Friday, May 18, 2012

CCM - Fiesta Nenas

As salam

Dek kerana terpandang signboard besar di tepi jalan semasa ke bandar Kuantan sebelum ni, MMD dah berpesan pada my beloved hubby untuk singgah kat situ dalam berjalan balik ke hotel.



Nenas disusun cantik.  Dari jauh dah nampak deretan nenas.  MMD tak lepaskan peluang posing kat situ..he he he.


Dah alang2 singgah, MMD pun pilihlah selonggok nenas, 5 biji RM10.00.  Tak de murah pun...Sama je harganya kalau beli kat Econsave dekat rumah MMD di Port Klang.

Sampai di hotel, terus potong dan bersihkan 2 biji.  Tak larat nak makan banyak2.  Takut perut meragam pulak.

Sebenarnya, 3 biji lagi di bawa balik ke Trg dan akhirnya 2 biji lagi di bawa balik ke Port Klang.  Jauh betul perjalanan nenas ni.  Keluar masuk 3 negeri gitu.

As salam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...