobby.  So, the whole family pun lepak2 kat lobby sementara menunggu discussion MMD dengan client tadi.  Lagipun, internet access hanya ada kat lobby je.

Tiba2, Lea menjerit kat my beloved hubby yg air jatuh ke laptop.  Laptop MMD pulak tuuuuuu!!!! Nasib baik discussion MMD dah hampir selesai.  Kalau tidak, terganggu juga perasaan ni.  Cepat2 my beloved hubby tonggang terbalik laptop MMD tu.  Tapi nasib tak baik, tak boleh nak ON langsung.  Hati MMD dah tak keruan.  Banyak data2 kerja MMD kat situ.

Kat sinilah laptop MMD menjadi mangsa keadaan.


Staff hotel terus call their maintenance dept untuk terus baiki bumbung yg bocor tu.  Hujan memang lebat dari malam hingga ke petang bercampur dengan ribut.



MMD terus call Hotel Manager.  Buat surat complain.  Layanan dari staff2 kat situ cukup baik.  Balik ke bilik hotel dengan hati gundah gulana.

Tak lama selepas tu, MMD terima call dari staff hotel menawarkan breakfast buffet for the whole family.  MMD OK je.  Dalam masa yg sama, my beloved hubby cuba2 godek2 laptop tu. Selamat mencuba en. hubby yea....

As Salam.

Monday, May 14, 2012

CCM - Syoknya mandi manda...

As Salam

Budak2 kalau jumpa air, memang tak senang duduk diam.  Makan pun terkejar2 asyik teringatkan air di swimming pool.  Kata orang, pantang kalau tak terjun masuk pool bila dah sampai ke mana2 hotel yg ada pool. Macam ada yg tak kena je gitu...

Kali ni, MMD tak bagi Hazry join sekali mandi dengan Hakim dan Lea.  Nampak macam dia penat je.  Maklumkan, kalau travel ke mana2, walau siang atau malam, Hazry tak pernah tidur dalam kereta.  Kalau yg lain tu...especially MMD, dah tentu berapa kali tersengguk2 menahan mata nak tidur.  Hakim dan Lea dah tentu  ZZZZZZZzzzzzzzz tidur la tu.

Pandangan dari bilik MMD.  Nyaman tak?

Hakim dan Lea bersiap sedia untuk terjun!

Pose manja dari Lea.

Pose macho dari abang Hakim.

As Salam.

Sunday, May 13, 2012

Happy 5th Birthday...Johana Lea Adira 07/05/2012

As Salam

Happy birthday anak ibu...Lea.  Kali ni kami semua sambut birthdaynya lebih awal.  Kebetulan adik2 MMD ada plan datang ke rumah di Port Klang, jadi MMD pun masak2 la juga. 

Atas permintaan khas dari my beloved hubby, MMD diminta masak mee kari.  Dah lama jugak tak makan mee kari air tangan MMD ni.  No hal punya... as long as barang2 ada, MMD boleh je masak.


Lea dengan kek pilihannya.

Antara hadiah dari Cik Yus dan Mak Su nya.  Tima kacih yea...

As Salam.

Saturday, May 12, 2012

CCM - Legend Cherating - March 2012

As Salam

Dah lebih 2 bulan berlalu baru MMD ada masa nak update cerita pergi holiday.  Biasalah, dah masuk kerja, memang extra stress dengan meja yg penuh menunggu MMD bertugas semula.

Bertolak dari Port Klang agak lewat, dalam pukul 11pagi gitu.  Memang dah agak yg perjalanan ke Cherating hanyalah separuh jalan je berbanding jika hendak terus balik ke Trg.  Biasanya, kalau nak balik ke Trg, memang MMD bertolak awal, selepas subuh. 

Tiada apa yg menarik sepanjang perjalanan ke Cherating.  View yg sama je.  Tak ada kesesakan lalulintas pun walaupun cuti sekolah dah bermula.

Kami sempat juga singgah 2 R&R.  Macam biasalah, untuk urusan pertukaran diaper Hazry dan hajat masing2.

Apa yg mesti dibuat bila sampai di daerah Cherating ialah singgah di gerai gulai kawah, terletak di bawah pokok besar di jalan utama.  Kalau tak silap, Kg Sg Ular gitulah gamaknya.  MMD tak makan kat situ, tapi bungkus je.  Nak makan kat bilik hotel je dalam keadaan yg rilex.



Sampai ke Legend agak awal dan terus boleh check in.  Bilik memang dah distandby awal2 untuk Legend Members. MMD dapatkan 2 bilik. Lepas makan, Lea dan Hakim dah tak sabar2 untuk terjun ke pool.

Selamat bersuka ria kat pool.

As Salam.

Friday, May 11, 2012

Sepi tanpa berita...ahhhh rindunya!

As Salam

Lama yg amat MMD tak jengah blog kecil MMD ni.  Akibat kesibukan tahap melampau selepas bercuti bulan Mac 2012 yg lalu hinggalah ke akhir2 ni.

Adalah juga beberapa entry tentang percutian masih dalam draft.  Tak sempat nak masukkan gambar2 lagi,  Itulah pasalnya entry tak keluar2 juga.

Dah 2 bulan blog ni sepi tanpa berita.  Ada yg rindu ke??????  Rindu la sangat tu kan?

InsyaAllah, jika diizinkan Allah, MMD akan cuba publishkan entry2 yg dah bersawang kat draft tu.  Walaupun dah outdated, tapi sekurang2nya sebagai memori percutian dan bacaan MMD di masa2 akan datang.

As Salam.

Friday, March 9, 2012

Hidup Sihat - Timun

As Salam

MMD terpanggil untuk share info ni dan MMD hanya cut and paste untuk pastikan originality of the contents.

Cucumber Juice -General facts
·       Cucumber is VERY Alkaline.
·       Cucumber Juice is EXTREMELY good for your Hair, Skin and Nails. It Really is True.
·       Cucumber Juice is High In Potassium. Cucumber Juice can Lower Your Blood Pressure.
·       Cucumber is a wonderful source for Silica. Silica is important for healthy connective tissue, ligaments, cartilage, muscles, tendons, and bone.
·       Cucumber Juice has Molybdenem, Vitamin A, Vitamin C, Manganese, Tryotophan, Magnesium, and Chlorophyll.
·       Cucumbers are a GREAT way to Cool Down Your Body.
·       Cucumber is Anti-Cancer in that it is VERY high in Alkaline Minerals and Cancer cannot Live in an Alkaline Body.
·       Cucumber Juices is also used to heal and cure issues with Acne, Water Retention, Arthritis, Kidneys, Eczema, Psoriasis, Weight Loss and Hair Loss.
·       Cucumber Juice is a useful Anti-Flam agent. Drinking Cucumber Juice can get Your Bodies Inflammation Down.
·       Cucumber Juice is a Diuretic and therefore has wonderful Cleansing Powers.

In Conclusion, Juicing Cucumbers is a quick way to lead a pain free live, to Prevent and Reverse Cancer, High Blood Pressure and other Dis-Ease.

Benefits of Cucumber Juice
Although most people are familiar with cucumbers since they typically appear on salads, few are aware that cucumber juice proves to be highly beneficial for a wide variety of health related issues. Eating cucumbers may decrease the appearance of blemishes such as pimples and blackheads, making it an effective and an often-referred remedy for acne. However, it is essential to understand the full potential of the cucumber by examining the benefits of drinking cucumber juice to combat everything from high blood pressure and constipation to cancer.

Along with healthier skin, cucumbers contain a lot of water making it ideal for a variety of common issues. For those wishing to decrease their blood pressure, drinking this fruit in the form of juice, may provide a noticeable amount of relief as the blood pressure slowly declines. Furthermore, anyone dealing with the pains of constipation will also benefit from this fruit due to its high levels of alkaline and increased amounts of water. In terms of dieting and diabetes, cucumbers are ideal for an afternoon snack to rebuke hunger for those wishing to lose weight.

Another great factor with this fruit includes its high percentage of sulfur and silicone. For this reason, cucumber juice may aid those wishing to increase the growth of hair. The high amounts of sulfur and silicone also make cucumbers particularly good for growing healthier nails. Furthermore, cucumbers contain Silica, which is ideal for healthier ligaments, tendons, and muscles, making it perfect for people seeking relief of rheumatoid problems such as arthritis. Now for what may be the most important of all, cucumbers are extremely high in alkaline levels making it difficult for cancer to live in a high alkaline environment; therefore, cucumbers may prove beneficial in avoiding cancer of all types.

This fruit  benefits range from beauty remedies such as removing bags, restoring hair, and promoting healthy development of skin and nails to serious concerns such as potentially decreasing the risk of cancer development. Regardless of if you need a natural laxative, acne remedy.

There are a variety of ways to prepare cucumber juice, including simply running a freshly washed cucumber through a juicer. However, you may also combine this great, refreshing fruit drink with other juices such as carrot juice. Try adding sugar and honey to your cucumber beverage to sweeten it to taste. Many people prefer to add ginger to the drink mix for a spark of flavor. Regardless of which cucumber juice mix you use, drinking and eating these healthy cucumbers will definitely help you maintain a healthy lifestyle, proving to be highly beneficial for all.
Selamat mempraktikkannya.

As Salam.

Thursday, March 8, 2012

Cuti dah nak datang...

As Salam

Minggu depan dah start cuti sekolah selama seminggu.  MMD dah lama plan untuk ke Pahang  & balik kampung di Terengganu.  Memang penuh schedule untuk selama seminggu tu.

Tunggulah cerita ceriti dari MMD pasal percutian tu nanti.  Ada yg tertunggu2 ke? Ahak!

As Salam.

Monday, February 27, 2012

Memanjakan diri di London

As Salam

Lama juga tak ada entry2 terbaru lately. Tapi semalam aktiviti penuh sempena meraikan birthday MMD yang ke 4X.  Jangan marah...saja2 je tak letak angka kat belakang tu.  Dah 4 series pun.

Berdebar tak rasanya dengan title kat atas tu. Macam jauh je pergi celebrate birthday....sampai ke London tuuuuu.

Checked in at 3.30pm.  Perjalanan mengambil masa 3 jam.  Sementara tu, ada 4 sesi untuk di habiskan semasa perjalanan tersebut.  Terpilih atau tidak...tak menjadi soal.  Yang penting perkhidmatannya yg perlu dinilaikan.

Hadiah percuma dari Astro sempena hari jadi MMD.  Memang betul memanjakan diri kat situ.  London Weight Management.

Pertamanya, pergi timbang berat badan.  Seterusnya sapuan herba untuk memecahkan sel2 selulit.  Body wrapping selama hampir setengah jam la jugak.  Kemudian, masuk sauna.  Lepas tu sapuan cecair, MMD lupa lak apa namanya dan akhir sekali pakai mesin yg memang sedap sungguh rasanya.  Especially vibration kat bahagian perut tu.  Rasa2 macam hancur je lemak2 kat perut MMD.

Finally, timbang semula...400gr hilang.  Hebat tak?  Dengan hanya tak sampai 3 jam punya treatment, boleh hilang begitu banyak air.  Ini sebab kita ni gemuk air....salah tu...bukan kita tapi MMD la.

Masa body wrapping tu, memang banyak peluh yg keluar.  Mungkin sebab tu hilang 400gr tu.

Selesai urusan kat LWM, jumpa balik dengan my hubby dan anak2 yg dah ronda2 kat AEON Jusco Bukit Tinggi dan seterusnya ke Kenny Rogers.  Apalagi.... lepas kurangkan berat tapi akhirnya menambahkan lemak semula.......

Jemput makan kawan2...


Rasan2nya berapa kilo pulak berat MMD naik lepas melahap benda2 kat atas tu.... ehmmmmm sabar je la...

As salam.

Wednesday, February 15, 2012

I miss you....abang

As Salam

Hari ni, MMD kekurangan seorang anak dalam keluarga.  Yang tinggal hanya Hazry dan Lea dan sudah tentu my hubby pun ada.

Abang Hakim dah pergi pagi2 tadi ke perkhemahan Pertahanan Awam peringat daerah Klang di Pantai Acheh dari 15-17/02/2012.

Masa mula2 Hakim bagitau yang dia dipilih untuk perkhemahan tu, MMD ingatkan kena pergi ke Acheh.  Paspot pun Hakim tak ada.  Macam mana nak join?

Rupa2nya hanya di Pantai Acheh, Pulau Indah.  MMD sendiri tak tau ada Pantai Acheh kat Port Klang ni.

Pagi2 ni dah rasa rindu pulak kat abang....

As Salam

Saturday, February 11, 2012

Mat Bangla Carpet

As Salam.


Inilah akibatnya my beloved hubby tersalah susur jalan hingga menyebabkan kami semua tersadai di Nilai 3 dalam perjalanan balik dari Melaka ke Port Klang.

Corak pilihan kami berdua.  Nak match kan dengan warna langsir dan juga set kerusi di rumah.  Tapi yang penting, ianya sebagai persediaan di rumah kami untuk tarikh penting yang akan berlaku tidak lama lagi.

As Salam.

Friday, February 10, 2012

CCM - Bandar Bersejarah lagi

As Salam

Kesempatan melawat anak saudara baru di Melaka, tak disangka abang Hakim mengajak ibu dan ayahnya singgah ke A'Famosa sebelum balik ke Port Klang.  Biasanya, dia tak pernah minta singgah ke mana2 tapi ikut je kemana2 je perancangan mak bapaknya.  Hairan juga MMD.

Bagi tak menghampakan permintaannya, walaupun dah banyak kali pergi setiap kali sampai Melaka, MMD ikutkan juga hasratnya.  Senang pulak ajak bergambar berbanding sebelum ni yg MMD selalu je paksa dia bergambar.

Jadi, MMD dedicatedkan entry ni untuk abang Hakim.

As Salam.

Wednesday, February 8, 2012

Nur Aisy Dalili

As Salam

Dah sebulan MMD tak update apa2 cerita dlm blog kecil ni.  Agak2nya belum terlambat MMD sekeluarga ucapkan Selamat Tahun Baru Cina, Salam Maulidur Rasul dan Selamat Hari Thaipusam.  MMD dah start cuti dari hari Jumaat lepas.  Maksudnya 5 hari terus menerus bercuti.

MMD hanya ke Melaka menziarahi adik MMD yg baru bersalin pada 03/02/2012 baru2 ni.  Akhirnya Cik E dapat juga baby perempuan.  Nor Aisy Dalili nama diberi.  Berat masa lahir??? Hah..jangan terkejut.... 4kilo tau?  Perancangan untuk melahirkan secara normal tak kesampaian, akhirnya kena bedah lagi.  Kali kedua dah Cik E bersalin secara bedah.

Cik E pun dah masuk ke geng MMD, ada 2 anak lelaki dan akhirnya dapat anak perempuan.


Nyenyak betul tidurnya. Rambutnya lebat dan hitam pekat.  Pipinya tembam yg amat.  Yeeeeee....geram betul.  Sedikit demam kuning dan MMD berdoa agar Aisy cepat sembuh.

Yang tak bestnya, anak MMD, Lea sehabis mungkin tak nak tengok mana2 baby baru lahir.  Jealous agaknya.  Katanya, itu baby orang, bukan baby ibu.  Katanya lagi yg dialah baby tua ibu...adoiiiii.

As Salam.

Friday, January 6, 2012

Indahnya pandangan mata....

As Salam

Cuti awal tahun 2012 baru2 ni MMD tak ada projek penting pun.  Sekadar duduk kat rumah uruskan apa yg patut sebelum tibanya waktu persekolahan bermula.

Hanya pada 02/01/12, my hubby and my son beria2 nak pergi memancing.  Bukannya plan betul2 pun.  Terus start kereta, masukkan pancing2 kat dalam kereta dan nah....sampailah ke Laguna Park, Pulau Indah.

Tinjau2 dulu keadaan, kot2 air pasang tapi hampeh....air nun jauh ke tengah!  Sementara mereka tinjau2 tu, MMD yg kebosanan menunggu kat kereta pun apa lagi....ambil gambar la....






As Salam.

Thursday, January 5, 2012

2 GSC movie vouchers

As Salam

Tak lama dulu MMD saja2 hantar penutup tin F&N untuk join F&N Double Ooomph Contest.  Tak sangka pulak MMD terima call dari staff F&N....actually agak lama juga mereka call untuk minta alamat MMD dan bagi tau MMD menang consolation prize.


Rasa2 agak berbulan jugaklah baru dapat tiket movie ni.  Malangnya MMD tak berkesempatan lagi nak pergi tengok wayang.  Kena buat special arrangement ni....nak pergi dengan my beloved hubby or dengan beloved son or let both of them je pergi layan wayang ni... Tiket valid till April 2012.

MMD sebenarnya bukanlah kaki wayang. Tengok rancangan kat TV pun tak pernah habis! Kalau tak silap MMD, sepanjang MMD dewasa ni, tak sampai 5 kali jejak kaki kat panggung wayang.  Tentu David Teo marah dengar pengakuan MMD ni.  Tak sokong filem..kah kah kah.  Bukan apa, masa yg menjadi batasannya.

As Salam.

Wednesday, January 4, 2012

Lahirnya baby baru di penghujung 2011

As Salam

Ribut tidak, hujan pun tidak, tup tup ada baby baru?  Bila pulak MMD mengandung tu?

Sebenarnya bukan MMD yg beranak la....MMD mendapat anak saudara terbaru pada Dec 2011 baru2 ni.  Baby yg tak sabar nak tengok dunia.  Sepatutnya dijangka dilahirkan pada awal Feb 2012 tapi dah terpaksa di bawa keluar ke dunia ni pada Dec 2011 dengan kaedah pembedahan.

Lahir dengan berat hanya 1.6kg, terpaksa berada dalam incubator selama 2 minggu di Hospital Kajang. Uminya dan baby baru dapat balik ke rumah pada 02/01/12 selepas beratnya naik ke 1.8kg.  Alhamdulillah semuanya dalam keadaan baik dan sihat.

Masa MMD pergi melawat pada hari kelahirannya, MMD tak dapat tengok bcoz tak dibenarkan oleh pihak hospital kecuali daddynya saja yg dapat masuk.  Well, dapat peluang tengok baby ni...Ya Allah....kecil dan cutenya orangnya..merah menyala lagi warna kulitnya. 

Ingatkan anak2 MMD je kecil waktu dilahirkan, lingkungan berat 2.46-2.82kg je.  Tapi baby ni lagi kecil.  Lebar badannya tak sampai sejengkal pun. 

Apa2 pun yg penting diharapkan agar baby yg dinamakan Nur Qeysha Amanda ni sihat selalu hendakNya.


Ini cucu ke 19 buat my mom. Bakal menerima cucu ke 20 pada bila2 masa je lagi...Nun di Melaka.  Ehmmmm....MMD bakal melawat Melaka Bandaraya Bersejarah tidak lama lagi ni.

As Salam.

Tuesday, January 3, 2012

Buy 1 get 2

As Salam

Entry pertama untuk untuk tahun 2012 ialah mengenai telur.  Ingat tak lagi pasal telur klon/palsu yg tersebar luas kat Malaysia baru tahun lepas?  Nasib baik MMD tak pernah terbeli atau terjumpa dengan telur sebegitu.

Tapi baru2 ni, abang Hakim menjerit bila dia pecahkan telur untuk dimasukkan ke dalam periuk untuk mee magginya.  Nasib baik dia pecahkan ke mangkuk kecil dulu. Sempatlah MMD ambil gambarnya.

Ini dia.....


Telur kuningnya 2 biji dari sebiji telur ayam. Saiz telur kuningnya kecil je berbanding telur kuning yg biasa.  Ya la...dah berkongsi ruang tu, tentulah tak boleh nak besar cam biasa kan?

Orang perempuan beranak kembar tu biasa kita dengar dan tengok kan?  Jika ayam?  Macam mana?  Pernah jumpa ke?

As Salam.

Saturday, December 31, 2011

Bye bye 2011, Hai Hai 2012

As Salam

Pejam celik pejam celik dah nak berlalu sudah tahun 2011.  Suka duka semuanya tersemat di hati.  Yang baik dijadikan tauladan untuk tahun-tahun mendatang dan yang buruk dijadikan sempadan.

Selamat tahun baru dari MMD sekeluarga kepada pembaca blog kecil MMD ni.  Selamat datang tahun 2012.
As Salam.

Thursday, December 22, 2011

CCM - finally over!

As Salam

Rasa2nya semua dah naik muak baca entry2 yg MMD sediakan sebelum ni kan?  Masih nak baca ke?  Terima kasih je la yea...

Ini entry terakhir untuk Cuti Cuti Malaysia MMD pada Dec 2011.  Ingat entry yg lepas, MMD ada juga borong barangan dari Idaman Suri di Langkawi.   Nak tau apa yg MMD beli ?

Ha ni dia...sebahagiannya je la yea.


Pilihan MMD sudah tentu pinggan mangkuk porcelain.  Sebab?  Ianya berat.  Itu je sebab yg menjadikan porcelainware ni pilihan hati.

Sekian dahulu untuk kisah2 cuti2 MMD kali ini.  Kunjungi lagi blog ni untuk ceritera yg lain pulak.  Selamat bercuti pada yg masih menikmati waktu terluang tu.  MMD dah back to work.

As Salam.

Wednesday, December 21, 2011

CCM - Sepetang di Kuala Sepetang

As Salam


Indahnya pemandangan matahari di kaki langit dalam perjalanan ke Kuala Sepetang.

Yang kelakarnya, BIL bagitau my beloved hubby yg Kuala Sepetang hanya 1km dari simpang tiga di mana kami ke kiri untuk ke Zoo Taiping.  Kuala Sepetang ke arah kanan.

MMD yg follow di belakang kereta BIL hairan kenapa begitu jauh rasanya 1km untuk sampai ke kedai Mak Teh.  Dah melalui kawasan kampung, pokok getah, pokok kelapa sawit barulah sampai ke kedai Mak Teh Mee Udang yg femes di TV3 tu. 

Rupa2nya, 11km bukan 1km.  BIL dah tersalah pandang papan tanda tadi.  MMD dah perasan yg papan tanda tertulis 11km ke Kuala Sepetang.  Gelak tak hingat masa tu....

Inilah dia mee udang femes hingga masuk TV3.


Ada 2 harga, RM10 untuk mee udang laut, RM6 mee udang bela (udang kolam).  Begitu juga dengan nasi gorengnya.

Pada MMD, masakannya BIASA saje.  Hanya bilangan udangnya lebih berbanding dengan kedai2 makan yg biasa yg menjual mee udang atau nasi goreng udang.

Tapi, sekurang2 MMD dah pernah sampai kat sini.  Kedai Mak Teh Mee Udang Banjir.

Bersambung lagi.

As Salam.

Tuesday, December 20, 2011

CCM - Zoo Taiping & Night Safari

As Salam

Selepas selesai urusan di jeti Kuala Kedah lebih kurang 3:30pm, kami semua dengan 3 kereta berkonvoi untuk balik.  Sebelum tu, singgah isi perut dulu di Restoran Sri Batrisya tak jauh dari laluan untuk memasuki highway dari Kuala Kedah.

Banyak pilihan makanan kat situ dan harganya pun boleh tahan.  Sorry, lupa nak ambil gambar..lapar punya pasal!

Dalam perjalanan balik, tiba2 BIL buat program mengejut!  Jom singgah ke Taiping!  MMD OK je. 

Apa yg femes dengan Taiping?  Sudah tentu dengan Lake Gardennya yg cantik serta Zoonya.  Tiba2 ada program mengejut lagi.  Why not kita singgah makan di kedai Mak Teh Mee Udang banjir?  Wahhhhhhh.... MMD OK lagi.

Persinggahan pertama di Zoo Taiping.  Bincang punya bincang, jika nak masuk Night Safari, mesti kita akan terlepas untuk merasa Mee Udang banjir yg tutup pada pukul 9mlm.


Sementara yg lain berbincang, MMD bawa Lea ke dalam.  Rancangnya nak bergambar dulu dengan replika binatang kat situ.  Apa jadi????  Lea dengan kuatnya menjerit dan menarik tangan MMD bila dia nampak buaya batu kat situ.  Tak sempat nak bergambar pun .  Siap menggigil2 dan berpeluh2 dengan serta merta.

Bila MMD keluar, memang sah tak boleh nak join the Night Safari ni.  Melepas la...Lea..Lea....So, nasib baik ada back-up plan untuk makan mee udang Mak Teh.

Bersambung lagi....

As Salam.

CCM - Kawan baru dan selamat tinggal Langkawi

As Salam

Inilah dia Deena, pemilik blog yg cantik ni. Sedang mengandung 5 bulan masa MMD jumpa di Langkawi.  Semoga dipermudahkan segala urusan kehamilan kali ini.

Sebenarnya, MMD berkenalan dengan Deena melalui cik kak merah.  Banyak urusan sewa kereta dan bot dengan suaminya, Aman.  Tak sangka dunia ni kecil, Deena pun pernah bertugas di Port Klang.

Harga berpatutan dan boleh dirunding, ada Island Hopping, ada Mangrove tour dan juga kereta sewa serta package percutian.

Jangan lupa support Deena dan Aman OK!

Sampai ke Jetty Point lebih kurang 12:15 tengahari.  Terus ke kaunter tiket dan masih sempat lagi untuk naik feri pukul 1pm.  Barang2 tak banyak, hanya sekadar bawa balik beg pakaian yg di bawa dulu dan sedikit barang2 kecil.  Lagipun barang2 yg besar dah naik lori ke KL.

Pemeriksaan kastam pun tak susah langsung.  Tak perlu nak buka2 beg bagai.  Lagipun sekarang barang2 mesti melalui scanner.  Masa dulu, kena buka beg dan berteraburlah isi beg dek di check oleh pegawai kastam.  Penat susun2 baik2 dalam beg, dah jadi rojak pulak.  Tapi MMD belum pernah lagi kena pemeriksaan sebegitu masa MMD keluar dari Langkawi dulu. 

Feri yg ni memang besar dan luas.  Ada 3 barisan semuanya.  Berbanding waktu datang tempoh hari, hanya ada 2 barisan kerusi je.

Selamat tinggal Langkawi.  Ehtah bila boleh datang lagi.  Percutian keluarga yg paling enjoy!

Bersambung lagi.

As Salam.

Monday, December 19, 2011

CCM - Naik lori??

As Salam

Biar betul...pergi holiday naik lori?  Tak lah! Sebenarnya, kiriman barang2 kami yg terpaksa di hantar dulu untuk balik ke KL naik lori sebelum kami semua berangkat dari Langkawi.

Kebetulan BIL kepada my BIL ada projek pasang khemas untuk LIMA tu, dan lorinya balik kosong ke KL, apa lagi, itulah sebabnya kami semua berborong sakan di IS.  Ingat tak MMD ada bagitau yg pernah van hanya hantar barang2 je balik ke apartment tanpa penumpang?  Sarat van tu!

Ini antara 15 jumbo bag yg naik lori.

Nampak tak yg semua plastik berwarna biru?  Itu tandanya barangan belian dari Idaman Suri. MMD punya...he he he he he..semuanya 4 jumbo bags kau! Apa benda yg MMD beli??? Tunggu .....

Bersambung lagi...banyak lagi cerita ni.....

As Salam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...